30 July 2010

Theme Color

Guys, need your opinion....
Theme color yang sesuaiu untuk garden wedding ape yeh???
yang pasti, wedding dress saya warna putih :)

Previous entry, i did tell u guys my theme color gonna be red kan? Now, im going to change it. Cuz, i heard if nak buat garden wedding, theme color should be soft color je. MERAH tak sesuai. Nanti panasssssssssssss :D. And nak lari dr PINK. ha3



So, b2b or ex b2b or sesiapa je la, boleh tak korang bg suggestion korang. :)

28 July 2010

HP


sorry koranggggggggg.....
saya sungguh kemalasan, kebizian yang amat melampau untuk update blog ni...
InsyaAllah..sy akan cuber nk merajinkan diri balik k!!
just enjoy this new update...:D


ape nii??
ni ialah HP :D




so what???























































































































































saja nk bg tauu...i got new netbook :D sama kan dgn mrs engineer ? :D
alhamdulillah rezeki...:)
ambik package streamyx





br semangat nak update blog selalu ni..ecehhh :D

21 July 2010

Dark ChocChip cookies as your doorgift?




Hai sayang2 ku sekalian..sorry saya sungguh bizi untuk update tentang weding preparation sy.....
Tiap2 malam kene hantar order kepada customer2 ku..Alhamdulillah...semuanya resopn baikk....sedap...rangup..wangi...macam famos amos...he3 click sini

Sesiapa nak order untuk dijadikan doorgift pun boleh ye...;)

ade dark chocchip and choc chip.....

email me for the quotation. Thanks
elyaelmo@gmail.com

19 July 2010

Puan Vispera membuat Pengumuman


Hi Peeps!!!

Kepada B2B yang akan melangsungkan pernikahan dan perkahwinan pada tahun ini, dan masih tercari-cari tailor untuk menjahit tudung/veil/ selendang...Elya ingin mengesyorkan kepada kamu semua, sila lah menghubungi Puan Vispera. Beliau ade membuat pengumum disini, sila click

For me,harga Koleksi Vispera sangatt berpatutan, tak mahal sangat, rekaan dan jahitan kemas. Design sangat up-to-date.!!Korang bagi je design macam mana korang nak, insyaAllah Puan Vispera akan cuba jahit kan..

Trust me..korang tak akan menyesal....feel free to contact her k...~


p/s sy tidak dapat ape2 komisen..sy cume berkata benar ~




18 July 2010

Antara Perkahwinan dan Dark ChocCookies

Helo Peeps!!

Korang sehat? Cene weekend??
Mggu ni, seperti biasa weeken ku berakhir dengan kepenatan..he3.Memang tak akan duduk diam2 di rumah....ade jee yang nak di buat..ha3.

Since aku pun bercita-cita hendak buat majlis di tepi
Tasik Permaisuri,hari sabtu pagi, seawal jam 9 pagi aku dan mama ku g jalan2 ke Tasik Permaisuri, khabarnye ada orang buat kenduri di situ. So, kami ala ala spy la, nak gi usha2 nak curik idea..hua3..

Aku sgt sukeeeeeeee dengan suasana garden wedding macam ni. Dengan lantern2 nye, tasik nyaaa,cuaca nye....Sangat sukaaaa!!!~



Then, lepas penat usha mengusha, kami terus ke Chow Kit, untuk ambik bekas hantaran aku yang aku boooking hari tu.

Ini dia :D...



Kalau sesapa yang nak sewa or pinjam next year.. email laa saya yee... elya kasi harga murah2 :)(elyaelmo@g.mail.com)

Ahad nye pulak, aku ade 2 wedding satu di Dewan Risda (wedding wanie) and lgi satu di Kelab Shah Alam. Aku sampai agak awal lebih kurang pukol 12.30 tgh hari di dewan tu. Sorang pun aku tak kenal. Takpe la, orang dah jemput, kite cube la hadirkan diri kan.he3.Then lebeh kurang pukol 1 kami pun bergegas untuk ke Shah Alam pulak.Bila keluar dari dewan tu, tiba2 aku terserempak pengantin. Aku pun macam sure tak sure je tu wanie. Ye la , first time face to face kan. Tapi aku tegur je la...then memperkenalkan diri ku ini elyaelmo!!ecehwahh...!!selamat anie kenal..hua3... then ambik gamba kejap :D


pelamin di dalam dewan


nasib baik sempat ambik gamba :)


