31 March 2010

Please Dont Force Me To Do All The Task


Pernah tak korang dimarahi oleh boss?
Aku pun pernah je...
Tapi kali ni kena marah, sampai aku rasa sgt sebak...
Tak tahan sangat..
First, kena marah masa nak balik keje...
Cuber korang bayangkan, dah ready nak balik rumah,
boleh dia hint2 aku suruh aku stayback..(hint sambil marah2 mayb ade staff yang lain nmpak)
Memang tak la aku nk dgr cakap kan..
Ye, aku memang bukan workaholic!!!hu3
And aku tak suka ramai sgt orang suruh2 aku buat itu ini, tapi tak bayar gaji aku setimpal....

Then pagi pulak, tiba2 disuruh buat report yang aku sendiri tak pernah buat.
Memang aku ni belaja finance, tapi bukannya semua report aku boleh buat kot!

Bila boss aku sendiri dah menunjukkan belangnya,
tak pasal aku sebak lagi...
Nak ajar orang, ajar laa betol2
Aku ni jenis cepat blur...
And kalau tak suke nak ajar staff berulang2 kali...
Sila jangan jadi boss!!!
Kalau boss aku baca entry aku ni,
aku nak kau cube paham sket perasaan staff kau...
Jangan nak staff buat kerja cepat je...
Cuba paham apa masalah staff ko sikit k!
And memandangkan zaman pun semaken canggih,
sila review balik gaji-gaji staff korang,
tengok balik sesuai tak sesuai dengan economy sekarang.
Jangan bagi janji2 kosong je dekat staff korang.....

Ok la itu je...
tata~

30 March 2010

Aina : "Wedding Contest"




Akhirnya sempat jugak aku join wedding contest yang dianjurkan oleh cik aina kita. Hampir- hampir lupa tau!Nasib baik cik aina datang memberi friendly reminder kepada ku semlm.hik hik hik.

Contest ni bertajuk "Apakah hadiah perkahwinan yang paling ideal daripada kawan2 untuk Aina dan kenapa?"
Syarat-syaratnya dan hadiahnya korang bole tengok dekat sini k [enty]

Memandangkan dah ramai sangat orang bagi cik Aina pinggan mangkuk, pakaian dalaman, baju tidur, voucher percutian,lesung batu dan lain lain lagi.Apa lagi yang boleh bagi untuk bakal pengantin ni yeh?Tiba2 aku terpikir aku nak hadiahkan sumbangan ikhlas berupa wang ringgit untuk bakal pengantin baru ni.

Kenapa aku bagi duit?Sebab aku terpikir orang nak kahwin ni mesti la pakai duit banyak kan. So in order nak back up balik duit yang dah habis tu, at least duit sumbangan daripada aku ni dapat la membantu Cik Aina dan familynya.






And aku doakan semoga Cik Aina berkekalan hingga ke hujung nyawa k. Kalau memerlukan bantuan dari rakan2 blog, InsyaAllah aku sedia membantu yang mana termampu k :) ( eceh konon2 sweeet jee kau ni!)



29 March 2010

I Got My Ring!!!yabedabeduuuuuu


Ini lah enTry yang belum di update! Yeay!! Alhamdulilah dengan ada nya voucher ni,saya sudah dapat cincin idaman saya. Saya pernah post enty pasal Voucher yang valid sampai 31 Mac 2010. [entry]So kena cepat2 la beli kan even tarikh E-day aku lambat lagi.hu3. Tapi cincin yang aku pilih tak sama dengan pilihan yang dulu tu. hua3

Alhamdulilah dipermudahkan. Bersyukur sangat2 kepada Tuhan. Tak sangka sangat dapat jugak aku pilih cincin idaman aku.Masa nk beli cincin pun ada gak diugaan kecil ,he3. Tapi kami dapat jugak selsaikannya, Alhamdulillah.Semoga Tuhan murahkan rezeki kami . Amin.
Yang penting, kita pasang niat, InsyaAllah Tuhan akan tolong. Yang penting kita selalu berdoa untuk dapatkan yang terbaik k.

Dengan voucher tu, kami dapat freegift, pen and 2 bekas cincin.............





yang kaler merah tu pen, kotak yang beriben tu bekas couple ring


Lagi satu bekas cincin baldu, love shape. Suka..waha3. Nak tgk tak??

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
TARAAAAAAA!!!!
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

isi dalam die takleh tgk la kan. Tak seprise nnt!!waha3



Pastu, jalan2 nmpak pulak kedai Nose tgh sale gila2 nya. Apa lagi aku pun sambar la sepasang kasut yang ala ala gold gitu. Boleh bwk gi dating or gi umah orang kawen.he3
Itu je la update aku .Ha3.





p/s Kalau tak seprise sorry la k!! Tapi jangan salah sangka,bukan niat aku nk menunjuk k. Saja aku nak share kegembiraan aku disini. :)


Jom Berniaga !



Now I'm Thinking to earn more moneyyyyyyy!!! Rezeki memang ada dimana kalau kita berusaha keras.Tapi aku nak cerita hari ini, dengan berniaga insyaAllah aku boleh dapat rezeki berlipat ganda dari aku melanguk duduk dekat ofis ni. Sampai sekarang gaji aku tak naik2 lagi. Padahal dah nak masuk setahun dah kerja. Berniaga ni ada 1001 jenis cara. Korang kena pilih dan fokus jenis perniagaan mana yang korang minat untuk buat duit lebih..........



