24 March 2010

Bos Lelaki atau Bos Wanita yang best?



Assalamualaikum semua,

Kali ni kita lari tajuk sikit yeh. Aku nak bergosssip dengan korang berkenaan dengan BOSS pulak .Ha3.

Aku nye boss ni dulu, jarang sangat nk bercakap dengan aku. Ye la, time tu senior aku ada kan. So ape2 hal, dia suruh aku rujuk dengan senior aku je. Then sekarang, bila senior aku dah tak ada, mula la kelam kabut dia tu.hu3. Everything yang relate dengan finance dia dah kene observe. Apa yang aku buat sekarang, dia dah start pantau dah. Nasib baik la dia jenis yang tak cerewet sangat. hu3( eceh..puji bos nmpak yeh!ha3). Department lain, dierang nya boss perempuan.Sso kadang-kadang tu aku ade gak dengar2 keluhan pekerja2 ni.
Haih...bekerja under boss lelaki pun mengeluh, under boss perempuan pun mengeluh....cano tu??

Ok ni pendapat aku pasal boss lelaki dan wanita ni k!!Sila baca and feel free to comment :D

1. Boss lelaki ni selalu datang lambat tapi balik on time.Manakala boss perempuan datang awal, balik lambat.

2. Boss lelaki akan cool sepanjang masa tapi tiba-tiba dia akan marah.(maybe tak tahan sgt dah kot). Boss wanita pulak sepanjang masa dia akan kelam kabut.

3. Boss lelaki ni dia senang tolerate dengan pekerja. Boss wanita agak susah kot

4. Boss lelaki tak terlalu busybody. Boss wanita sgt busybody.Hal-hal personal kita pun dia kalau boleh nk ambik tahu.

5.Boss wanita lebih teliti. Boss lelaki kadang-kadang suka ambil mudah dalam segala hal.

6. Boss wanita akan mengeluh betapa sibuknye die dan dalam pada masa yang sama akan menyibukkan pekerjanya juga. Boss lelaki kalau boleh dia nak buat semua. Gila kuasa!!hua3

7. Boss lelaki sesetengahnya gatal. So berhati-hati la bila duduk berdua-duaan dengannya. Kang tak pasal 'something' akan berlaku. Boss wanita yang dah berkahwin akan menggedik dengan pekerja lelaki

8. Boss wanita ni suka berniaga di office.Berniaga benda yang berkaitan dengan kecantikan. So die akan attact pekerja2 nya untuk beli product dia2. Sambil menyelam minum air kan.ha3 . Boss lelaki relax je, dia berbisness tanpa pengetahuan umum.

9. Boss lelaki ni bertimbang rasa, manakala boss perempuan tak bertimbang rasa. (kan?). contoh, kalau nak mintak cuti, boss lelaki kejap je approve. hu3

10. Point yang terakhir ialah, Boss Lelaki dan Boss wanita kedekut nak naik kan gaji pekerja.Janji tinggal janji je.

Setuju tak semuaaaaaa?? Apa pendapat korang pulak?


26 comments:

Xora said...

setuju yg point last tu! lagi satu, boss perempuan senang terasa ati kalau staff boikot dia :P ahahaha

nik said...

hahaha..nik angkat tangan tanda 101% setuju ngn point yg last tuh..dan haruslah diakui ianya adalah benar di alam realiti..penat siot dh 2 tahun, gaji cenggitu jer..hehehehe


eh, jgn report kt bos nik k..hahhaha

sasha* said...

i lg selesa dgn bos laki.bkn apa,kdg pempuan dgn pempuan ni tak boleh lebih plak kan.lg plak kalau anak buah tegur mesti tak nak dgr hehe

ElyaElmo said...

xora: ha3..betoll!!!die akan ngadu ngn geng2 dia...ha3

ElyaElmo said...

nik :ah3...sian nik...!!gi try apply kat HP cyberjaya...bnyk nak pakai org kat sana :P..nik pun jgn bg sapa2 nmpak entry elya ni ok!

ElyaElmo said...

sasha: hati2 sashaaa..kang bos laki2 ngappppp u kang :))

HenRy LeE ® said...

usaha tangga kejayaan! no shortcut in success...

bos lelaki terbaek! lol

Peace
The CleverMunkey

GothicScarlet said...

Setuju 100%!!
Pandai ah kau.... and the last point tuu aku paling setuju sekali!! heehee!

.::WaNiE::. said...

setujuuuuuuuu

tapi bos i baik, murah hati, kalau mintak tlg kerja personal sket, mesti hulur duit, paling kurang takat tlg taip dokumen pun kasik 50 ..hahah kayo makcik

tapi MD alahaiii..kedekut nyeee

cik aiLebiu said...

mostly lady boss ni cakap makan dalam punya org...heheh..

helena's said...

saya suka bos lelaki.bos perempaun cerewet penah kene dulu.memang poyo gila.ish.

kalo laki nih.dia felxible sikit.tau tau lah pangai laki kan..ahahaha

embun d tengah malam said...

sila2

ElyaElmo said...

henry lee : u lelaki..u mesti laa ckp lelaki terbaik!!ha3

ElyaElmo said...

gothic scarlet : yeay!!up kan trafic ko nnt!he3

ElyaElmo said...

wanie : boss u laki ke pempuan wanie..tak mention pun...ha3

ElyaElmo said...

cik ailebiu : makan dalam??? tapi org akan makan hati kan..

ElyaElmo said...

cik hel : cik hel..cam lain macam jee komentar kamu itu!!!ha3

ElyaElmo said...

embun : ape nye yg sila??

Nazatul shima said...

lagi bez kalau boss laki la sis!hehehe..senang nk bodek pape..hihii..

ElyaElmo said...

cma: amboiii ko...suke kalo bodek2 ni kannn..he3

Mr feckry said...

aik nama gua pun ade..tq la elmo

*ayu the sun* said...

mekasssiihh...
walaupun akak bukan top blogger.. i am really honored to received this..
thank you!

I Am Me said...

bos lelaki cool, bos ppuan cepat gelabah dan cerewet. tp bos ppuan lebih jaga anak buah kot

Amilyn Zanal said...

salam.boleh saya copy paste artikel ini.harap diizinkan..

ElyaElmo said...

salam dear...sile2...haha...

Anonymous said...

Kita berhibur jap dengan pantun kelakar di bawah, yang dipetik dari buku ‘Alamak, Bosku Seperti Hitler!’ hahaha:

Pagi-pagi, sudah mencemuh,
Si pemandu terus terdiam mengeluh,
Bos ini jenis yang kecoh,
Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.

“Ada pelanggan hendak jumpa”,
Itulah kata si setiausaha,
Bos enggan, mengantuk katanya,
Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.

Bos memanggil mesyuarat mengejut,
Ada pekerja berjalan bak siput,
Bos pun menengking sampailah semput,
Para pekerja terkentut-kentut.