Lepas ambik gamba, kami minta diri, gegas ke Shah Alam . Sampai2, majlis dah start. Sungguh ramaiiiiiiiiii orangg, sangat riuhhh!!!!best2..


me n fiance

ex-classmate ku~



Then, lepas makan, kami gegas ambik2 gamba.Lepas tu, gegas gi ambik ukuran badan client aku. Kakak tu die nak pakai Premium Beautiful. Then, aku sempat gi bridal butik yang berdekatan dekat Shah Alam ni untuk cuci mata. Hampir sejam ronda2 kat Shah Alam, kami bergegas balik untuk ambik cookies dr supplier and hantar ke Sri Kembangan. Penattt tapi berbaloii...Alhamdulillah...sykurrr~ ( berapa banyak bergegas daaaa..ha3)


lebih dr 50 pcs (350-400g)

sample

Itu jee laa rutin ku...~besttt!!! and aku tak sempat pun gi Al Finaz seperti yang aku cerita pada previous entry. Tak sempat la geng!!!!hu3..maybe next time kottt.Dah alang alang berada di Shah Alam,aku just sempat gi bridal butik di Shah Alam je cuci mata and ambik quotation.

p/s kalau sesapa nak order premium beautiful and cookiess bg tauu yee!!! Murah :D

16 July 2010

Ofis Kena Pecah Masuk!!


Ok i hate this feeling...di mana kene involve dengan pihak polis...bukannye apa....Polis ni,akan ambik je keterangan drpd saksi, tapi tindakan susulan mmg hampeh!! Aku tak suka handle dengan pihak polis ni.. Sangat tak sukeeee....Cukop laa pengalaman dulu bila berdepan dgn pihak polis ni...Pengalaman yang banyak mengajar aku.


Actually ceritanya begini....
office aku kene pecah masuk dari pintu belakang. Ada orang menyamar jadi technician repair air-cond. Dia sangat bijak, time2 orang gi sembahyang jumaat and semua orang gi lunch, die datang. Time tu aku mmg bizi buat kerja. Tiba2 die suruh aku dan 4 orang aku gi pantry.......Maybe dia bukakkan pintu berlakang, untuk memudahkan orang2 nye masuk untuk curikk....

Nak dijadikan cerita, seorang staff (foreigner) baru balik dari lunch, and die meluru ke pantry dan tny dgn kiterang,' is anyone see my laptop'....kami terdiam, dengan serta merta kami berempat terusss berlari ke arah office belakang. OMG!!! 6 laptops dah hilang dari meja okkkk!!! Yang hilang semuanya yang new branded....~

Dipendekkan cerita, polis ambik keterangan drpd aku...dia tnye whether aku boleh tak nak cam suspect or lakarkan wajah suspect!! OOwhh tidakkkk!! aku takottt nk involve bende2 macam ni. Boleh buat seseorang fobia kottt!!!! lagi pun, aku mmg tak dapat nak ingat pun...otak aku dah jammmm....!!

Kesimpulannyee...kalau ada sesapa yang masuk ofice menyamar sebagai technician nak repair or service air cond..jgn percaya k!!! Inform sesapa yang patut.....Aku rasa aku macam dah tak selamat keje kat sana...takotttttt!!~ :-s


Licik betol Si 'Manggis' ni.......~




P/s soorry tak larat nk cerita from A to Z....sedangg risauuu~

My Dream Wedding Dress





Helo geng!!

Aku tengah pening nak pilih wedding dress and pelamin aku...
Dah banyak bridal butik aku gi usha...tapi satu pun belum betol- betol berkenan di hati ini.
Bila pelamin dah berkenan, baju pulak tak berkenan....
Bila baju dah berkenan, pelamin pulak tak berkenan...
Bila dua-dua dah berkenan, attitude dierang pulak aku tak berkenan.....

adoi...kenapa laa ko ni cerewet sgt elya!!!~ha3


Aku suke gile wedding dress dari adnan jaafar. Simpleeeeee jee...!!Rasa-rasa ada tak kaler merah yeh, kalau ade boleh sewa..hu3 (sorry gamba agak blur)



Yang ni pun aku suke. Nampak slimmmmmmmmmmmm :D



So far, 2 design ni je la pihan hati ku. Aku suka yang simple2 tapi nampak menarik. Aku tak minat sangat wedding dress yang penuh dengan labuci2...full lace..tak suke tak suke.....
Minggu ni nak gi usha, butik Al Finaz, hopefully, ada yang berkenan di hati.....