Ada orang buat duit dengan menulis blog
Ada orang sara hidup dengan baking cake atau cupcakes.
Ada student boleh sara hidup dengan jual tudung online.
Ada orang jadi jutawan dengan jadi Middleman je.
Ada orang tiba-tiba jadi kaya dengan hanya menggunakan air liur dia je. ( maksud nya bercakap)

Ada orang sara hidup dengam hanya buat Adsense.

Ada orang buat duit dengan jual barang- barang branded 2nd hand.
Ada orang buat duit dengan berniaga sayur di pasar.
Ada orang buat duit dengan menjahit manik dan tudung.
Ada orang buat duit dengan bukak kedai makan.
Ada orang buat duit dengan hasil kerja kraftangan yang dibuat sendiri.
Ada orang buat duit dengan menjadi photograger.
Ada orang buat duit dengan berniaga apam balik di pasar malam. Ada orang buat duit dengan jual kain pelikat di Bazar.
Ada orang buat duit dengan memasak
Ada orang buat duit dengan menjadi make up artist Ada orang buat duit dengan menggunakan kepakaran beliau di dalam bidang IT.


Wah, banyak kan kalau nak dihitung-hitung.Memang bnyk pilihan korang kalau nak berniaga ni. Yang penting korang kena berusaha lebih , sabar, dan selalu memohon pertolongan daripadaNya. Sebab kalau orang berniaga syok tau!!takda majikan. Majikannya hanyalah Allah. 9/10 punca rezeki ialah daripada berniaga. Allah suka dengan orang yang sabar dan beristiqamah. Jangan duduk dekat ofis je kawan2. Korang kene pandai grab peluang ok!!! Tengoklah artis-artis, meraka tahu kehidupan derang sebagai penyanyi/pelakon tak akan kemana. Kita dapat lihat ramai celebrity perlahan2 menceburi bidang perniagaan. So , apa lagi korang!!!jgn malas2 ok!!Jangan syok sangat dengan kehidupan sekarang tu. Fikirkan kehidupan lagi 2 tahun. hu3..


p/s Teringin nak bg mak duit belanja RM 1k untuk dia bawak gi soping.hu3






28 March 2010

April Fool



Aku bukan nk citer pasal April fool la. Say no to April fool ok!!!!Nmpak tak palang tu.waha3.

Ok,lagi beberapa hari je lagi bulan 3 bakal meninggalkan kita. April pula bakal kunjung tiba. Kejap je kan.Haih...sekejap nyeeeeee kan.

Yang aku perasan la, kalau setiap hari kita full of activities, termasuk weekend kan, mesti kita akan terasa masa tu berlalu begitu pantas. Kalau korang tak percaya cuba korang cuba duduk diam je dekat rumah during weekend, mesti korang rasa mcm lama nya satu hari tu nak berlalu pergi. hu3. (Ape aku merepek da..hu3)

Tapi tu r, April ni sekali lagi bnyk activities yang bakal aku join bersama kekaseh hati. First week of April, meet up dengan member2. Second week of April, ada doa kesyukuran member and maybe join camping di Gold Coast Sepang under activity persatuan semasa belaja di University dulu. Third week of April, maybe gi cuci mata di Gatsby deodorat street Fair. And Forth week of April, macam takde plan lagi kot. Apa ya??? Ada sesapa nak jemput g kenduri tak??ha3. Feel free to contact us!!!~hua3.



Pssst pssstt....korang perasan tak aku ada something yang belum di update.....hik hik hik

27 March 2010

Weekend Yang Sangat Best




Hai kawan kawan....
Weekend ni memang aku full of activities..
Siang nk gi wedding dekat Seremban and dekat Setiawangsa. Memang aku kene Rushing la kan.
Then Petang nye kena gi dinner dekat MIECC. Member aku bagi Ticket Free.Sapa tak mahu Ticket Free kan. Belasah je laa.
Tak tahu nk pakai baju ape. Dia suruh pakai Formal je, tapi mesti pakai color Merah. Ha3. My fav color..auwwwww!!~So aku pakai je la baju lama aku kan. Tak payah la nk dress up bagai pulak. Tak sempat. Ingat plan nkgi make up, Tapi mcm rushing je..wuuu wuuuu


Ni gamba 2 tahun lepas tau.Zaman2 kegemilangan aku dulu.Wah gitu!! Motif aku nk tunjuk kan baju ni. Merah Hitam. Baju ni aku pakai time dinner persatuan dulu.hu3. Classs!!!~(perasan jap)


Lepas tu esok pulak, gi cari sesuatu dengan kekaseh ku!!!waha3.Harap2 jumpa la kan.
Cari ape tu?? Tunggu k.Update nye nnt :D

26 March 2010

Model Konon!!


gamba hiasan

Lately, ramai photografer yang tumbuh macam cendawan-cendawan yanag subur diluar sana.



