03 March 2010

Motivasi Diri


Ok hari ni, aku nk tuka mood kejap. Asyik nak cerita pasal tunang je kan. Kali ni nak bg sikit motivasi tuk diri kita. Eceh, mcm DAto' Dr Fazilah Kamsah pulak kan.ha3



1. Rancangkan dahulu apa yang perlu dibuat dan tetapkan matlamat.(kene teguh pendirian, jgn kejap nak kejap taknak)

2. Senyumlah selalu..senyuman boleh menenangkan jiwa dan juga sebagai sedekah. ( senyum juga boleh kelihatan muda ..wink)

3.Dapatkan rehat dan tidur yang berkualiti.

4. Jangan membahayakan diri sendiri atau menzalimi diri. (sayangkan diri anda tu !!)

5. Binalah persahabatan yang erat dan saling menyayangi. ( berkawan seramai yg mungkin, berkasih biar satu :D)

6. Sesekali hiburkanlah hati sendiri dengan melakukan apa yang diminati. ( kalau korang minat nyanyi, gi la red box nyanyi!!)

7. Tonjolkan penampilan diri yang menarik dan kemas. Sesekali bergaya, apa salahnya. ( kene kelihatan cantik,hensem dan bergaya selalu tak kira yg SINGLE ke atau yg DAH KAWEN )

8. Kawal berat badan anda dan jangan terlebih makan..takut jadi obes pula. ( Penampilan!)

9. Amalkan gaya hidup sihat. Jangan menghisap rokok..bahaya untuk kesihatan. ( tak payah laa isap rokok, buang duit and kesihatan pun terganggu)

10. Lakukan pemeriksaan kesihatan menyeluruh bagi mengetahui tahap kesihatan diri. (pentingg jugak!!kang tak pasal ada sakit itu laa..sakit ini la kan..)

11. Tenangkan fikiran dan relaks sekejap. ( Gi jalan2 or window shopping..layannnnn)

12. Mandi setiap hari... jangan malas mandi tau ! ( Korang tak rasa geli ke tak mandi??ha3)

13. Jadilah diri sendiri (bukan orang lain) dan berbanggalah dengan kemampuan diri. ( Be Yourself ok!!~bersederhana la dlm segala hal)

14. Jangan menunjuk-nunjuk atau alim-alim kucing. ( Kalu mmg alim..tak boleh nak kata ape la)

15. Lakukan kerja seikhlas hati. ( Kalau korang ikhlas dlm bekerja,insyaAllah Allah akan permudahkan dlm segala Hal )

16. Jangan Mudah berputus Asa. ( Allah pun tak suka org yg mudah putus asa,Dia suka org yg terus berusaha)

17. Selalu Muhasabah diri . ( Spend satu hari untuk fikirkan apa silap kita,ape yg kita dah lakukan untuk mendapatkan keredhaan drpd Nya)


18. Yang paling penting, sentiasalah berdoa kepada Tuhan, mintak pertunjuk.


Itu sajaaa genggggggggg!!~ chow...

2 comments:

helena's said...

Tonjolkan penampilan diri yang menarik dan kemas. Sesekali bergaya, apa salahnya. <-kao cikhel bukan sesekali jek kene bergaya,selalu!!hehe

Kawal berat badan anda dan jangan terlebih makan..takut jadi obes pula.
<-okay sumpah takut jadi obes..haha

ElyaElmo said...

bagus tu cik hel..itu yg kita mahu kann :D