14 July 2010

E-day :Review tentang Hantaran



Sorry kawan2..lamabt uplod tentang hantaran tunang aku. Aku tak sempat nk edit pic hantaran. Gambar2 dibwh diambil dari kamera OP (belom edit ye). Walaupun dah basii, aku tetap nak cerita gak :D

Seperti yang semua sedia maklum, hantaran kiterang, 7 berbalas 5. Semua hantaran kami gunbah sendiri. Ala ala kadar je laa kann...he3

Pihak lelaki bg aku,


cincin


sireh junjung (dapat fresh flower yeahhh!!)


cupcakes ( dr lovely cakes)


Chocolates


Kain pasang (will be my baju raya!!!hua3)

Aku balas dengan


sireh junjung ( artificial flower je, but sireh tu original nye ye)


Buah

agar-agar tembikai


Cupcakes


fancy cookies

Baju kemeja (baju raya jugakk!!!)


Cheesetart


itu je la kot, nak tdo dah tata...
kalau nk tney ape2...email elya ye
elyaelmo@gmail.com

Order for Dark ChocChip Cookies Now Open!!!






Anda peminat Famous Amos?

Nyum2...sedapppp...
Tapi mahal kan.... Kalau nak makan selalu memang akan pokai ...


gambar hiasan~



100g almost RM10


Kini anda tak perlu risau, kami ada home-made cookies, we called it as dark chocchip cookies. Nyum3



Ini bukan dari mr google ye, ni gamba real :)

Elya dah cuba cookies ini. Memang rangup,sedapp and wangi, macam rasa Famous Amos ' chocolate chip no nut'. Bezanya, cookies kami ni, ade nut didalamnye. Sangat sedapppp!!!Bukak je penutup bekas cookies ni, akan ada bau semerbak....

Warnanya memang nampak hitam, tapi tak pahit tau kawan!!! Serious!

So far, kalau korang nak tahu, family dan kawan2 terdekat elya semuanya suka dengan cookies ni. :). Tak sampai semggu boleh habis satu botol tu.hua3.

Memang berbaloi kalau beli untuk makan2 di office , hadiahkan untuk kawan2. atau sedara mara.Tempahan untuk raya pun boleh ye kawan2:)

Harga : RM25/ sebotol ( more than 50pcs)
(Market kat luar : Rm30-RM32)

Berat : 400g

Penghantaran:
sekitar Cheras, Midvalley,Serdang,Bangi,Kajang,Taman Desa, Puchong, Subang, Cyberjaya,Damansara. (tempat lain akan diperimbangkan)

Kalau lebih dari 8 botol, Kos Penghantaraan adalah PERCUMA!!!
InsyaAllah,dijamin halal dan sedapppp!!! Kalau tak sedap, sila pulangkan kpd saya...he3



packaging





So, kini anda boleh berbelanja dengan jimat :)
Jika mahu membuat tempahan atau ingin kemukakan sebarang pertanyaan, sila email kepada saya. elyaelmo@gmail.com.

atau call saya 012-2296046 (elya)

Deposit sebanyak 80% diperlukan untuk membuat tempahan.



Komen pelanggan : murah nya....Sedap,rangup, wangi, macam famous emes.....~

13 July 2010

Bridezilla Mode:Checlklist



Hi peeps!!!
Aku sedang cuak+ nerves+ kelam kabut.....bila blogwalking, rata2 B2B buat checklist untuk preparation bigday. Then, aku came out with this checklist jugk,semoga dapat memudahkan kerja aku dan kawan2 yang lain ....