Photogafer ramai, tapi susah nak cari yang memang berbakat. Ada yang mahir dalam menangkap gamba potrait. Ada yang mahir snap gamba pemandangan. Tapi itu la, ada gadis sanggup gamba2 mereka di-snap oleh photografer2 tu. Disuruh berposing2 seksi-seksi pun tak kesah. Adoiyaii....Mana maruah kalian beb!!
Korang Paham tak maksud aku??Mesti tak paham kan

Apa yang aku nak sampaikan ialah,sekarang ramai awek- awek muda yang konon nye perasan macam Model. Senang cerita perasan cun!!!wahahahaha.Apabila photografer offer nak ambik gamba mereka,(padahal sekadar nk buat portfolio je) terus mereka setuju, walaupun tidak dibayar satu sen pun. Photogarafer bijak bermain dengan kata-kata.Konon2 nya peluang mereka cerah kalau dapat jadi model nanti.

Kadang- kadang bila aku tengok-tengok balik gamba- gamba awek2 yang konon2 nya Model ni. Tak de la lawa sangat. Nak harapkan body pun, takda la sexy pun. Kesian betol!tak pasal pasal dipermainkan oleh photografer2 dekat luar tu je.
Terus terang,aku kesian sebenarnya. Iya la, disebabkan nak kejar glemer, mereka tak tahu malu, dedah sini dedah sana. Padahal nak harapkan muka tak da pun layak jadi model. (bukan aku nk cakap aku ni layak ok!!hu3)

Lepas tu, bila orang komen
" wahh..seksi nya..."
"wahh mantap..."
"wahh...fewiitttt"

Then jawab "Thanks"

Hahahaha...helo!!common girl, adakah seksi yang macam tu kamu mahukan.
Bila disuruh pose seksi tu, bukan seksi tau. Itu mcm ***** . Tapi serius la. Aku kesian sangat dengan awek2 sekarang. haihhh.Kalau nk sgt jadi Model, gi la register as a Model dekat agency2 Model tu. Bukan dengan Jadi Model Murahan mcm tu.

Sorry ya. Aku ni bukan la alim sangat. Sekadar nk ingatkan je dekat Awek-awek muda dekat luar tu. Ukurlah baju di badan sendiri. Tak usah la dok tayang asset anda tu kalau tak lawa. wahahahahaha!!!~

Sekian. Jangan marah ok!!




Ni Baru Model seksi yang cantik :D


25 March 2010

Murah Rezeki aku



Alhamdulillah, aku dpt award lagi...Top Blogger 2010...eceh!!!~InsyaAllah..... Ucapan terima kasih kepada Cik Xora, cik ellfazira dan Cik Hana Yorie kerana menganugerahkan sy award ini. Dan kini tanggungjawab saya ingin meng-passkan kepada blogger yang lain.:D Terimalahhhhhhhhhhh.......(dong dong dong...gringggggggggggggg)>>>> Bunyi drum

1. Cik chiphana
2. Cik nasya
3. kak Ai
4. Cik Hel
5. Cik Aina
6. Cik Sasha
7. Encik Embun
8. Kak Yus
9. Cik Cma
10. Mr Feckry
11. Aus
12 Nurul Huda
13. Kak ayu
14. Cik Zira
15 Wana
16. Nik
17. Purple Lady
18. Mizara
19. Gie
20. The Zaila

24 March 2010

Bos Lelaki atau Bos Wanita yang best?



Assalamualaikum semua,

Kali ni kita lari tajuk sikit yeh. Aku nak bergosssip dengan korang berkenaan dengan BOSS pulak .Ha3.

Aku nye boss ni dulu, jarang sangat nk bercakap dengan aku. Ye la, time tu senior aku ada kan. So ape2 hal, dia suruh aku rujuk dengan senior aku je. Then sekarang, bila senior aku dah tak ada, mula la kelam kabut dia tu.hu3. Everything yang relate dengan finance dia dah kene observe. Apa yang aku buat sekarang, dia dah start pantau dah. Nasib baik la dia jenis yang tak cerewet sangat. hu3( eceh..puji bos nmpak yeh!ha3). Department lain, dierang nya boss perempuan.Sso kadang-kadang tu aku ade gak dengar2 keluhan pekerja2 ni.
Haih...bekerja under boss lelaki pun mengeluh, under boss perempuan pun mengeluh....cano tu??

Ok ni pendapat aku pasal boss lelaki dan wanita ni k!!Sila baca and feel free to comment :D

1. Boss lelaki ni selalu datang lambat tapi balik on time.Manakala boss perempuan datang awal, balik lambat.

2. Boss lelaki akan cool sepanjang masa tapi tiba-tiba dia akan marah.(maybe tak tahan sgt dah kot). Boss wanita pulak sepanjang masa dia akan kelam kabut.

3. Boss lelaki ni dia senang tolerate dengan pekerja. Boss wanita agak susah kot

4. Boss lelaki tak terlalu busybody. Boss wanita sgt busybody.Hal-hal personal kita pun dia kalau boleh nk ambik tahu.

5.Boss wanita lebih teliti. Boss lelaki kadang-kadang suka ambil mudah dalam segala hal.

