27 February 2010

BAJU...BAKUL..BUNGA....MACAM2 ADA


sekadar gambar hiasan


Hari ni,lepas je lunch ,aku bersama kekaseh cecepat pergi ke tailor kesayangan ku,maksik syida ukur baju tunang ku.Yeah, settle jugak akhirnya, aku buat baju kurung moden je, kain kipas kot. InsyaAllah kalernya teng teng tenggg.Keep it as a secret dulu k,nnt baru reveal :p .Yg pasti bukan kaler merah( Fyi,aku fanatik dgn kaler merah ok:) )
Nak dijadikan cerita, tiba2 makcik tu kata aku macam dah berisi. Alamak! ape dah jadi dgn diri ku ni, kemain semangat dok makan je kan sekarang, tak hengat dunia dah,hua3.Tak boleh jadi, start bulan 3 kena jaga makan. Aku tak amalkan diet yg tak seimbang ya just jaga makan elok2 je :D Ok ok enough talking bout berisi.
Lepas tu, kiterang menuju ke Chow kit, tempat aku beli bakul untuk isi hantaran tunang. Kami kesana untuk tukar design bakul yg lebih besar sikit ,tersilap beli ri tu.

ok ini bakul yg silap beli ri tu,kecik. now dah ganti dgn yang baru, nanti baru uplod k :)

kenapa Chow Kit? Kenapa bukan Nilai? Sebab nya, mmg rezeki kami nak beli dekat sana,beli je la kat sana simple as that :). Kalau pergi dekat nilai, dah la jauh, mahal pulak. Lagi pun kedai dekat Chow Kit tu pun wholesale, barang mmg la tak bnyk, takde la aku rambang mata nak pilih kan kan.Lagi pun,Aku bukan nak buat hantaran nikah, untuk tunang je pun. So, simple2 je la.Sekali lagi.....BERSEDERHANA saja :)

Then, kami menghala ke Semua House (GroundFloor), survey bunga yg nak di-deco ke atas bakul tu. Sory bahasa aku kelam kabut.hu3. Aku just survey2 je, planning bwk mak aku gi sini, pilih design bunga ape nk tarok dekat bakul tu.. Yeahhh...aku dah ada idea....Happy :D
.
ape ntah nama kedai ni

mebi pihak kekasehku nk guna bakul yg ini kut ?


aku punya MAYBE nak buat ala ala mcm ni.:D

MAYBE color ni dr pihak aku..ngeh3

Then, dgn tidak bersyukur dan tak puas hatinya, kami yg jakun ni pergi jugak ke SSF. First time jejak kaki kat sana. Teringin nak tgk apa bezanya quality bunga disini dgn kedai lain.Owh yeahhhhhhhhh...mmg lain. Sgt berbeda ya ibuk ibuk bapak bapak. Bunga2 SSF agak cantik dan mmg berkualiti. Normally, barang yang berkualiti harga pun mesti best kan kan kannn. So paham2 je la, aku yg kedekut ni pasti akan reject SSF.....So kami pun pulang saja. And happy dh dpt idea macam mana nk deco bakul yang baru ni. wehOooo~


SSF






kekaseh

me

Malamnya pulak, kami jumpa g client kami, bincang pasal bisness.cari duit untuk future......Dia pun ckp aku dh berisiiiiiiiiiiiiiii..........adoihhhh...mmg keneee diet niiiiii...Jom dieettttttttt gengggg!!!~ :D


YA ALLAH,PERMUDAHKANLAH URUSAN HAMBAMU INI, AMINNNN

26 February 2010

Salam....~


HAI KAWAN2....

Selamat Menyambut Maulidur Rasul dan Selamat Bercuti! :)


Hari ni nak kuar jalan2 gi tgk anak2 member,
gi cari barang2 nak buat hantaran,
jumpa client.....
suma nya nk settle kan minggu ni..


Permudahkanla semua urusan ku Ya Allah...
Amin :)

25 February 2010

SAJA SUKA SUKA......


