05 April 2010

Memohon Hajat Melalui Solat Hajat


Sesungguhnya kami adalah sang kerdil yg tidak mampu untuk menahan akan kehendaknya yg maha Esa. Tidak terdaya kami mengadakan sesuatu yg kami hajati tanpa izin mu ya rabb. Apalah kami dibandingkan dengan sebutir pasir hitam dipesisir pantai mu ya khaliq. Jadikan kami hamba yg sentiasa berserah kepadamu ya Allah. Hanya kepada mu sahaja kami berharap. Hanya kepada mu sahaja kami berhajat.....




-Waktu yang sesuai bila- bila masa sahaja, siang atau malam. Kecuali selepas solat subuh. ketika matahari naik, dan lain-lain lagi.Tetapi seelok-eloknya dilakukan pada waktu malam, 3/4 malam.

-Cara melakukan Solat Sunat Hajat sama sahaja seperti melakukan solat sunat yang lain. Perbezaanya hanya pada niat.

1. Lafaz solat hajat dan niat.
Sahaja aku Solat Sunat hajat 2 rakaat kerana Allah Taala

2. Pada Rakaat Pertama setelah takbiratulihram
a. Baca doa iftitah
b. Baca Al Fatihah
c. Baca Surah Al Kafirun 1 kali
d. Melakukan rukuk, iktidal & sujud seperti biasa

3. Pada Rakaat Kedua
a. Baca Al Fatihah
b. Baca Surah Al Ikhlas
c. Melakukan rukuk, iktidal & sujud seperti biasa
d. Membaca Tahiyat Akhir

4. Memberi Salam

5. Berdoa selepas memberi salam



Setiap orang mempunyai cita-cita & hasrat. Untuk mencapai cita-cita & hasratnya memerlukan usaha & ikhtiar. Salah satu dari usaha & ikhtiar yang boleh kita lakukan untuk mencapai hasrat & cita-cita ialah dengan memohon hajat kepada Allah melalui Solat hajat sama ada kecil atau besar.



P/S saya hanya ingin share kepada sesiapa yang tidak tahu. Yang mana salah sila tunjuk ajar saya ya...



6 comments:

♥dG♥ said...

thanx 4 sharing sis~ ^__^

.::WaNiE::. said...

:-)

embun d tengah malam said...

bagus juga cik elmo ni..alhamdulillah

sasha* said...

dulu masa nak exam selalu buat solat hajat satu keluarga :')

Mr feckry said...

betul-betul, penting tu solat hajat

helena's said...

cikhel dah lama nak buat nih..sebab ada yang dihajati :)