6. Boss wanita akan mengeluh betapa sibuknye die dan dalam pada masa yang sama akan menyibukkan pekerjanya juga. Boss lelaki kalau boleh dia nak buat semua. Gila kuasa!!hua3

7. Boss lelaki sesetengahnya gatal. So berhati-hati la bila duduk berdua-duaan dengannya. Kang tak pasal 'something' akan berlaku. Boss wanita yang dah berkahwin akan menggedik dengan pekerja lelaki

8. Boss wanita ni suka berniaga di office.Berniaga benda yang berkaitan dengan kecantikan. So die akan attact pekerja2 nya untuk beli product dia2. Sambil menyelam minum air kan.ha3 . Boss lelaki relax je, dia berbisness tanpa pengetahuan umum.

9. Boss lelaki ni bertimbang rasa, manakala boss perempuan tak bertimbang rasa. (kan?). contoh, kalau nak mintak cuti, boss lelaki kejap je approve. hu3

10. Point yang terakhir ialah, Boss Lelaki dan Boss wanita kedekut nak naik kan gaji pekerja.Janji tinggal janji je.

Setuju tak semuaaaaaa?? Apa pendapat korang pulak?


22 March 2010

Saya kene Tag

Memandangkan aku tgh tensen dengan kerja. Apa kata kite release kan tensen ni dengan menjawab tag daripada kak Yus


1.Siapakah diri anda ri rumah?
Seorang anak yg baik dirumah, kakak kepada adik lelaki sy dan aunty kepada anak buah saya

2.Siapakah diri anda disamping rakan?
Seorang rakan bergembira dan menangis, InsyaAllah.

3.5 benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai
i) Hanphone baru
ii) Laptop baru
iii) kereta baru
iv) Wedding yang meriah
v) Millionaire

4.Siapakah nama pasangan anda?
Izmi

5.Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda
- Kelakar. sgt kelakar ok!!
- romantik
- bertanggungjawab
- Caring sangat
- Tak kedekut Ilmu

6.Bila tarikh anda couple?
alamak, tak pasti plak...ha3

7.Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?
Yang pahit bile bergaduh je..ha3

8.Lagu tema cinta anda?
Lagu dygta.Tajuk lupe hu3

9.Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?
Semuanya ok2 je...terima dia seadanya..

10.Tag 10 rakan anda yang lain
-cik hel
-cik fafau
-cik sasha
-cik farahfatihah
-cik nanie
-Cik Mizara
-cik syanaim
-cik ellfazira
-cik dg
-Cik hana yorie

Yang 10 org ni officially aku tag korang k!Korang tak buat jaga!!!(ugutan ganas)
Sapa2 yang aku tak tag tu, korang buat je ok!!aku tak officially tag korang!!

21 March 2010

I'm going to the Gatsby Deodorant Street Fair


Tahniah buat Nuffnang atas kejayaan sekali lagi dlm mengadakan galakan bloggers untuk mengasah minda dlm contest2 yg diadakan. Ini adalah projek 400 nuffnang dan mereka menawarkan poket money sebanyak RM50.Bestnyeee!sapa lagi nk bg duit free2 ni kan.Al maklum hadiah terkumpul sebanyak RM15,000 pulak akan dihadiahkan bg mereka yg layak.Mak aihhh byk kan hadiah2.Bagus btul Nuffnang ni sb bg peluang kat kita2 ni utk meraih hadiah sedemikian ghope.

Terimalah....persembahan....eventtttt....

"Gatsby Deodorant Street Fair"

event menarik ni..akan diadakan pada:

Tarikh :17 april 2010
Tempat:Perkarangan Berjaya Times Square.
Waktu:10am - 5pm.


aktiviti menarik yg ditawarkan:
Sumo Wrestling (in air bag suits!), gladiator battles dan banyak lagi games yang akan membuat anda teruja!Seperti berada di fun fair.

Sebenarnya byk lg aktiviti yg diadakan kalau korang nk tau, cuma nya aku nk tulih kat sini nnt korang da tau la,tak saspen kan?:D So,kalau nk tau ape lg yg ada,marilah kita beramai2 beriadah ke BTS yeah!!!

Cara mudah utk kesana adalah menaiki LRT turun kat hang tuah then sambung naik monorel kat situ atau pun mana2 stesen monorel terdekat yg korang leh sampai. sb dengan menaiki kenderaan awam korang da save time dan ianya sangat efficient...

Ya.sebelom terlupa, layarilah laman web rasmi Gatsby di www.gatsby.com.my/streetfair

Jom ramai-ramai tulis entry di blog korang k!

Program ini adalah program bersama antara Nufnang dan Gatsby. Mari kita memeriahkanya.Kita kasi pecahhhhhhhh!!!!

19 March 2010

uhuk uhuk uhukkkk


Kan dah kata.....
Hari Jumaat je..
Aku bizi tahap pekerja bangla!!!
Sangat memerlukan assistant plssssssssssssss!!!!~
Blog pun tak sempat nak update..
uhuk uhuk uhukkkk

17 March 2010

Wanita yang dah berkahwin perlu maintain cantik

This few days blik kerja awal and tgk my anak buah and tgk my sister berpantang.

What i can say, berpantang sangat membuhsan kan. My sister mmg jenis yg tak senang duduk. My mum suruh dia duduk diam je and takleh jalan-jalan sangat.Even dlm rumah pun,kena jalan slow2 je. Ape lagi yeh, tak boleh tgk tv selalu sngt,This is because, urat2 wanita lepas mengandung ni masih tak kuat lagi. So kena la berhati dalam melakukan sesuatu.Otherwise, nanti effect die bila kita dah tua kang.(my mum ckp k).