Sebelum Raya-survey and pastikan

-
Tempat,tarikh dan waktu bernikah
-Mengaturkan budget untuk makanan selepas nikah
-Pilih and confirm dengan bridal boutique
-Lokasi untuk majlis sanding
-List tetamu
-Tema majlis persandingan
-Theme color for brides&groom,family,bridesmaid,BFF
-Tailor baju nikah
-Tailor tudung nikah
-MUA for solemnisation & reception
-Catering for big day
-OP & videografer
-lagu (reception)
-Kompang & gendang
-Penari (adik2 kecil)
-nak cari buble gun (xsure btol tak namanya)
-design kad jemputan
-doorgift (solemnization)
-doorgift for VIPs and guests (reception)
-hantaran (mega sale)
-bekas hantaran
-idea of hantaran
-gelang and cincin (batal air sembahyang)
-bunga pahar
-bedroom set
-inai
-handbouquet
-guestbook deco


After Raya (3-4 bulan sebelum majlis)
-Call and double check with:
*butik
*MUA
*Kompang & gendang
*catering
*OP& videografer
-hantar kad for printing
-kain2 untuk family,sedara and bridesmaid (Bandung)
-hantar kain ke Tailor
-hantaran semua dah beli
-cincin dan gelang batal air sembahyang
-idea for Bedroom Deco
-kemas-kemas bilik
-Spa and treatments
-Pre-wedding shots
-Flow of event
-Kursus Kahwin
-Permohonan kahwin
-call Kadi atau imam dan Pejabat Agama Islam
-call saksi pernikahan
-Nikah documentation
-Surat akuan bujang
-Serah borang (wali+ Saksi)

-Booking tok kadi
-HIV test


1-2 bulan sebelum majlis

-selalu follow up dengan
*bridal butik
*catering
*MUA
*kompang & gendang
*penari (adik2 kecil)
*kedai printing

- double check flow event
-mengirimkan kad
-gelang and cincin sudah siap dibeli.
-semua kelengkapan sudah siap.
*bedroom deco
*bunga pahar
*doorgift
*guestbook
*baju nikah dah siap
*baju family dah siap

-daun inai (tak mahu henna)
-hantaran deco (if guna artificial flower)
-mengatur tempat tggal untuk sedara yang jauh

1 minggu sebelum majlis

-Keluar dengan BFF
-Padi and Mani (relaxkan diri)
-jangan buat facial
-Follow up balik dengan
*bridal butik
*catering
*MUA
*kompang & gendang
-Tenangkan diri, berdoa banyak2 semoga dipermudahkan..
-Double check hantaran semua dah siap deco


#For Him
1.Cincin + Bunga Rampai
2.Sireh Junjung
3.Perfume
4.Wallet + Belt
5.Kasut
6.Jam + Cokelat
7.Tafsir Al Quran + Sejadah
8 Kek
9. (tak tahu nak bagi ape)


#For Her
1.Mas Kahwin+ Wang hantaran
2 Gelang +Bunga Rampai
3.Sireh Junjung
4.telekung
5.Hbag,wallet,Kasot
6.Jam,Perfume
7.Kek

ok tak susunan hantaran aku? kindly advice kawan2 :)

# subject to be changed


p/s klau ade aku ter-missed. lemme know yeh!!

12 July 2010

Nose And Nichii WareHouse Sale

Last week( sabtu) aku terbaca entry Eilapinky tentang Nose warehouse sale. Lantas, hari sabtu petang tu, aku set dengan mama ku untuk gi warehouse untuk cuci mata, since sabtu tu last day.Kalau dah namanye kaki soping,memang tak sah la kalau tak bazirkan duit kan! Mesti ada je nak dibeli....haihhhhhh...macam mana laa nak buat saving untuk kahwin ni elya oittt!!!!~ha3

Kami agak sesat jugak la nak mencari location warehouse tu. Asyik berpusing2 je dekat area
Sunway Piramid. Dah agak -agak nak putus asa tu, aku call Eila untuk bertanyakan dierection.Bukan cik eila yang bagi tetapi adiknya. Nasib baik laa...direction adik Eila tu tepat dan senang. Kami akhirnya pun sampai. Memang agak tidak menarik location nya ye adik2 dan kakak2.

Walaupun locationnya kurang menarik, tetapi aku berjaya merembat 3 pasang kasot!!! rm100 je.Hua3. Fyi, aku mempunyai sepasang kaki gajah, susah benor nak cari kasot ok. Asal jumpe yang berminat, size pulak tak ade....Nasib baik, kat sini banyak jugak la pilihan yang aku suke. Dapat 50% discount, kire ok la kan. Tapi aku jeles, macam mana Eila boleh dapat sepasang RM10???isk isk isk ....tak aci!!!


