21 December 2010

Berkongsi Itu Menjimatkan~

Hari tu, before kami tunang....aku berangan nak buat Garden Wedding di Tasik Permaisuri, sepeti disini [klik] atau pun di Denai Alam . Lepas engaged, aku terus call DBKL untuk book tasik tu. Nasib baik bayaran pendahuluan tak diminta ketika itu.

Tapi, kite hanya merancang, Tuhan yang akan menentukan....October lalu, tiba-tiba kedua pihak suggest untuk buat 'share' wedding. Pada mulanya, aku agak keberatan jugak la dengan rancangan ni. Yela, aku impikan english wedding, kekasihati cenderung ke arah kemelayuan. Aku ambik masa seminggu jgak la untuk fikir baik buruk 'share' ni.

At last, aku setuju...... lebih banyak kebaikan dari keburukan. Aku dah buat calculation aku sendiri, share ni sangat menjimatkan!Salah sorang harus beralah untuk kebaikan bersama.Lagi pun, kawan aku kawan dia jugak, kawan dia kawan aku jugak. Pi mai pi mai tang tuuu......hehe....

Pada aku nak mendirikan rumah tangga ni harus dahulukan mak bapak kita, dengar nasihat dan pandangan mereka. Mana pandangan mereka yang kita kurang bersetuju, kita cuba berbincang elok2. InsyaAllah, mak ayah kiter boleh toleransi dgn kita :)

Jadi, kami telah bersepakat untuk buat Sekali sahaja Majlis Bersanding. (so, datangg yeee semua :p)Bukan di Tasik, bukan di Denai Alam, tapi di Dewan between Puchong dan Cheras. jeng jeng jenggggg~ (nanti elya update kan k!!) . Semua bersepakat buat di dewan, senang nak handle. Kami impikan wedding yang sederhana and simple. InsyaAllah. Kami mahu berjimat. Kehidupan selepas kahwin lagi memerlukan banyak duit.....~

Moga dipermudahkan dan dimurahkan rezeki . Doakan kami....~



P/s Tak sabar nak gi
Garden Wedding Lynda..~

16 comments:

~Ayu BnSyg~ said...

Within a week adakah Ayu antara insan yg telah memberi kata2 peransang utk anda meneruskan share wedding anda? (Eh perasan la saya ni!)

ps://X pe x dpt garden wed pun nnti kte merasa kt wed Lunda k sayang?

Xora said...

kehidupan selepas kahwin mmg lebih memerlukan duit. dan bila dah beli rumah, masa tu lagi lagi perlukan duit. kalau beringat, kita akan lalui semuanya dalam senyuman :) betul, tak tipu :D

Nur Iman said...

Yup..setuju dgn elya...berkongsi itu jimat....saya pun wat 1 majlis jek.Yg penting, perkahwinan ini dh dihebahkan...Goodluck ye elya..

anaztasias aira said...

Ameen !! itulah elya lepas kawen lg banyak pakai duit =)

aNis LeMoN aBu said...

Oh Dear, syabas! I paham kalau impian kite kena alter sikit. memang betul, papehal pun kena ikut suara majority aka kuasa2 veto. hehe. lagipun share pun bagus jugak. jimat BANYAK, kan =)

guud for u! ;)

farahfatihah said...

dekat ngan ptjaya x? senang x nak g? heheheh

LisaLisut said...

between puchong and cheras?bukit jalil?hihi.blur bab tempat2 kawin ni.best la elyaaaaaaaaa share wedding.i kalau bole nk sangat share.sekali sudah.tapi...sorg utara sorg selatan.famly lelaki pun nk gak buat tempat dia,famly i pun nk buat yg sedara mara snd dtg maka...jadila mcm adat melayu biasa = 2.hmmm..

bestnye elya :)

Mai Sakurada said...

hi.. sama la kita. i pun buat share wedding gak. skali jer reception buat kat putrajaya.. sbb i ni org kedah, mak ayah i cadang nak sewa bas bawa org kg dtg.. hehehe

harzharun said...

mek...xpe wat sekali sanding & share2 ni...mmg jimat...plus, dr sudut lain, xpenatkan u, xpenatkan keluarga byk2 kali...plus lg, u & tunang boleh betul2 tumpukan perhatian kat majlis yg satu tu...xde la kes u concern majlis belah u je n dia concern majlis belah dia...yang penting, sama2 dah setuju & hepi...plus lg, ko tambah sendri la wei!..hahahaha

Khumaera Ismail said...

btul~!! sharing is craing.. ;) simple itu indah..maera ingt lagi pesan abg kndung, dia pesan jgn semata2 na kawen dok berhutang bank..simple lg bgs..sb yg penting ialah kehidupan lepas kahwin..

p/s:: na gi kenduri elya.. ;)

Dhiya said...

Elya......dah dpt dewan? alaaaa....bestnye...dhiya xde dewan. camne nak kawin ni...

Reen Tart Nenas said...

ok la tu buat majlis share. lebih menjimatkan. duit lebih banyak diperlukan selepas kahwin nanti :) so, jgn membazir :)

iedayah said...

wa...sm ngn i dear..wat skali je..tp be prepared ea..akn ad yg mkn ati ckit demi ckit..mel experience yg i lalui skrg dear..kn byk222 bersabar..ha brp kli byk ntah

~ mizzAmy ~ said...

sharing mmg leh jimat sesangat, janji kwn2 dpt hadir kan? btw, mmg kehidupan selepas kawin tuh yg penting. banyak lagi duit nak pakai selepas itu.

"cikkin" said...

good luck elya..=))

Syima Syaz said...

sama lah....mula2 pun igt nak buat seperate pastu pikir kebaikan share, trus pikir share saja...then calculate...byk sgt dpt jimat...lagipun mcm elya...kwn kitorang pun sama2 share so 1 tempat dah la.
pastu cuti blh rest lama sikit...hehe