Lagi satu ,kalau tak berpantang betol-betol, badan kita tak cepat slim. Itu la terjadi dimana org yg baru ada anak satu, end up tiba2 je jadi gemuk,padahal dulu die bukan main slimmm.Moral of the story is, dengar la ckp mak kita bila kita tgh berpantang. Jangan suka2 hati je nak skip ok! Kalau untuk ceasarian tu, lain cerita ok!

Tiba-tiba dekat kepala otak aku terpikir. Kenapa org laki2 ni, dah ade anak bini, masih lagi nak cari yg lain yeh? Dulu sebelum kahwin, ckp lain. Lepas kahwin je, dah ada anak yang comel,cantik, hansome, tiba2 nak cuba test market dekat awek2 hot.

Haihhhh...Oh Lelaki!!~Ingat la anak2 dan bini ko yang dekat rumah tu k!!

Tapi itu la, kesimpulannya yg aku boleh buat dekat sini. Wanita2 diluar sana, sebelum kahwin korang jaga badan, jaga muka,even ada yg jaga suara ( control suara cun) untuk boyfriend korang supaya mereka tak cari awek lain So hopefully, lepas kahwin pun, korang buat la benda yang sama.

Sebenarnya,lepas kahwin korang kene betol2 pasti kan yang korang selalu maintain awet muda ok.Tapi bukan dengan cara yang salah k. (no susuk2 k!!)
Yang tak pandai bermekap tu, belaja2 la mekap. Bukan ape, untuk memenangi hati suami korang gak nanti. (lepas kawen perlu belaja mekap ke aku??owhh tidakkkk)

Bukan apa tau, sebenarnya dugaan lepas kahwin lagi besar. Lelaki ni bukan boleh tgk perempaun cantik. So kita kena hiasakan diri kita setiap masa.Maintain je dari sekarang. Petua2 orang tua jgn lupa. InsyaAllah korang akan cantik selalu.Hopefully boyfren and laki korang tak akan cari len...

p/s Aku berpesan kepada diri ku juga.InsyaAllah kalau aku kahwin satu hari nnt, aku nak maintain cantik je...boleh?? InsyaAllah



aku 5 tahun akan datang..ewahhh!!~ahahaahahahah

16 March 2010

Domain RM20 je

Aku memerlukan bantuan.... aku ni buta IT sikit.. mcm mana yeh nk tuka domain? Ape benefitnya kalau kita tuka blogspot ni jadi .com Cuz tadi aku ternampak promo domain rm20... Maknanya kalo kita tuka kene byr rm20 setahun ke??centu yeh? ada apa2 procedure tak yeh? mcm mana yeh?? tolong tolong......

Farewell


farewell Lunch @ hailam kopitiam





Kini aku keseorangan...
Senior ku sudah pergi meninggalkan ku..uhuk2...
die nak settle down dah...n get ready ank kahwin...

Sedey tau korang.....
bila semua beban ditanggung sendiri...

Last Friday, hari yg paling tension tau...
semua benda aku kene ingat dlm otak ni...

Cube korang bayangkan, aku kat sini almost a year..
tapi aku still tak berdaya melakukan pekerjaan yg aku buat ni sorang2....
cuz aku mmg takde basic langsung dlm bidang ni...
Kadang2 bila aku tak tahu, aku still refer dekat senior aku ni...
Even, kalau aku tnya boss aku, die still suruh aku refer dengan senior aku ni... Bukannye ape, aku takde basic E-commerce...
Even Boss aku sendiri pun kadang2 refer dgn die..hebat tak hebat senior ku ni..
Senior aku ni dh ade experience 5 thn dlm dunia E-commerce + IT.. Lani....Pulanglaa kepangkuan kami...hu3 :(




p/s aku rasa mcm taknak keje kat sini dah la..buhsan..tensen....hu3

Nasi Lemak Kuning






Pernah makan nasi lemak kuning ??
Pernah ternampak tak org jual dekat kedai ??he3
Actually, kalau korang g Sabah, pasti terjumpa nasik lemak kuning ni.
Orang Bugis yg pandai buat nasi lemak kuning ni....
Memula aku pelik gak, tak pernah dgr and tgk pun..
And last week kekasih ku tapau kan nasi lemak kuning yg dibuat oleh ibundanya..
terharu aku kejap...ingat jugak nk bg aku rasa.....

Nak dijadikan cerita,bila aku tgk nasi lemak ni....rupa macam nasi ayam pun ada.
Bila aku cuba menikmatinya...
Ya Allah!! Sedappppp wehhhhh...Seriousss sedapp.....bukan nasi ayam pun k. Memang nasi lemak.
Nanti aku nk try buat sendiri pulak laa....ambik resipi drpd ibunda kekasihku....
ahaksss!!~( bilaa la nak buat kan??)

Kita Layannnnnnnnnnn je gamba k



yeah!!i have managed to finished it. Tanpa bantuan si dia.muahaha!!~


p/s sorry laa..lately asyik letak entry makan je!!!hua3


15 March 2010

Kek Cokelat Kukus


Nyum nyum....