Aku ada dpt satu email ni.saja nak share dgn korang semua. So far mayb tak pernah dibuat org lagi kot.Best nya kalau.......






dinding dekat bilik mandi kita painting macam ni..hu3

dapor rumah pulak mcm ni. (tapi mcm agak serabut je kan...hu3)


ini painting untuk bilik kat rumah,kalau ada budak2 kecikk yee,anak kakak ,anak sedara mara la.... ( aku tak terpikir pasal anak lgi tau...hu3)

bilik ibu bapa aku...hua3

Ini bilik aku sekarang...best nye.mmg tak bangun2 kot..ha3

Sorry guys...over pulak malam ni....saja suka2 nk share....muahahhahaa!!~


SEDIKIT UPDATE

Ok kat sini nk update sket, tentang aku nya majlis pertunangan yg akan datang.


1.Tarikh : akan diberitahu kelak ( ecehh nak rahsia konon!!ha3)
2.Baju : kain dah hantar ke tailor. Tak tau nak buat design macam mana.
3. hantaran : aku dah ready bakul untuk letak hantaran.Aku dengan mak aku akan deco sendiri. Kami buat simple2 je. Tunang je pun kan. For me,takyah nk glam sgt..bersederhana saja...hu3
4.Makanan : kami masak sendiri. Sebab jemputan pun tak ramai. Sedara and kenalan rapat sahaja. Yang mana tak dijemput tu, mintak maaf. Kang kahwen pasti jemput semua!!
5.Mini pelamin : Dh book jugak . Serius,murah je.Tapi tak bayar deposit lagi, slumber je....ha3
6. Hand bouquet : InsyaAllah nak try buat sendiri...ekekeke
7. Make up: Dah byr deposit dekat Eyra Rizal. Thankgod, dpt jugak hire dia.he3.Reasonable price and makeup chantek.(hopefully die tempek kt muka aku pun jadi chantek..ha3).
8.Photographer : Maybe nak suruh Adik aku or abg ipar aku akan ambik gamba. Hopefully abg ipar aku kasi FOC.ha3.


So far ini je update. Aku tak buat glam sgt. Aku buat ikut budget aku je.Bagi aku tunang ni tak payah la nk glam sgt,tak payah nk tiru-tiru org nk buat yg glam2.Buat sekadar yg mampu je.( bersederhanalah kamu dlm segala hal.....wah gituu!!~) So, aku agak 'kedekut' sikit la dari segi preparation for engagement ni.ha3
Itu semua pendapat aku je k....... jgn maraaa :)

24 February 2010

MERAH NYA MAK NGAH




Just nk share dengan korang sumthing.Jeng jeng jeng.... Perasan tak ramai antara kita tak berapa berani memakai gincu warna merah,kenapa yeh?Rata-rata make-up artist dekat Malaysia ni pun ,mereka selalu gunaka gincu warna pink (sorry kalau aku tersilap, ini berdasar pemerhatian ku saja). Bagi aku la, kalau make-up artist pandai memainkan warna merah pada bibir b2b, mesti cantik kan.Tapi ada sesetgh b2b yg request tak nak pakai lisptik kaler merah. Korang mesti pikir,

"alaaa....aku hitam, mana sesuai pakai lisptic kaler merah..."
" eee..merah macam pondan je..."
" isk..taknak laa..mcm b*itch je..."

atau pun takot org lain perli macam ni
"amboi...merah nye mak ngah...."

Eh helo korang sume :D...actually kan,merah itu sgt seksi ok!!~Aku mmg suka gila dengan warna merah. Tapi aku bukan la ckp berdasar kan itu. Aku ckp berdasarkan fakta..he3 ( ecewahh) :p

Actually nak pilih warna gincu adalah terpulang kepada cita rasa individu masing-masing la kan. Fyi,disebalik warna pilihan korang tu,mewakili sikap dan peribadi diri korang sendiri. he3.Normally hanya awek yang berani selalunya memilih warna yang terang dan garang seperti MERAH untuk menyerlahkan lagi penampilan diri mereka dan menambahkan seri wajah si pemakai.(aku tak ckp la kalau pilih warna lain, wajah x naik seri ok) .Aku tau ada awek yang menggemari warna yang lembut seperti pink, coklat dan sebagainya. So, make up artist pun kene buat berdasarkan request drpd mereka la.And ada gak yang selesa pakai lip gloss je. So,terpulang kepada diri masing masing kan. Aku just nak share je :D Ini aku dpt darpd sumber2 tertentu. Hope dpt membantu korang..he3


