29 April 2010

Update Tetang Musim Bunga


aku disebalik bunga
Korang ingat tak aku elya pernah cerita tentang Musim bunga?Kalau lupa, boleh tengok balik dekat sini . Nak dijadikan cerita, rupanya tema dia bunga. Bukan musim bunga . Tetamu hanya perlu memakai pakaian yang ada bunga-bunga je. That's all. Simple as that. Aku punya la pening mencari dekat sungai wang. Mujur la aku jumpa jugak la . Tapi ada lari sikit la dari tema. hu3. Tahun ni nya dinner persatuan, aku rasa tahun yang paling simple sekali. Aku tak bergaya sangat. Aku bergaya dengan apa yang ada je la.hu3.Belasah je la..Janji pakai baju.hu3 Ok . Korang layan je pics k....Kalau ada apa-apa soalan sila tanya :D

palm garden, putrajaya

aku dan dia :)
aku dan fifi

disebalik bunga2
credit to izrul
tunangan izrul
alahaiii...ekeekek

bergaya di arch
aku tak pasti apa yangterjadi ketika ini...hu3

Pop Cakes atau Cup Cakes?



Ok kali ni elyaelmo nak update tentang Preparation engagement pulak.Asyik citer pasal PB je kan...hu3.

Sekarang aku bermasalah nak pilih antara pop cakes dengan cupcakes...
Mana lagi sedap?? and mana lagi berbaloi. Fyi, aku tak pernah rasa pop cakes ni. Tapi tengok gamba sangat menyelerakan. Ada sesapa boleh bantu aku untuk decide kan?hu3.
Kalau ade sesapa yang menjual Popsakes, duduk area Cheras. email aku yeh. Boleh try sikit :D

Kepada sesapa yang tak tahu ape itu pop cakes? Sila lihat gambar dibawah ...


credit to Kek kenit

23 April 2010

Apa itu Digsby?


Halo sume!!!

Pagi tadi tiba2-tiba aku teringinnak download bende alah ni.
Sebab status member aku Meri keluar perkataan digsby macam tu lah.
Nak dijadikan cerita,aku tegur dia and tnya la napa ramai sangat orang akai application ni.And dia pun suggest aku cuba download application ni sebab katanya application ni sangat menarik! Dengan kebizian melanda diri ku ini, ku gagahkan jua mendownload.ha3.
Bila dh settle....baru laaa aku pahamm....
Yaaaaaaaaaaa...memang best tau korang! Kalau sesapa yang ada email, messenger lebih daripada satu, application ni membantu korang online serentak dalam satu masa. Korang boleh accept new emails dalam masa yang sama. Yang best nye lagi, new updated status and comments from Facebook pun korang boleh dapat gak, boss tak akan tau korang tgh bukak FB tau!!!
So far korang paham tak explaination aku ni??ha3..
Takpe2..korang try je download k....nanti baru korang akan paham :D



Ni URL die k :http://www.digsby.com

22 April 2010

Bercerita Tentang Kecantikan dan Kesihatan



Cantik?sihat? Siapa taknak cantik,betol tak?semua wanita ingin kelihatan cantik kan!(sesapa yg tak minat nk jd cantik silalah email kpd sy :D)

Wanita sememangnya adalah makhluk yang di ciptakan oleh Tuhan cantik secara semulajadinya. Tetapi kenapa rata-rata wanita kini mengabaikan cara penjagaannya? Adakah kerana sibuk dgn kerjaya?atau malassss?Ingatlah wahai wanita sekalian,majoriti (ye,bukan semua) lelaki tertarik kepada wanita yang pandai menjaga penampilannya agar kelihatan cantik,kemas,bersih dan menarik.Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut pandai menghargai dan merawat dirinya.Even kini kita boleh lihat rata2 wanita yg sudah berumah tangga pun terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walaupun sudah beranak pinak.Ada yg beriadah bersama keluarga pada hujung minggu.Ada juga yg mengamalkan diet yg seimbang.Tetapi masalahnya sekarangg,berapa ramai wanita diluar sana yg peka tentang kesihatan dan penampilan diri sendiri?cube anda semua fikirkan.tepuk dada tanya selera

Oleh itu,wanita wanita yg masih muda dan belum berumah tangga (seperti saya :D) haruslah peka dgn penampilan diri dan kesihatan. Buatlah bnyk research,buatlah schedule makan yg teratur,disiplinkan diri anda,yg paling penting jgn give up!~InsyaAllah anda pasti berjaya.Dgn mempunyai kesihatan yg baik,penampilan anda pasti melatopppppp( serius ni! )dan sekaligus akan meningkatkan kualiti kehidupan anda !yeahhhhh~