Kali ni aku nk promote kek cokelat kukus.Bukan aku yang buat yeee....he3.
Ni aku order last week, and self pick up hari sabtu.(kekaseh yg tlg ambik)
Kek ni bukan kek yang mcm korang nampak dekat pasar malam tu tau. Tau tak yg mcm mana?(alaaa,yg di jual dengan harga RM10 tu.kat pasar malam or bazar ramadhan,ingat tak?)
Kek ni seriously sedap. Lembut je kek tu. Iyalah, kukus kan.Yang paling penting Tahan Lama!!!
And tak manis sgt. Just nice. And klo korang makan time die sejuk2 pun sedap, time tak sejuk pun sedap.(cokelatttttt..nyum2)
Actually aku bukannya hantu kek tau. Nak dijadikan cerita,hari tu aku ternmpak pic kek ni dekat FB and blog penjual kek ni.Tiber2 je aku terliur and teringin nak rasa. Mana tau boleh order untuk buat doorgift ke,hadiah untuk member2 ke kan.Tapi mmg betol la, sedap, mak aku pun kata sedap, semua org suka. Kalau korang nk cube boleh la order dengan pembuat kek ni iaitu Rai. Org nya pun baik...tapi will be getting married soon. Kalau nak order, cepat2 buat tempahan k.
Harga pun tak mahal, Murah je!!!1/2 kg RM15 .
Aku tolong dia promote je.Tak dapat ape2 komisen pun k. Tolong secara ikhlas, sebb mmg sedappp!!!!Tak tipu.
Kalau ada yg dah buhsan dengan taste cup cakes, boleh la try kek kukus ni pulak, dijamin halal and sedapppppp!~Pasti nk lagi. (sebb aku pun mayb nk order lagi, tak puas makan 1/2 kg je...hu3)







standby nk msuk dlm fridge


(Fyi,Rai ni muda setahun dr aku, tapi aku panggey die kakak memula nk wat order. Sebab setahu aku kalau org yg pandai buat kek ni, mesti wife org. Sangkaan aku meleset!!Tapi si Rai ni layann jee la org panggey die kakak hua3. Janji rezeki masyukkk jee kan Rai....kan kan..h3)


14 March 2010

My Wedding.....





Ha3...anda sudah tertipuuuuuuu!!!!
ni bukan wedding aku la.Wedding member ku Zyk(member masa aku zaman U dulu) :P Tunang pun belum lagu kan,akan tup tup dah kawen ye tak?
Maaf ya bapak2 ibuk2...saja jee nak buat gempak sket!!! (nk gempak2 bagai pulak kan..hu3)
Wedding kali ni kt bukit jelutung,kat kawasan2 perumahan baru tu. Member aku buat sekali dengan kakak dia. And aku suka cara dia tutup2 muke masa nk jumpe pengantin lelaki tu,mcm ala ala org2 dulu nk jumpe bakal suami kan. wah gitu!!~
menarik kann

erm ape lagi aku nk ngarut yeh...Korang enjoy jee laa pic yeh....nway,Selamat Penagntin Baru Zyk!!!!~



selit2 celah2 bunga2.....


bersama kekasih


member2


Konon2..nak terkam kek tu ....

Akhir sekali......

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

nak jugakkkk enterframe....hu3

SEKIAN :p

13 March 2010

Semua Orang Suka Hari Jumaat, Aku Pulak Akan Rasa Macam Nak Gila Dengan Hari Jumaat



Jumaat mmg penghulu segala Hari.....
Tapi....





Jumaat buat aku gabra...
Jumaat buat aku sengsara....
Jumaat buat aku gementar...
Jumaat buat aku hilang kawalan...
Jumaat buat aku hilang kesabaran...
Jumaat buat aku terkejar kejar...
Jumaat aku bnyk buat silappp
Jumaat buat aku nak marah dengan semua org.....
Bila hari jumaat aku tak pernah rasa happy.....


Kenapa????

Sebab hari jumaat aku kena buat bnyk report...kena settlekan pasal funding syarikat...
Aku tak suka mcm ni!!!!
Aku nak balik
awl ke rumah nak tgk baby!!!!!
Betol2 dugaan btol la....
Team lead resign awal2 bulan....Kene update and handle bnyk merchant baru la.....ada processor baru la.....
Arghhhh tension!!!
Aku tak tahan nak nangis...(dah menangis dah pun)
Maybe ni sebahagian cabaran dan dugaan untuk berjaya dalam hidup....
Aku akan cuba tabah...Allah suka dgn org yg Kuat dan Tabah kan. ( tapi sampai bila??uhuk uhuk uhuk)

pssst psssst..cari kan aku kerja lain boleh tak ????