Lip Gloss Tanpa Warna
Menjadi pilihan bagi mereka yang ingin kelihatan natural dan simple. Kerana korang hanya memilih lip gloss yang mengikut warna bibir. Personaliti si pemakai,korang gemarkan hidup yang aman damai dan senang cerita SEMPOI!!~

Warna Pink Berkilat
FYI,warna ini mencetuskan kesan seksi dan sgt mempesona kepada si pemakainya,awwww!!~.Awek yg berkulit gelap ataupun cerah sesuai je . Awek yang memilih warna ini dikatakan seorang yang romantis dan berjiwa penyayang. Korang ju tak suka mencari masalah dengan orang lain. Tapi..tetapiiii...... korang ini agak sensitif sebenarnya walaupun kadangkala dari segi luaran seolah-olah mereka ini nmpak macam tak kesah or konon2 cool je ..he3

Warna Coklat
Sapa yang suka warna ini,korang mmg jenis yang tak suka terlalu menonjol dari segi imej. Bagi korang, bakat dan keupayaan diri adalah perkara yang lebih penting.Korang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan dari segi emosi pulak, ok!!maintain and stabil je :D. Korang merupakan simbol kesetiaan dan boleh dipercayai.

Warna Ungu
Mereka yang memilih warna ungu adalah seorang yang sophisticated dan mempunyai pertahanan diri yang jitu.cewaahhhh!!~ Korang berpegang kuat pada prinsip diri sendiri dan tak takot dengan orang lain. Warna ni bukan semua org berani nak pakai,ia memerlukan rasa yakin yang tinggi untuk memakainya!

Warna Oren
Awek yang memilih warna ini adalah seorang yang berkeyakinan tinggi(sama seperti Warna ungu ), komited terhadap kerjaya/pelajaran mereka. Korang lemah lembut orangnya tapi memiliki sekeping hati yang keras.Sometimes korang jenis yang tak mahu kalah, sanggup bertengkar demi mempertahankan pendapat.

Warna Merah
Jeng jeng jeng...warna merah menjadi pilihan awek yang suka menjadi perhatian ramai dan punya keyakinan diri yang tinggi. Selain itu korang tidak suka diperlekehkan oleh orang lain. Senang cerita jangan cuba nak main-main dengan korang la. Buruk akibatnya nanti! Tetapi, seganas ganas nye awek gincu merah ni, mereka tetap memiliki hati yg baik.





jesica alba memiliki tona kulit ala ala macam kulit melayu, manis je calit gincu merah



Ok. Aku bukan nak cerita pasal fasha k. Just nk tunjuk dia pun pakai warna merah.( fyi,kulit dia pun ala ala sawo matang gak)

Ni member aku yg baru je nikah last week.Tu sentuhan dr makeup astist AyangKamell. Fyi,aku mmg suke gile dgn sentuhan dia





23 February 2010

KHAS BUAT B2B

hijab style

Kepada B2b..korang happy tak kalau korang dpt pakai tudung or hijab impian korang?Mesti sgt hepi+berdebar+excited.bla bla bla bla. Yela, korang nk tgk hasil tudung impian korang tu kan...
Last week, aku attend solemnization senior aku dekat majis berhampiran taman kami. Nak dijadikan cerita, malam sebelum nya tu aku dh call dia. Aku bg tau yg aku nk teman dia bermekap and nk dtg awal la senang cerita. Esok harinya itu, aku terbabasss daa..tak sempat aku tgk die bersiap. Dipendekkan cerita. Aku smpai kat masjid tu lewat 30 minit. (Ade hal yg tak dpt dielakkan la kak. Maaf lagi sekali ye ).

Actually aku mmg tak sabar2 nk tgk hijab yg dia pakai untuk nikah ni. Sebb dia mmg suka style ala ala arab ni. Then, dia ambik khidmat puan Vispera a.k.a coursemate dia dekat campus dulu and merangkap senior aku jugak untuk jahit hijab dia tu. And the result mmg tak mengecewakan la....she looks so pretty with the hijab.For me dh mcm artis kita menikah.( ini bukan pujian nk ambik hati ye, ini betol2 puji)


pandangan dari tepi, cantikkkk!!mcm dlm gamba di atas kan


close-up pandangan sisi.( bukan nk suh korang tgk aksi si suami kucup si isteri tau:p)


abaikan gamba ku itu.My sister ckp, aku tak sesuai memakai tudung sedemikian rupa:( tapi kekasehku kata cantik. mana satu betol ni.ha3.


us with the pasangan.

