09 March 2010

Nak Kahwin Perlu Buat Loan Ke?



Hari tu borak2 dgn member. Tiba2 kiterang sentuh bab kenapa org Malaysia ni, kalau nak kahwin ,mesti akan buat pinjaman?kenapa yeh? Susah sgt ke nk kumpul duit untuk kahwin ni? Pendapat aku la,kalau takde duit lagi, jgn la kahwin dulu. Kumpul la duit puas puas kan. Ini tidak, majority kaum lelaki ni nk ambik jalan pintas je nk cari modal untuk bg wang hantaran untuk pasangan. Korang pernah fakir tak, kalau korang buat pinjaman, entah berapa tahun korang dapat settlekan . Fyi,ada mmber yg buat loan, hidup sekarang dibebani hutang.Bukan la nak aib kn org ,tapi just berkongsi sekadar pengajaran......

Actually, dengan membuat pinjaman untuk melangsungkan perkahwinan pun tidak digalakkan dalam islam.Memang terdapat banyak bank sekarang membolehkan kita buat personal loan .Tapi impact yg akan datang, anda semua pernah fakir tak?Nak bayar bulan2 ,larat tak?Ni pandangan aku je la,macam mana dengan pandangan korang semua? Daripada korang buat loan untuk kahwin, lebih baik korang buat loan untuk berniaga or buat business. At least bleh dpt untung kalau berniaga ni. Kalau buat loan untuk kahwin, duit habis dekat majlis tu je. Dalam islam pun digalakkan berniaga. 9/10 punca rezeki ialah daripada berniaga. Orang2 yg bijak pandai akan berniaga untuk mengumpul wang untuk kahwin,bukannya pinjam loan untuk kahwin k !!~ ( Termasuk saya!!sy partime buat business untuk mencari modal untuk kahwin. Tapi bukan lah tergolong dlm org yg bijak pandai k..ha3)

Tapi kalau diselidik betol2 kan ,faktor utama yang mendorong pinjaman wang di bank ialah kos perkahwinan itu sendiri.Zaman sekarang ni memang diakui kos agak membebankan, sebab sekarang kaum2 wanita ramai yg berkelulusan degree.So wang hantaran pun kena la tinggi ye tak?Aku sendiri dah survey dgn rakan terdekat yang sudah berkahwin.Mereka pun memberitahu perlu ada sekurang2 nya RM20,000 untuk urusan perkahwinan.So kalau boleh ibubapa pun jangan la sampai mintak wang hantaran mencecah 15k -20k dengan bakal menantu. (padahal bakal menantu kerja executive je pun). Jadi yg baru bekerja tu,simpan la berapa peratus dari gaji itu untuk kahwin nanti.Jangan la nk tiru org and expect nak buat yg grand2 (ukurlah baju di badan sendiri),yang penting majlis tue sederhana.Kalau nak buat jugak, kerja keras sikit!Buat something,part time ke, ape ke.Jangan pinjam dengan bank, Ah Long…bla bla bla.


beban

lagi satu,Kalau buat loan sampai berpuluh puluh ribu ni,nanti dah ada anak hutang pun masih lagi dengan beban hutang yg menimbun nimbun.Nanti anak nak membesar lagi kene guna bnyk duit tau!!!

Apa apa pun, pasangan perlu bincang dulu.Dari segi wang hantaran, hantaran kepada kedua belah pihak, biarlah berpada pada. Ikut kemampuan lelaki tu. Tak guna kalau hantaran tinggi melangit,tapi perkahwinan tu menyusahkan bakal suami kita in the future
.Kesian kat bakal terpaksa menaggung hutang pinjaman sepanjang hidup nnt. Renung-renungkan la ye. Aku pun memberi peringatan untuk diri sendiri jugak. (Tapi kalau bakal kamu tu mmg seorang yang banyk duit tidak mengapa k!!:D)

Jangan risau, kita pasang je niat untuk kahwin, InsyaAllah Dia akan bantu kita .Nak kahwin, kalau duduk goyang kaki, macam mana Allah nk tolong kan. So,kita kena la usaha dan bekerja keras k
. (bukan berusaha keras untuk pinjam loan k ..he3)

Sesiapa yang nak berkahwin, or sudah berkahwin yang nak berkongsi pun dialu alukan demi kebaikan semua :D

15 comments:

Cik Belle said...

tak perlu la kot sampai nak buat loan. huhu. baik simpan sendiri. ade nye rezeki kalau betul niat kite tuh nak kawen. =)

sasha* said...

tak pyh.nnti lepas kawen hutang keliling pinggang hehe

Riena said...

bg saya x perlu.. buat setakat mampu sajee....asalkan benda yg wajib didahului....

thezaila said...

betul tu, ukur baju di badan sendiri.. buat seadanya..