Lihatlah dunia!!! aku sungguh tamakkkk!!

Then, hari ahadnya pulak, mama ajak gi jalan2 keluar. Maybe beliau dah boring sangat kot, asyik dok dalam rumah je kan. Mama ajak aku jalan-jalan ke Chowkit tengok2 bekas2 dan bakul2 untuk dibuat hantaran. Aku lupe apa nama kedainye. tapi kedai tu besar la.

Aku suka tengok bekas2 hantaran macam gambar dibawah ni.. Sangat english style!! Saya suka. Tapi, harganya mahal, tapi tak semahal dekat
Nilai ye kawan-kawan. trust me.


kalau korang suka yang bakul-bakul, kat sini pun ade jual jugak, yang
bentuk ikan la, sampan la, macam-macam ada....~
Artificial Flower kat sini pun lawa-lawa.



And aku terjumpa bekas macam ni di salah satu kedai di Chowkit...it would be my bekas hantaran. InsyaAllah~
Kalau sesiapa berminat nak sewa bekas hantaran ni dengan aku, aku akan sewakan selepas big day aku next year k!!!
(email: elyaelmo@gmail.com)

Gambar ini hanya sample shj. Terima Kasih

Then, kami pun pulang dengan riangnya. Tetiba otw back, aku ternampak pulak kedai Nichi. You know what? di sana pun sale jugak!!!!!

Pokaiii ..pokaiiiiiii!!!~




Ini laa result nya, kalau weekend tak boleh duduk diam.....hu3~

11 July 2010

Need Opinion


Aku sedang confuse...
Nak print berapa keping kad jemputan? if catering nak order 1000 pax....
and kalau 1000 pax tu cukop kee yeh??
Sedara, kawan-kawan adik dan kakak, kawan-kawan U, tempat keje, blogger aku lagi.....
lepas tu nak order berapa doorgift??


B2B or Ex B2B......nak mintak pendapat korang.........~

09 July 2010

Kos Perbelanjaan Majlis Pertunangan

Hi peeps!!
Saya rasa sangat seronok sebab dapat update blog dengan laju nyaaa!!! yahOoooo

Just nak inform dekat korang, takat itu je dulu gamba2 semasa E-day yah!! So far semua gambar sudah di uplod, cuma hantaran aje la kan. Maaf, elya tak sempat mintak dari OP.hu3.....Tak ape la..nanti kalau ade elya akan uplod k!!Now, tak sabar elya nak bercerita tentang wedding perparation pula.
But, beri sy ruang untuk membentangkan perbelanjaan semasa persiapan E-day sy k! Saja nak share dengan kawan2...


1) pelamin, makeup dan baju (RM 675)
Pelamin Rm300, makeup RM175 (time tu rate eyra tak naik lagi), kain baju beli dekat Bukit Tinggi Indonesia. Lace dgn lining hanya RM100 je!! sgt murah. Upah baju, RM100.Total cost baju RM200 sahaja.

2) Cost hantaran (RM271)
- Deco sendiri.Beli bakul yang siap deco dan beli bunga artificial. - Hantaran makanan tempah dengan kak Annie. - Cupcakes tempah dengan Lovelycakes

3)Doorgift- kek kukus 99 pcs (RM99)

4)Bunga Tangan (RM28)

5)Makanan (RM500)
- masak sendiri. A day before my E-day, mama dan MakLang kami gi shopping lauk2 di Pasar Chowkit. Then, tengah harinya tu,aku dan kakak ku sama2 tolong mama masak.(tolong kacau2 je sebenarnye..he3). Kami makan di dalam rumah, tak sewa canopy pun

6) Lastly, cincin tunang. Phak lelaki yang bg kat elya aje. ELya tak bg pun.So, jimatt la duit aku!!hae..kidding!! :D
Kos perbelanjaan saya untuk majlis tunang ini ialah RM1573. So, kita consider as RM1600 yeh!
Cene kawan2...murah ke mahal yeh???ekekekeek....Aku pun tak tau laa....

So sesiapa yang nak bertunang,better budget2 dari sekarang k...

08 July 2010

My Sweet and Nice Veil


Hi!!