So,B2B yg berminat nk buat tudung with puan vispera,u bleh mintak contact number dr sy. Or u boleh direct tanya ngn puan vispera. Korang hanya perlu email or bwk contoh gamba viel/ style tudung2 artis yg macam mana korang suke.

NAK DELETE TAK?

Tiba2 ramai plak la org yg tak dikenali nk add dekat FaceBook(FB).Bukan aku nk ckp aku ni glemer+ Hot+Spicy la. Tapi serius, ada je awek2 and pakwek2 yang add aku. Aku tak kenal pun. Lihat dr Mutual frend dierang pun,mmg ada kawan2 aku kat sana.,tapi still..aku tak kenal.hu3. Just curious,kadang2 mereka ni add org.Lepas beberapa hari delete pulak. Hanya sekadar nk stalk gamba2 and wall post kita dekat dlm FB tu. Dulu mmg ada je org yg tak dikenali add aku,and aku pun accept je. Sekarang ni,pengalaman sudah mengajar aku, better jgn sesuka hati accept org as a fren.
Haih..aku tak suka betol la org berperangai macam ni. Kalau nak add,nak berkawan,buat secara nak berkawan. Jangan nak buat pasai. So,kalau ada sesapa yg nak add elyaelmo kan, pls let me know yg korang ni member blog elyaelmo k,:D

p/s kawan tak ramai pun,and takmo dikatakan sumbunggg ;;)

OH SI CANTIK-KU...~



Kenapa aku buat tajuk Oh si cantik-ku??I(bukan sebb aku berchenta dgn perempuan ye kwn2:)) )ni adalah kerana, Si cantik Nasha Aziz akan berlakon dlm Teater Muzikal bebeh :D!!!~Kali ni Teater Muzikal hasil karya Erma Fatima dan arahan Ellie Suriaty ini akan dipersembahkan diIstana Budaya pada 26, 27 dan 28 Februari ini bermula 830 malam Selain Nasha Aziz dan Fahrin, teater ini turut menampilkan beberapa orang penyanyi seperti Jamal Abdillah, Hattan, Ziana Zain, Lan Typewriter, Iqwal dan Wana. Mesti best weh.....tapi kenapa dia digandingkan dengan Fahrin. (alamak!! tak suke laa dgn mamat itu :-s)
Si cantik- nasha


Nasha Aziz akan berentap dlm teater muzikal.....bestt nyeeee wehh!!~ aku suka sgt dgn Nasha Aziz. Bila aku dpt tahu dia akan berlakon dlm teater muzikal,mmg aku happy sgt. Macam nak je beli ticket tuk tgk.The thing is dpt ke aku g teater ni yeh? Since aku kene attend wedding member aku dekat ipoh, ada kerja and bisness yang perlu di settlekan.aduhhh...mcm mana yeh?!! Teringin sgt nk tgkkkkk :-s....
Sesapa yang mana free masa Cuti Maulud Nabi ni, pegi la tgk yeh. Kita support sket Nasha Aziz and Karya Erma Fatima.


22 February 2010

AKHIRNYA BERTUNANG JUGA...... :)


Jeng jeng jeng..Tadaaaaa......sepriseeeeeeeeee!!!

FYI,Ini bukan majlis pertunangan cik elyaelmo ye...ini mmber ku yg bertunangla.Agak2 seprise tak???hu3....
Allhamdulillah,akhirnya mmber baik ku telah pun bertunang dgn kekaseh hatinya. Sorry lambat update. Last week aku sgt2 bz.Macam2 activity kene attend. Member nikah, tunang la, seminar la. Semputttt..... Sampaikan ada member2 ku ckp," ni selalu sgt gi nikah org..tunang org...diri sndiri ntah bile laa..." Erkkkkk (speechless)
Sabarje laaaa...kalau ada rezeki...pasti giliran ku akan sampai juga. Pray for me k :D


cantik gamba kami kan ( perasan kejap :p)


posing smbil tunjuk cincin tunang...hua3


aku dn si dia yg mulutnya ada isi makanan




b4 blik..posing lagi!!~

p/s semua org dm pic ney pantang nmpak kamera tau..nmpak kamera je..terus naik syeikh masing2....ha3