Tips yg ringkas:

-Minum air min 8 gelas sehari. (klo bnyk lagi elok,bnyk toksin keluar)
-Jangan skip breakfast,lunch,tea time,dinner. (pakar2 kesihatan pun ckp tau :D)
-Bersenam. (jalan kaki disekeliling rumah atau buatlah regangan lepas bgn dr tdo )
-Jangan merokok, kalau boleh elakkan ye ( lagipun tak manis la klo perempuan merokok kan!~)
-Jangan tdo lewat sgt,nnt mata lebam. (terjadi kepd diriku :D )
-Jangan lupe untuk cuci muka lepas pakai make up . (kulit pun nak bernafas k)
-Luangkan masa berjumpa dengan doctor. (at least sebulan sekali. Paling terok pun 6 bulan sekali )
-Jangan makan berlebihan pada waktu mlm. ( perot pun nak berehat..hihi)
-Elakkan stress. Stress mempercepatkan prosess penuaan (stress jee terus dgr muzik:D) -Anggap diri anda cantik & hebat! (wah!)
-Pakai corset
(tips turun temurun)
-Ketawa dan terus ketawaaa!!~org tua kata kalau kita selalu ceria,awek muda
tau!~ (betol tau)

walaubagaimanapun, kecantikan DALAMAN yg perlu kita terapkan dulu.kecantikan LUARAN hanyalah BONUS :)



Nanti aku share lagi Tips pasal kesihatan dan kecantikan lagi ok!!!~Walaupun aku tak secantik gadis-gadis yang lain,confiden tu perlu ye kawan-kawan :D

20 April 2010

Malay Wedding Expo


Hi B2B sekalian

dah lama elya tak update blog kan...How r u....?

Just want to inform, this week, April 22- 25 ada wedding Expo dekat Midvalley ya.Kalau sesapa yang tak sempat gi wedding exhibition dekat PWTC last month, boleh try datang kat sini pulak. Boleh gak cuci2 mata k..hik3


Reference :http://www.malay-wedding-expo.com



Nanti elya update lagi ok...agak bz sket..hik3

17 April 2010

Musim Bunga

Salam semua,
Nak mintak tolong bagi idea..
aku ada dinner next week, konsep die musim bunga....
korang ada butik-butik or kedai yang murah yang nk di share kan tak?
or ada idea style mcm mana aku kena pakai ..hu3
takde ideaaa...oittttttt~hu3
Contoh yang di beri macam kat bawah ni


16 April 2010

Psst pssttttt~



Mana nak cari suar jeans besar-besar macam ni..
Cool isn't it??
heeee :D

Tak boleh buat entry panjang2...
Bz sket... :D

14 April 2010

Menarik didalam Majalah Pengantin Edisi April


Yeay!! dah beli majalah pengantin bulan ni. Suka sangat dengan coverpage kali ni. Arabic style!Style ni sangat inn pada tahun ni kan. Most of B2B pun mesti teringin nak buat macam ni. My best friend pun dia dah plan nak buat macam ni gak. Adoi...ramaiiinya la kann!!

Kali ni ada diselitkan macam mana nak buat hantaran. Tak payah suruh orang buat dah. DIY ok! Jimat....~



Ada gak diselitkan cara nak pakai tudung for yang bertudung. Tak payah susah payah suruh korang nye make-up artist buat kan. Sekarang semuanya boleh diurus sendiri. Berdikari ok!!! ha3



Yang best nya......ada contest beb!!!!!jeng jeng jengggggggggggggggggg~






*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Peraduan Penginapan Holiday Inn Bernilai RM 4,800
cepat-cepat mana tahu korang dapat pulak kan!!


13 April 2010

Kenduri Aqiqah Elena Hasha

Sedap nye nama anak buah member aku..Elena hasha......~

Ok. nak cerita tentang program hari ahad aku pulak.Aqiqah dirumah abang kepada member aku, nurul atiqah. Event start pukol 11 pagi. Tapi paginya tu aku ada hal, so aku sampai pukol 12.30. Orang-orang masjid dah balik, aku dan member aku, Eja, pun sampai. Nasib baik tuan rumah tak marah hehe.Sampai-sampai je tuan rumah terus ajak kami bergamba di buaian baby tu.



Lauk-lauk die best!! Ada kambing rebus.Layannnn!!~Lepas kami makan-makan kami pun terus terjah dapur die mencari Cupcakes!!hua3. And bergaya depan kamera dengan cuppies masing-masing. Layannnnn~


Korang tau tak ape nama kuih ni???sedap tau!!~



ha3...takde keje kan!Layan lagi layannnnnnn

Model cupcakes!!!hu3

gamba sorang wajib!!!~


E for ElyaElmo bebeh!!~


Mesti korang pelik...kata Aqiqah, tapi mana baby nya kan? hahahaaa......Baby time tu tengah tido.Kami terlupa nak snap sekeping dua gamba nya. hu3.