Seperti subject diatas,kali ni aku mahu berbicara tentang veil semasa E-day aku. Sebelum tu sila refer kepada prvious entry aku dulu ye. [click]

Dah abeh baca kan?? :D
So, lepas berfikir selama sebulan, aku decide nak buat style macam gambar Dato' Siti kat bawah ni...
Aku sangat suka denagn veil ni!! Jatuh cinta pandang pertama tau!! Kenapa? sebab ada bunga bunga di tepi tu, korang perasan tak?he3



Then, aku cuba msg inbox Facebook Koleksi Vispera, Puan Vispera. Then, lepas bincang2, puan vispera cakap senang je nak buat. Aku just request dengan dia yang aku nak simpleeeeee and sweet veil je. Aku taknak grand2 sangat, sebab baju aku dari Kain Lace.

Untuk menyenangkan kak hawa,aku provide lebihan kain lace aku tu dekat Kak Hawa. So, kak hawa just ambik bunga2 yang cantik dari Kain Lace tu, and tampal dekat kain chiffon tu seperti veil Dato' Siti tu...And inilah hasil nya....(bezanya cuma, bunga veil Dato' Siti di sebelah kanan, aku nya di sebelah kiri)

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
TADAAA!!!!
Saya Sangat Suka!!!!





Close Up



So, sesapa yang masih tercari-cari dimanakah harus korang tempah veil, tudung2 nikah,tudung raya, saya ingin mengesyorkan, silalah contact2 Puan Vispera. (Saya tak dapat ape2 komisen ye kawan2.). Korang hanya perlu bawak design yang korang nak, and tunjukkan kepada Puan Vispera, insyaAllah beliau dapat menghasilkanye.

Pada saya, Puan Vispera sangat teliti, peramah, berpengalaman dalam bidang jahit menjahit ni. Plus, dia nye taste pun boleh tahan and Price pun sangat berpatutan ok!!!~ So, kiranya korang tak akan pakai style2 yang akan ketinggalan zaman...he3

Semua nya designnnn sangat2 Freshhh!!!!~ Sekian ..:)

Award lagi!!!


1. Anda mesti memberi pujian kepada pemberi 'award' ini.
Cik ayu ni baik. tgk gamba mcm ayu ayu gitu..sesuai dengan nama nye "AYU'.

2. Sila beri 'award' kepada 10 bloggers yang lain.
Elya nak bagi lebih yeh!!! B2B dan kawan2 yang lain sila ambil award ini....:)

3. Bagaimana anda boleh di gelar 'blog' yang 'Best and Great'?
Best kee blog elya ni??? ha3.elya rasa blog elya ni biasa2 je...ahaksss!!~
Nway, thanks ayu!!!!



07 July 2010

Jaden Smith





Few days ago, my bro treat me a free tic movie. Kiterang tgk Karate Kid. I love watching movie yang berkaitan dengan marcial art. Best!!! Plus, dapat pulak ticket free kan. Ape lagi, bertambah seronok la.he3.

Karate Kid ni mengisahkan tentang seorang kanak2, Dre Parker ((lakonan Jaden Smith anak kpd Will Smith))

adalah anak paling populer di Detroit yang terpaksa ikut maknya migrate ke Beijing atas urusan kerja. Nak dijadikan cerita, setelah sampai di Beijing.Dre menyukai gadis comel bernama Mei Ying. Mereka mengalami kesulitan menjalin persahabatan karena parents Mei Ying tidak menyukai Dre dan perbezaan budaya. Setelah itu,bermacam2 insiden telah berlaku sehingga membuatkan Dre tidak suka tinggal di sana. Keadaan bertambah rumit apabila mendapat ancaman. Ancaman daripada siapa? bagaimana Dre menghadapi saat2 genting di Beijing? Bagaimana perhubungan Dre dgn gadis Cina itu? Sila saksikan Movie ini k!!! Syok tau kawan2. Jaden Smith belaja Kungfu dengan Jackie Chan.ooopss...terlepsss pulakkk :p




adegan Dre dibelasah


Training!


Yeahhh!!berjaya sepak tinggi2



Dre participated dlm Kung Fu tournament






Ok sile tengok gamba ni...Geram kott!!! Comeyyyyyyy~





Bapak borek anak rintik.........~