Tapi satu je nak share...kalau korang tension kan...cecepat balik umah, and pandang muka mak bapak kita puas puas....InsyaAllah, akan release...tenang......:)



11 March 2010

My name is Aunty Elmo





Aunty elmo ??wah gitu!!~
Apesal tiber aku pi letak gambo elmo ni??
ha3..wat saspen je kan..ngeh3
Actually nak cite pasal aku dh dpt anak buah..
baby boy..
nama dia biarlah rahsiaaa dulu:D

Aku tak decide lagi nk gelar diri ku ni ape .. mak ngah ke...
cik ya ke(shortform for makcik elya).....

aunty ya ke...auty je ke....?

haihhh payahh btol r ...
ape yg best yeh nk gelar diri ku ni?
Kawan2....
Selalu anak kedua ni ,anak buah gelar as apa yeh??
Korang nak tau tak ape nama anak buah ku ni??
jeng jeng jeng
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

AWRA HAYDEN
(awra tu ada maksudnya, aku lupe plak.....and hayden tu, bapak dia suka dgn pelumba moto nikky hayden tu, so jadi la awra hayden)


10 March 2010

Beautiful Blogger Award



Saya nk ucapkan rubuan terima kasih to my si cantik blogger friend Mizara for the Beautiful Blogger Award and the flowers. Last few days tiba2 terkejut dan teruja nama ku tercalon sebagai pemenang. ahakz!!


So,elyaelmo akan passkan award ni kepada blogger yg lain, dengan syarat :- ( ade syarat k )


1. Thank & link the person that gave you the award.
2. Pass this award onto 15 bloggers you’ve recently discovered and think are fantastic

3. Contact said Blogs and let them know they’ve won the award.

4. State 7 things about yourself.





15 fantastic blogger are :-

1. Helena
2. Sasha
3. Fafau

4.
Nazatul Shima
5. Mrs Engineer
6.
Cik Bella
7. Aina Chika

8 The Zaila

9. NoRr

10.Xora

11.Hana Yorie

12.Wannorfadzlina

13.FarahFatihah

14.Zla

15.Miss Eilaz



and I'm passing this award to u guys yg i mentioned dekat atas tu :D



7 Things bout myself

1.suka warna merah!!

2,Suka ketawa

3.Senang menangis

4.Suka makan masakan emak

5.Suka buat business

6.suka dengan kecantikan
7.Jangan bagi saya stress, bila stress saya akan marah org!!~ha3



To all blogger, sorry klo aku tak tag korang, bleh tag 15 org je......hu3

Permudahkanlah Ya Allah



Kawan2, tolong doakan kakak aku selamat melahirkan baby......
masuk wad dekat HUKM malam tadi.
sampai sekarang dh pagi kol 11, tak beranak2 lagi.

Risau je apa2 terjadi kang....
Permudahkanlah urusan hambamu ini Ya Allah...
aminnn

09 March 2010

Nak Kahwin Perlu Buat Loan Ke?



Hari tu borak2 dgn member. Tiba2 kiterang sentuh bab kenapa org Malaysia ni, kalau nak kahwin ,mesti akan buat pinjaman?kenapa yeh? Susah sgt ke nk kumpul duit untuk kahwin ni? Pendapat aku la,kalau takde duit lagi, jgn la kahwin dulu. Kumpul la duit puas puas kan. Ini tidak, majority kaum lelaki ni nk ambik jalan pintas je nk cari modal untuk bg wang hantaran untuk pasangan. Korang pernah fakir tak, kalau korang buat pinjaman, entah berapa tahun korang dapat settlekan . Fyi,ada mmber yg buat loan, hidup sekarang dibebani hutang.Bukan la nak aib kn org ,tapi just berkongsi sekadar pengajaran......

Actually, dengan membuat pinjaman untuk melangsungkan perkahwinan pun tidak digalakkan dalam islam.Memang terdapat banyak bank sekarang membolehkan kita buat personal loan .Tapi impact yg akan datang, anda semua pernah fakir tak?Nak bayar bulan2 ,larat tak?Ni pandangan aku je la,macam mana dengan pandangan korang semua? Daripada korang buat loan untuk kahwin, lebih baik korang buat loan untuk berniaga or buat business. At least bleh dpt untung kalau berniaga ni. Kalau buat loan untuk kahwin, duit habis dekat majlis tu je. Dalam islam pun digalakkan berniaga. 9/10 punca rezeki ialah daripada berniaga. Orang2 yg bijak pandai akan berniaga untuk mengumpul wang untuk kahwin,bukannya pinjam loan untuk kahwin k !!~ ( Termasuk saya!!sy partime buat business untuk mencari modal untuk kahwin. Tapi bukan lah tergolong dlm org yg bijak pandai k..ha3)

Tapi kalau diselidik betol2 kan ,faktor utama yang mendorong pinjaman wang di bank ialah kos perkahwinan itu sendiri.Zaman sekarang ni memang diakui kos agak membebankan, sebab sekarang kaum2 wanita ramai yg berkelulusan degree.So wang hantaran pun kena la tinggi ye tak?Aku sendiri dah survey dgn rakan terdekat yang sudah berkahwin.Mereka pun memberitahu perlu ada sekurang2 nya RM20,000 untuk urusan perkahwinan.So kalau boleh ibubapa pun jangan la sampai mintak wang hantaran mencecah 15k -20k dengan bakal menantu. (padahal bakal menantu kerja executive je pun). Jadi yg baru bekerja tu,simpan la berapa peratus dari gaji itu untuk kahwin nanti.Jangan la nk tiru org and expect nak buat yg grand2 (ukurlah baju di badan sendiri),yang penting majlis tue sederhana.Kalau nak buat jugak, kerja keras sikit!Buat something,part time ke, ape ke.Jangan pinjam dengan bank, Ah Long…bla bla bla.


beban

lagi satu,Kalau buat loan sampai berpuluh puluh ribu ni,nanti dah ada anak hutang pun masih lagi dengan beban hutang yg menimbun nimbun.Nanti anak nak membesar lagi kene guna bnyk duit tau!!!