20 February 2010

PERGI KAU JAUH-JAUH......!!!~


Dua tiga hari ini, aku macam ada yang tak kene je. Kerja pun tak productive.Rasa mcm nak marah org je. Tak tahu la kenapa kan. Mungkin period kot kan..tapi akan mcm tu plak. Perasaan marah + gelisah + sedih. Ntah la...tak tahu la apa akan jadi. Macam-macam dlm kepala aku ni aku fikir,nk share ngn kekaseh pun, kesian dekat dia,akan memeningkan kepala dia je. Adoih la.........Tak tau la activity minggu ni dpt berjalan lancar ke tak....pergi kau jauh wahai perasaan yg sedehhhhh :(

18 February 2010

CINTA BARU HANS




Jeng jeng jeng....Nah...gempak tak tiba2 hans sudah bertemu dengan Chenta Hati dia.he3.(aku bleh gantikan abg rambut ketak tak?ha3).Cantikannn awek disebelah hans tu.Nama awek tu ialah Bea Alonzo, ada darah campuran British dan Filipin. FYI,Mereka dah bertunang pun!Senyap2 jeeeeee.......Seprise kan..$%^&%$#%....Mmg bagaikan pinang dibelah dua kan. ecewah!!Untung Hans,dpt awek yg lawa centu kan.Tapi tak dinafikan,Awek2 Filipin majoritinya mmg lawa2 pun...
Tapi korang,sayangnya mereka menjadi pasangan kekasih hanya didalam Filem Miss You Like Crazy la korang.(sumber dr Beritaharian..mesti korang legakan... so sesapa kt luar sana yg single mingle tu,ade peluang lagi.hu3).Tapi kalau betol- betol dierang jadi pasangan kekasih pun apa salahnya kan. Sama cantik sama padan. Lagi pun Hans solo pun. Apa ade hal kan.Ramai je artis kita jatuh cinta di set pengambarankan kan kan.


Close-up muka bea


Si hans ni pun dulu scandal2 dia pun sumanya bukan calang2 org kan. Semua yang glemer and top 5 nya artis la kan.Tapi satu pun tak lekat. Kenapa yeh? Sebab dia bukan muslim kot kan. Susah sket scandal2 dia tu nk terima tuk buat laki kan...ntah la labuuuu.....

ni cinta lama dia yg berakhir dgn pergaduhan

dgn fasha pun ade,pempuan ni mmg suma lelaki hensem and kaya dia nk kebas kan..hu3



LAST BUT NOT LEAST....JENG JENG JENG.....ARTIS YG AKU SUKA SGT DR DULU SMPAI SEKARANG
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ape kata ko kapel je ngn nasha Aziz yg cun ni hans, dia pun single je sampai skang. Korang sama cantik sama padan, apa lagi, berchenta je la!!~hu3

LENGANG DAN SURAMNYA!!!!~


Hari kedua ni,ofis aku suram lagi. Ramai lagi yg tak balik dr bercuti. Jalan sangat lengang, tak jem.Aku gerak dr umah pun kol 10 lebeh. smpai kat ofis kol 10.30.Wah,senang je nk dpt parking. Biasa mmg aku dok pusing2 smpai berapa kali, baru la dpt parking nya.ha3. And 2 hari ini, aku tak gelisah pasal DBKL pun.What the day!!~mayb DBKL pun malas jugak nk bekerja kot.sebb derang tahu,org pun tak ramai bekerja lagi. Aku smpai2 ofis,suma org dh smpai,konon2 macam aku la bos nye kan. Nanti balik pun aku nk balik awl. Nak update blog. Aku nk join satu contest. jeng jeng jeng....~Tunggu update aku malam ney haa....

