29 December 2010

Selesai Sudah Ujian HIV dan Talesemia

Update terkini ialah....saya sudah buat Ujian HIV.Yeay!! Sebelum tu jum recall entry saya beberapa hari yang lalu [klik]

Dah alang-alang nak perabehkan cuti, saya dan si dia cuti pada hari isnin yang lalu.Memang kiterang plan nak settlekan pasal Dewan, HIV Test, Borang Nikah dan Pelamin pada hari tu. Alhamdulillah semuanya settle. Settle means, vendor dah blocked tarikh untuk kami , tapi depositnya kami tak dapat nak bg semua la. InsyaAllah bulan depan pulak bagi sikit. Then, bulan2 seterusnya sikit sikit ~


Tingkat 9 di Menara PGRM

Kita lompat cerita tentang HIV Test dulu ya. Seminggu sebelum, aku dah buat appoinment di Klinik Kesihatan Cheras. Fyi, dekat Cheras ada 2 klinik Kesihatan, satu di Menara PGRM lagi satu di Bandar Tun Razak. Kami gi dekat Menara PGRM ,tingkat 9, sama tempat dengan Sk Adam hehe. Tiba disana jam 1.45 ( appoinment pukol 2, awal kami sampai..hehe) ,terus dibagi 2 keping borang untuk diisi and bayaran sebanyak RM1 sorang. Murah kan? klinik kerajaan maaaa :p





Tiba saja giliran kami, kami terus masuk ke bilik Kaunseling. Since hari tu ramai yang buat appoinment, kaunselor tu
(person yg incharged untuk bg briefing) terpaksa buat 2 group.So that cepat sikit habis. Frankly speaking, aku agak nervous jugak la nak tahu result HIV test ni. Tak tahu napa nervous...perasaan tu dtg secara tiba-tiba ..cewahhh huhu~

Kaunseling tu took about 1 hr to finish. Then, dah habis, die cucuk jari sorang2. Tak sampai 5 mini , dah dapat result and tunggu kat luar untuk dapatkan salinan
KUNING untuk diberi kepada Pejabat agama nanti dan Salinan merah untuk simpanan sendiri.
Alhamdulillah, resultnya,
negative-HIV. hehe.


Yang kuning tu Harus diberikan kepada pejabat agama k. Yang merah tu, simpanan sndiri.



see, ada line di C tu. kalau ada line di T tu, maksudnya HIV.-reactive Kena masuk lagi satu kaunseling untuk pengesahan sama ada org tu HIV positive atau tidak. soalan kaunselor tu kpd kami, " If korang didapati HIV positive, boleh kawen tak?"
haa jawab2 cepat!!! (kami dh tahu jawapan...haha)

Eh,Korang ingat tak aku pernah cakap di entry[klik] sebelum ni tetang Talesmia? Nasib baik aku sampai awal, habis pun awal. so dapat la buat ujian talesemia. Kalau Ujian HIV cucuk di jari, Ujian Talesmia cucuk di pelipat siku.Kalau korang tak sempat buat pun takpe. Kalau nak buat, sila datang awal 30 minit seblum appointment,so that banyak masa nanti.hehe

And resultnya, darah kami normal :) . If tak normal, dierang akan hantar darah tu ke HKL atau Hospital ape ntah
(lupe) untuk buat kajian selanjutnya. Result akan dapat dalam masa 3-4 bulan..


suntikan talesemia


darah tu dihantar ke makmal



tak sesak pun..heheee~

Before kol 4 dah settle untuk 2 ujian ni. So, kalau korang nak cepat2 settle. gi awal k. So far ok la, staff pun tak sombong...~
ni no phone
Klinik Kesihatan Cheras 03-92839020


to be cotinued ~ :)

p/s HIV test ni valid 6 bulan. sesiapa yang free skang, boleh la pergi dulu. lepas gi kursus kawen, cepat2 settle kan yg ini pulak :)

8 comments:

jooleata said...

wahh..
excited! LOLs

Lala said...

elya!! yay! dah settle HIV Test. lala tak buat pun Talasemia Test tu. tak terigt. muka elya serius we nk isi borang, macam isi borang nikah.

lala buat HIV test kat Kelana Jaya, takder lak prosedur kaunseling semua tau. bagus lah kat cheras tu!

anyway, congrats sudah booked segala2 yg penting!!!hehe

LisaLisut said...

bestnye dh sudah.except part cucuk2 jari dan lengan.takde cara lain ke nk amik darah*neves*

pernah kene pegang dgn nurse dan doctor masa nk amik darah sebab nak lari takut kene cucuk masa buat medical test nk masuk University okkkk hohoh

sk said...

eh eh.. u ada byr eh RM1? i rasa mcm i tak byr. serius tgh confuse skang haku byr ke tidak nih. hahahaha

Lala said...

byor! 1rm! hehe

.: an :. said...

rs rugi la plak an tak wat ujian talesemia.. hm..

Dhiya said...

lambat betul aku ni kan....haaa...nanti nak buat la talesemia tu skali...coz my mom is a carrier. 1 of the children must be a carrier too. aku ada tanda2...senang tak nak buat?

ElyaElmo said...

senang jee mek..ambik darah jeee....hihii