12 April 2010

Free Voucher Red Box Vs Sale Di Jakel

Hi Semua,

Korang ingat tak entry aku tentang my chinese friend nye wedding ceremony tu? yeah! btol yang dekat Hotel tu. Macam ni, aku tak jadi pergi. Sebab aku dah macam was was kan. So better aku tak payah pergi, kang pergi taktau nak makan ape. Sorry Emily!nanti i nye wedding u jangan tak datang pulak.hu3 . (Macam la dia baca blog aku ni kan...ha3)

So weekend aku tak keluar dengan kekasihku, dia ada program dengan kawan-kawan dia. Nak dijadikan cerita, member aku, nama nya pakcik, dia dapat voucher Red Box, jadi dia ajak la aku join pergi melalak di Kotak Merah di IOI Mall Puchong, provided lunch.yes aku suka!Dah lama aku tak karoke. Kesian kekasihku tak dapat join.uhuk3.

Dah alang- alang di ajak, member aku lagi sorang ni pun plan la untuk celebrate beday member aku tu. Kami berempat aje yang gi karoke, cuz voucher tu discount untuk empat orang je. Dipendekkan cerita la kan, surprise kami tak menjadi. Pakcik cakap dia dah tahu plan kami. Ntah ape-ape je. hu3.
Semakin meningkat usia, semakin tak pandai buat surprise la...hu3.

Lepas melalak di kotak merah hampir empat jam, mereka jalan2 di IOI Mall sambil gi survey DSLR. Sesiapa yang gila akan DSLR, dan ingin mendapatkan nya. Now CitiBank tengah buat promotion. 0% interest, 3 years Instalment. Jadi, monthly Rm85 - RM 90.Nak tahu detail, sila pergi ke kedai-kedai kamera berhampiran ya.










Aku tak sempat join mereka. Aku gegas pulang ke rumah cuz nak ke Jakel. Jakel pun ade sale besar-besaran tau samapi 18 April ni!!!!Aku nak pergi sana nak cari kain plain untuk dipadankan dengan kain batik saja. Nak buat baju untuk pergi ke kenduri orang nanti. FYI, bulan 5 and bulan 6 ni, ramai gila orang nak kahwin!!! Memandangkan aku ketandusan baju kurung, terpaksa la aku tempah sepasang dua. Beli kain-kain murah je.Janji dapat la aku pakai baju baru.So korang layan je la pics ni ok!!Nanti aku cerita program hari ahad pulak

10 April 2010

Dulu Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang,....

Hari ni seperti biasa,aku stress otak dengan kerja aku. Kali ni aku bukan stress sebab benda yang sebelum2 ni. Tapi aku stress setiap hari aku buat benda yang sama.Aku bukannya nak merungut ok, just nak luahkan je,hu3. Tiap-tiap hari jumaat mesti balik lambat, sebab siapkan report-report. Kalau balik lambat dapat gaji lebih aku sanggup je, pasti aku tak merungut!ini tidak.......

Tiba-tiba hatiku tergerak nak berhenti kerje.(kalau mak aku tahu mesti mengamuk lagi, cuz aku ni mmg selalu je tuka2 keje,ha3).Tapi kalau berhenti mcm mana nak dapat duit kan?Hutang banyak tak settle lagi ni.hutang kereta aku, PTPTIPU aku. Haihhh....


Ditambahkan dengan aku nak bertunang lagi and nak kahwen (InsyaAllah)...akan aku nak pakai duit mak bapak kot nak kahwen kan! Buat loan untuk kahwen kalau boleh memang aku nak elak la. Duit Mak bapak aku kene tanggung adik aku yang sedang belajar lagi.So, aku kena cari alternatif lain kan, betol tak?

Tapi tu lah, aku memang tak boleh duduk diam, selalu fikir macam mana aku nak keluar dari belenggu kerja yg kekadang menyesakkan emosi serta fizikal ni.Kadang-kadang aku terpikir, asyik merungut pasal gaji, bukannya company kesian kat kita, mereka tak akan on the spot naik kan gaji kita.huahuahau.mereka tidak sebaik tu ye kawan-kawan. Jangan mimpi la. Aku dah setahun kerja pun, gaji tak dinaik-naik kan seperti dijanjikan.Unless kita pandai ambik hati, bodek, pasti berjaya!tapi peluangnya amat tipis la kan.