tp peringatan kepada mak pak pengantin perempuan.. toksah la nk letak hantaran tetinggi.. kalau buat loan semata2 nk kawin, anak awak gak rasa tempias nya.. menantu awak bayar loan, anak awak kena tanggung perbelanjaan rmh...

sk said...

i pun setuju takyah buat loan sbb semata2 nak kawen. pandai2 la tambah pendapatan & berjimat..

tp apa yg i tgk, kdg2 bakal pengantin ni terpaksa buat loan sbb nak memenuhi kehendak parents diaorg. ada yg mintak hantaran tinggi, ada yg nak repair rumah la, ada yg mak demand mcm2.. so nak tak nak terpaksa buat loan.

kesian jugak kat diaorg. tp kalau buat loan sikit je, setakat nak menampung apa yg tak cukup, okayla tuh i rasa.

tapi... kalau diri tu takde duit, tp berangan diva nak wedding mcm artis. pastu buat loan byk2, lps kawen makan pasir la jawabnye.. hehe...

embun d tengah malam said...

ader jer org yang nak kawin buat loan..

tapi sebagusnya tak payah..wat jer aper yg mampu

NoRr said...

loan untuk kawen mmg kurang setuju...tp setiap org tahu risiko dengan apa yg diorang buat tu.if boleh seeloknya cuba elak buat loan ni unless dah tedesak sgt2 la..
as for hantaran tu yg memeningkan sbb skang org abeh SPM ja pun parents letak at least 10k..10k ni macam dah jd trend i rasa..hmm, seloknya before bertunang tu berbincanglah sesama sendiri berapa yg bakal tunang tu mampu beri. jangan nak ikot sgt budaya masyarakat yg terlalu materialistik..sbb yg nak kawen tu kita bukan diorang.so lantak la if kita letak bawah 10k pun walaupun kita ni ada master or PHD pun..
lainlah if bakal tunang kita mmg anak orng kaya takpe letak la banayk mana pun kan.tp kalu dia n kita sama2 je baru keja n baru nak start life...jangan la amalkan meletak hantaran yg terlalu tinggi..
apa kata sama2 kita n dia usaha kumpul duit untuk wedding..kan lebeh bermakna macam tu..in the end we will appreciate what we have gone through together...

sowi terpanjang lak my comment..huhu

[dG] said...

oleh yg dmikian, kumpullah duit awal2 sblm kawen~ XD

ElyaElmo said...

@cik belle : betol...niat jee.pasti Allah akan tlg.inysaAllah...

@sasha : betol........sokong 120 peratus!!:D

@riena : sokong jugakk!!!bersederhana je kannn.klo bermegah2 nnt akan jd riakkkk....

@embun : nnt kawen jgn buat loan k!!!

@dg : menabung dr sekarang kan :D

ElyaElmo said...

@the zaila :kesian menantu tu nnt....kang anak die tak cukop makan lepas kawen....

@sk :bg sy jgn bergantung dgn loan..kang jd habit!!!hu3..btol tu jgn jd diva tau!!!!ilike ur sentence :D

@nor : betol rr tu..skang mak bapak skang mmg dh letak starting 10k even anak die tu lepasan SPM je...takpe jee nk komen panjang2...dialu alu kan....

Xora said...

Elakkan buat loan, tak kisah pada sedara mara atau bank. sebab tu semuanya berbalik semula kepada toleransi. Kalau kedua2 pihak boleh berbincang dgn tenang dan realistik, kos kawin ni tak bebankan. saya tak rasa patut tetapkan wang hantaran ikut tahap pendidikan perempuan tu la. kalau atas sebab "oh, bagi si lelaki tu belajar hidup susah kumpul duit", kalau kita berkiblatkan ayat cam tu, hidup ni, bukan duit aje susah nak dikumpul. ilmu agama pun susah nak dikumpul, pendidikan kekeluargaan pun susah nak dikumpul ilmunya. jadi saya tak setuju la. saya kawin takde wang hantaran langsung. lantak la makcik2 nak kata apa :D Bukan terkuis pun duit diorang :P

mizara said...

itula dilema orang nak kawen zaman sekarang nih..last last ngeloan gak..sebolehnya jgn la buat loan..buat jela ala kadar..biarkanla ape orang nak ngata itu ini...duit poket plak bukan dorang yang kuarkan ye tak??

ElyaElmo said...

@xora : eh bagus nye u...tolerate pada pasangan u ...

@mizara:aah..derang hanya mengumpat2 jeee...duit taknak sponsorr kan..ha3

helena's said...

yaAllah..cikhel pulak risau nih,.,.


mudah-mudahan takde ape lah ye..

nanti update tau pasal kakak!

elya rindu kamu!!

helena's said...

susah gak nak cakap pasal zaman skng nih semua barang naik.kalo gaji pon 1k+ berapa lama nak simpan untuk kawen??

kurang2 kene ade 25k untuk lelaki.

pendapat cikhel rasa tak salah lah nak buat loan ,,tp ikut kemampuan diri.. :D