17 February 2010

Lu pikirlah sendiri


Cuti yg sgt panjang last week. Aku ngn adik aku pun teman la mama gi tgk wayang. Serius!!dah nak masuk 3 bulan aku tak tgk wayang. Sebab aku sgt2 bizi mencari rezeki. cewah!!~alasan btol. Pastu adik aku siap2 beli tic siang nya tu, then tgk wayang belah malamnya. Mak aku ni suka tgk cerita melayu je. Memandangkan movie yg nabil berlakon tu dah keluar, belasah je la tgk citer tu kan,eventhough aku dah tau, mesti cerita tu tak best punye.Lihat kat poster tu gamba Mila dgn nabil, so aku budget mesti cerita ni lawak2 tahap cipan nye la kan. Alih2 aku tgk pesal la cerita ni mcm drama biasa je.hu3. korang nk tau tak,Mila tak bnyk muncul pun . Si puteri ( aku lupe nama die )tu yg bnyk muncul.padan laaa si Puteri ni mengamuk kat poster tak de gamba dia.Korang paham2 je la sebb ape kan..he3.Takpayah la aku nk citer sinopsis kat sini yeh. Korang pi tgk sendiri,baru feel.....Overall aku bg 3 bintang je out of 5. Aku just gi tgk sekadar nk menggembirakan hati ibu ku sahaja :) cheers .........~

MENCARI MANGSA

Last week cuti sgt panjang. Memang aku tak tau nk buat ape since ramai org pun duk balik kampung masing2. Calling2 kwn yang lain, ada yg sebuk bekerja,ada jugak yg sebok bwk family jalan2. Takpe la,bukan rezeki kami nk berjumpa dgn derang. Apelagi aku dgn encik kekasih pun buat plan sendiri la,kitarang gi jalan2 ke KLCC. Serius, KLCC sgt la tenang dan senang je kitarang cari parking.
Jalan punya jalan tiba2 aku ternmpak satu skirt ni kat Island shop kat Isetan. Sgt cantik ok!Tapi sayangnya, bila aku pakai tiba2 senteng,bapak buruk!tau je org nnt tu skirt pinjam.hu3.

















Takpe,tak jadi la nak beli. (dan dan je..hu3)Pastu kiterang masuk pulak dekat dlm outlet Zara. Aku suh encik kekasihku try satu jaket ney.Memang style la,tiber2 aku snap je gamba,aku terdgr suara org mcm berbisik bisik. Aku buat tak tau lagi. Tiba2 suara tu kuat pulak.Rupanya2 org tu tak bg snap gamba rupanya. Duli ape aku,aku buat tak tau je,and buat bodo je la,konon2 takde ape2 yg berlaku. ha3.Selamat sempat snap beberapa keping gamba buat koleksi. Akhir sekali kiterang gi pulak ke satu kedai jual2 tudung2. Butik Arzu,kalau org yg alert pasti tau. Kedai ney jual shawl2 yg ala2 arab gitu. Suka gila aku bila akhirnya dpt jugak jumpa kedai ney setelah beberapa minggu dok dgr org dok sebut Arzu...Arzu....nahh ambikk aku sempat jugak laa try sehelai dua helai shawl derang.

ape macam? macam dato' Ct tak??ha3

JALAN-JALAN TGK ORG KAWEN LAGI~

Last Saturday,seawal pukol 8.30 pagi aku dh gerak ke segamat cuz senior aku dia kawen. Lepas 3 jam. kami pun smpai segamat. Kami smpai awl jugak la. Kami sempat tgk make-up artist dia make up dia. Sebenarnya aku ngn member aku pelik,kenapa make up kakak tu sgt nipis, bekas2 jerawat still nmpak lagi. Bukan ke kalau make up kahwin ni,selalunya make up artist akan touch up smpai kulit kita dah tak nmpak bekas2 jerawat tu kan.Tapi takpe la,dh lepas dh pun.hentam saja laa labu.
Pastu kitarang gegas pulang ke KL.Member encik kekasih ku kahwin belah malamnya pulak,dekat kampung pengantin. Sesampainya kt sana, mmg cantik dan terbaik la environment situ. Fyi, kat situ mmg ramai artis2 and VIP buat majlis .Very the Glam tau!!Teringin gak nk buat kt sana,tapi ongkosssssssssssnya..........~Sorry la gamba agak blur sket and gamba wedd kat kampung pengantin pun tak bnyk snap sebb bateri cam abeh..hu3


sgt sweet ala2 cinosss :D


me with kak zura


pelamin yg sgt nice





us at kg pengantin



us with pengantin


kami with bff