Manusia sanggup buat apa saja untuk duit,maksud aku untuk mencari rezeki, menampung keperluan dan kehendak keluarga. Duit? siapa tak nak duit? korang nak tak kalau aku tiba-tiba bg korang duit free ? Bohong la kalau ada yang kata taknak.hu3.Nak tanya, korang nak tak sama-sama dengan aku buat duit banyak-banyak? (jangan start curiga dengan aku yaa..he3)

Pernah tak korang berangan?Imagine diri korang dua tahun akan datang,

Aku selalu berangan nak pergi melancong ke luar negara pada usia sebelum 30,nak hantar mak ayah gi Haji, nak beli kete idaman,nak beli umah sendiri( tak nak sewa , rugi kalau sewa),mahu hadiahkan apa saja yang parents aku nak. Tapi macam mana? gaji ku hanyalah sekadar kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Korang perlu berangan macam ni! baru boleh maju!!

Alhamdulillah, aku dah dapat jalan untuk mengatasi belengu aku ni.Aku rasa memang dah tiba masanya untuk aku bertindak bijak. Yes bijak! aku tak akan berenti kerja, tapi aku diberi jalan yang mudah untuk merealisasikan impian ku.Aku dah diberi dan ditunjuk jalan.

Aku nak kongsi satu bisnes yang mmg telah banyak membantu aku dapat extra income. Korang nak tahu tak? Bukti dah ada,terang lagi nyata.Jangan bagi alasan untuk mencapai impian korang ok. Kita buat sama-sama, InsyaAllah Tuhan akan bantu hambanya yang ingin berjaya

Kalau nak tau bisness ape yang aku cerite ni, email aku elyalelmo@gmail.com untuk ketahui lebih lanjut lagi tentang bisnes yang hebat ini.

I will help you along the way!! Keep my word~


09 April 2010

Im In Love......





Lately Im In love with cuppies.
Korang ingat ape??
ha3
Aku boleh bazir masa bloghoping orang yang menjual cupcakes ni.. cantik2 la,
suka tengok deisgn-deisgn cupcakes.

So korang enjoy saja ye..

Kali ni entry kering-kering je...
nanti sambung balik ya...
njoy makannn!!~







suka sgt dengan deisgn ni.. ermm..~



08 April 2010

Gaya macam ni Ok tak?

gamba dari facebook




Aku sejak dulu memang suka gile dengan Dato' Siti Nurhaliza.( saya normal ok..ha3)
Sejak first album dia sampai la sekarang..
Aku memang mengikuti perkembangan beliau dari dulu sampai sekarang..

Dari style beliau yang comel, hingga style yang agak matang..
Walaupun ramai yang kutuk style beliau menggayakan tudung,

Aku suka je tengok..
Aku siap plan nk pakai style beliau untuk hari pertunangan aku nanti.
Tapi tu la, aku tak sure...

Sesuai ke tak yeh pakai mcm ni untuk tunang?

Rasanya selendang ni made from chiffon silk, bentuknya tiga segi..
Ok tak yeh kawan-kawan..

Apa kata survey?




pandangan sisi


07 April 2010

Update Hantaran Pertunangan

Ok...lupakan kisah sedih saya....sy mesti kuat!!!lupakan segala duka pilu itu semua..muahahahha....

Sekejap nya masa berlalu kan...ni dah minggu kedua April....lagi 2 minggu , tiba pula bulan May!! Wow,sungguh pantasssss!!!

So kali ni mari bercerita tentang persiapan pertunangan saya.Saya dah finalise kan, barang-barang hantaran yang nak di bagi kepada pasangan.


Hantaran untuk lelaki

1. Sirih Junjung

2. Cupcakes.
Saya ada dua blog yang sy tengah fikir-fikir nak order.Design mereka pun cantik2. Tapi tak sure date saya tu mereka available ke tak. Sob sob sob.
(a) Kak Elly
(b) Kak Lia

3. Agar- agar .
Buatan emak. Pasti cantik dan sedap!!! Puji mak kan!!

4. Buah- buahan.

5.Cokelat

6. Biskut/ cookies

7. Baju kemeja.
Kiterang tak bagi baju nikah, saya akan beli kat Bandung nanti. Kat sana kan murah.he3



Hantaran Untuk Perempuan

1. Sirih junjung
2. Cincin
3. Cupcakes
4. Jeli

5. Kain pasang


Sikit nya pihak perempuan dapat barang makanan..uhuk uhuk uhuk. Takpe-takpe, dapat cincin!!!ha3