Apa apa pun, pasangan perlu bincang dulu.Dari segi wang hantaran, hantaran kepada kedua belah pihak, biarlah berpada pada. Ikut kemampuan lelaki tu. Tak guna kalau hantaran tinggi melangit,tapi perkahwinan tu menyusahkan bakal suami kita in the future
.Kesian kat bakal terpaksa menaggung hutang pinjaman sepanjang hidup nnt. Renung-renungkan la ye. Aku pun memberi peringatan untuk diri sendiri jugak. (Tapi kalau bakal kamu tu mmg seorang yang banyk duit tidak mengapa k!!:D)

Jangan risau, kita pasang je niat untuk kahwin, InsyaAllah Dia akan bantu kita .Nak kahwin, kalau duduk goyang kaki, macam mana Allah nk tolong kan. So,kita kena la usaha dan bekerja keras k
. (bukan berusaha keras untuk pinjam loan k ..he3)

Sesiapa yang nak berkahwin, or sudah berkahwin yang nak berkongsi pun dialu alukan demi kebaikan semua :D

08 March 2010

Insurance Apa Yang Paling Bagus?

Lately, ramai member2 aku berkata dan bertanyakan tentang insurance.

'ko ade insurance dah.....?'
'insurance ape ko pakai sekarang??dah lama ke??dgn company ape.....?
'ko nk dgr tk pasal insurance sekali dgn saving.....'
' nk dgr tak saving yg berterasakn Islam..'


Time tu aku dh pening, 2-3 org agent yg bertanyakan benda yg sama. Di hatiku terfikir,mereka ni bersaing ke kan. Sampaikan member2 baik ku sendiri pun terkena juga. Bila jumpa bertanyakan benda yg sama. Macam takda topic lain pulak.ha3.
Terpaksa juga la dgr sikit2 pasal insurance ni.

Tapi pikir2 balik mmg betol la, penduduk kat Malaysia ni tak ambil kesah sangat pasal life insurance ni. Sepatutnya, kita dh start kena cari product yg terbaik untuk beli insurance ni. Bukan apa, ramai penduduk Malaysia ramai yg tak peka tentang kepentingan insurance. Bila dh terjadi accident baru la nyesal tak sudah. Barulah sibuk2 nk beli insurance. Korang pernah terfikir tak kalau malang tak berbau, terjadi apa2 dekat diri korang,selain insurance kereta, korang ada insurance lain tak untuk claim.Tak ada kan?


So,jum kita sama beli insurance untuk kegunaan masa depan.. Ada idea tak, company insurance mana yg bagus??


ALHAMDULILLAH REZEKI

Alhamdulilah rezeki.....
kekasih ku dpt free voucher from his fren. Dapat voucher Tomei 70%+ 2%. Yahooooooo!~best best.Vocher tu valid smpai 31 March ni. So by this month dah kene guna. dug dig dug dap......nervesss nye sayaaaaaa :D
Last week sempat gi usha dekat Tomei,Subang parade. saja2 survey2 harga la kan. Tapi aku mmg berkenan dekat satu cincin ni, tapi mahal nk mampus!!hu3.Kalau gune voucher tu, mmg dpt price yg best la.Tapi still mahal ..tak tau la kene berpuasa berapa hari kekasih ku nnt..ha3. Gamba cincin tu lebih kurang mcm kat bawah ni.(Sorry aku lupe nk ambik gamba cincin tu)

ok tak?hu3. Tapi harga mahal nk mampus...hu3

Sekarang aku tgh consider,nk beli emas putih ke? emas yg berbatu biru ke?berbatu merah ke...ijau ke...ok2 cukop2....





Kalau ring mcm ni,dah biasa org pakai untuk tunang kan..aku takmau yg mcm ni...(demand tggi ha3)

patern ni pun dh biasa org pakaii.....


Yang ni cantik, jarang gak org pakai mcm ni gak kan

Macamni jarang org pakai gak kan? ada 3 batu, maksud die I luv u ke yeh?


ada tak kedai cincin yg offer bwh seribu untuk cincin yg patern mcm ni??

lain dr yg lain.......ok gak kan?

yg mcm ni too simple kan??

Since aku suka merah, cantik tak pakai cincin tunang kaler merah mcm ni...ha3

atau yg mcm ni???sweet2 je kann...tak nmpak heavy...tapi mama mesti marah klo aku pakai mcm ni...


tapi aku suka patern mcm ni..batu kaler biru....tapi aku nak emas, takmo emas putih...tapi mcm susah nk cari je....

ha mcm ni laa..tapi ni simple sgt.....mcm org tua nye cincin pun ade..hu3



ni sekali dgn white pearl, cool kan!!? mesti mahal gile yg ni..tapi aku mcm tak pernah jmpe jugak patern mcm ni dekat tomei..



yg mcm ni sgt styleeeeeeeeeee!!!~seriuss lawaa....tapi tak pernah nmpak jugakkk..berapa agak2 nyee yeh?engagement ring mcmni tak over ke??ha3



p/s jgn beli cincin dekat Tomei KLCC or shopping2 mall yg besar2..derang nye price mahal...hu3