In my mind, still considering nak beli cup cakes solo cup ke or paper cup?
Ha apa tu?? U may refer here,blog kak Lia.Boleh Tengok size cupcakes and order ngn dia gak :D

And lagi satu, nak tanya....potpori perlu tak masa tunang. Aku tak bagi pun..tak ape kan??hik hik hikkkkk


Jarang update



Kenapa ya hati ku tidak tenang ?
Terasa mahu menangis....
Oh Tuhan..
Bantu la hamba mu ini......~

06 April 2010

Tolong Tolong

Siapa pernah attend chinese nye Wedding Ceromony dekat Hotel?
Saya nak tau, mereka ada serve pork tak?
Cuz my fren dia kahwen minggu ni, and dia invite saya.
Katanya halal, sebab dia buat dekat Hotel...
Tapi saya tanya2 kawan2 chinese yang lain..
dia kata halal, ada yanag kata tidak...
Aku serba salah ni..
Orang dah ajak......
hu3

05 April 2010

Memohon Hajat Melalui Solat Hajat


Sesungguhnya kami adalah sang kerdil yg tidak mampu untuk menahan akan kehendaknya yg maha Esa. Tidak terdaya kami mengadakan sesuatu yg kami hajati tanpa izin mu ya rabb. Apalah kami dibandingkan dengan sebutir pasir hitam dipesisir pantai mu ya khaliq. Jadikan kami hamba yg sentiasa berserah kepadamu ya Allah. Hanya kepada mu sahaja kami berharap. Hanya kepada mu sahaja kami berhajat.....




-Waktu yang sesuai bila- bila masa sahaja, siang atau malam. Kecuali selepas solat subuh. ketika matahari naik, dan lain-lain lagi.Tetapi seelok-eloknya dilakukan pada waktu malam, 3/4 malam.

-Cara melakukan Solat Sunat Hajat sama sahaja seperti melakukan solat sunat yang lain. Perbezaanya hanya pada niat.

1. Lafaz solat hajat dan niat.
Sahaja aku Solat Sunat hajat 2 rakaat kerana Allah Taala

2. Pada Rakaat Pertama setelah takbiratulihram
a. Baca doa iftitah
b. Baca Al Fatihah
c. Baca Surah Al Kafirun 1 kali
d. Melakukan rukuk, iktidal & sujud seperti biasa

3. Pada Rakaat Kedua
a. Baca Al Fatihah
b. Baca Surah Al Ikhlas
c. Melakukan rukuk, iktidal & sujud seperti biasa
d. Membaca Tahiyat Akhir

4. Memberi Salam

5. Berdoa selepas memberi salam



Setiap orang mempunyai cita-cita & hasrat. Untuk mencapai cita-cita & hasratnya memerlukan usaha & ikhtiar. Salah satu dari usaha & ikhtiar yang boleh kita lakukan untuk mencapai hasrat & cita-cita ialah dengan memohon hajat kepada Allah melalui Solat hajat sama ada kecil atau besar.



P/S saya hanya ingin share kepada sesiapa yang tidak tahu. Yang mana salah sila tunjuk ajar saya ya...



Rafiqin Darwisy mencari publisiti murahan!



Hey, budak hingusan!!
Umur ko betol ke 19 tahun yeh?
Lepasan SPM la kan. Tapi kau macam tak ade otak je!
Sila jangan cari publisiti dengan mengutuk Allahyarham din beramboi.
Kalau kau nak glemer macam artis pun ,
tak payah la nk kutuk orang yang dah meninggal dunia.
Sepatutnya ko sedekahkan Al-fatihah tau!
Nama sedap, tapi perangai...isk isk isk....
Berubah la ok!!


kawan2 jum join kempen kat Facebook...

Kami Benci RAFIQIN DARWISY mengutuk kematian DIN BERAMBOI




03 April 2010

Malaysia International Shoe Festival



Petang kiterang gerak ke PWTC. Dengarnya ada festival kasut.
Aha!! boleh usha usha kasut untuk kahwin nanti ke ape kan. hik hik hik...

overall, tak puas hati sngat.
Sebab kiterang sampai lewat...

So x dapat tengok banyak sangat exhibition kasut...

Yang ramai nye jual2 kasut je..
Tapi for B2B yang nak cari wedding shoes...
singgah la ke PWTC..
Pergi awal , jangan gi lewat petang sangat...

So..korang enjoy the pix ok...






Booth Dato' Jimmy Choo. Kiterang sampai lewat, so tak dapat la tgk collection beliau



Aku dan kasot beraneka jenis


Dan lagi....




orang dulu dlu pakai kasut mcm ni ke yeh??hu3





Ada tak orang pakai kasut macam ni? gila rimas!!!nway, cantik la!!