27 October 2010

Bandung-Jakarta With Love Day 3


Dear all beautiful B2b...sorry again for the late update bout Bandung-Jakarta trip..

Ok, here we go....

Day 3:
We all bangun seawal pagi ...as usual....Bersiap2 ke tempat-tempat yang menarik di Bandung ni. First of all, kami ke Pasar Baru dulu .Tempat wajib!!! Kain Hunting people!!!yeahhhhh~ Since di Msia lagi, aku dah niat dala hati aku, " dekat Bandung nnt, aku nak borong kain chiffon and kain2 seangkatan dgnnye untuk dibuat bj kurung". Bolehlah aku melaram dgn baju2 baru lepas kawin nnt!!hikhikhik ........


bergamba dulu dgn pak supir nya .
Kami naik Honda Freed. Korang ado? takdo kannnnn:D


Before ke Pasar Baru, seperti biasa kami tukar uwangnya dulu!!! Actually, aku tak bynk tukar duit before smpai ke Bandung ni, sebb aku tak bajet pun yang aku akan bertukar menjadi seorang yg sgttttt boros bila tiba di Bandung. ahahahhha. FYI,bukan kain je yang aku borong. Benda2 yang merepek pun aku beli uoll!!!Haihhhh....tapi takpela kan. Duit boleh dicari lagi.....eceeccee sedapkan hati.hehehe.

Then, sambil2 lepak tunggu Pak Supir ntah kemana die pergi , tiba-tiba mulut teringin nak mengunyah sesuatu. Apelagi!! kami layan kudap-kudap ditepi jalan dulu. Eh, btol kan namanya kudap-kudap? alaaaaa, kalau kat msia, org2 kite jual goreng pisang, cokodok, karipap etc. Kat bandung pun ada. Tapi mereka goreng tempe , goreng pisang dan macam2 lagi lah..aku lupe dah..... Ape2 pun memang layan klo korang makan tempe goreng disini!!!Dimakan pula dengan cili padi. Perghh!!!!~ terangkattttttttt...kikikikiki

Inila die, pakcik jual tempe goreng...
menyelerakan kan???i've told u!!!!!





kami pun harus berfoto sama itu pakcik ya

Then, sampai je di Pasar baru, sesi menterjah kedai2 kain disana.Grrrr....geram aku tgk kain2 kat sana uoll!!!
Oh ya!! lupa pulak. Telekung pun benda wajib untuk dicari di Bandung ni. (If korang plan nak pergi ke Jakarta, aku rekemen korang beli telekung di Jakarta je, cuz price more reasonable than Bandung. Yes!!di Bandung murah and cantik, di Jakarta u will get the cheapest price!!!)



Owner kedai ni Kak Hana. Pekerja dia sgt sabar melayan kerenah aku yg cerewet ni. Mana tak nye korang, aku dok sibuk mahukan kain telekung yang labuh. Cari punya cari, nasib baik jumpa juga yg berkenan di hati! Harga telekung? Masih di bwh paras memuaskan iaitu below rm100, with bag :D Kalu di Msia, aku dah servey harganya RM150++



tengok... baby pun ngntok menunggu kami yg sedang sibuk2 tawar menawar....hahaahah

Then, we start on our Kain Hunting!!! First, kiterang masuk D'Fabric. The 1st impression was....sangatttttt tak tahu nak cari kain ape. Rambang mata. Mata aku dah berpinar-pinar smpaikan nak decide color ape untuk nikah pun dah blur!!hahaha.Then, bila discused elok2, we decided to choose Green as our Nikah Outfit. Yes Green people. Not white. Ngeeeeee:D



Kenapa? nanti akan dibongkarkan....heeheheh......

I tell u one secret.Tokey2 di bandung ni. memang dah tau market di Msia.Majoritynya memang kerap supply kain ke Msia.

Nak dijadikan cerita, mak aku minat gile dengan kain chiffon di kedai tu. Bile aku mintak tawar gile babs punye dgn boss die, pasti die akan compare price dekat Gulatis, uromoda etc. Aku ape lagi, aku cakap la.

"Boss,jangan la nak compare2 harga Msia dan disini. Kamu harus fikir tambang pesawat kami kesini. Kalau kamu tak bg harga bagus, plus minus sama juga kalau saya beli di Msia."

Mereka terus terdiam . Ingatkan diam2 mahu dikasi discount yg best, tapi hampeh, discount nye ala ala tak de discount jugak...setakat Rp10,000 je.haahahha...Tapi, boss tu memang takpuas hati jugak la kan dengan cara aku kot. Macam tarik muka je dgn aku. Ade aku kesah kannn!!Aku customer ko kan!!!Pada aku, aku ada hak nak dapatkan harga yg terbaik if aku rasa aku patut dapat harga yg jauh lagi murah.hahaahha. Gile poyo kan??(abaikan jee laa yeeee)

At last,we bought about 30 metres of Satin dekat D Fabric tu. Beli je laaa...dah alang alanggg gi sana kann...Kang tak pasal2 ade yg balik Msia mata lebam :p


mereka bertiga ni sudah kebosanan menunggu kami .hahaah..
siapa suruh folo kaum2 hawa shopping kan....



Keluar je dari D Fabric, aku masuk satu kedai ni. Jual banyakkk kain cotton. Aku memang pantang kalau jumpa kain cotton ni. Mahu berjam2 lepak kat kedai tu.. Cuba korang bayangkan, kain cotton 4 meter boleh dapat bwh rm100. Murah la kan?? Sangatttt murahhhhhh!!!Kalau kat Msia Japanese cotton org jual RM120 . So, apelagi kita boronggggggggggggg!




disini aku borong kain cotton...
aunty yg jual tu org Msia.Very good person. Pandai ambik hati pelanggan


Aku sempat rembat 4 helai kain cotton.Lepas kawen, bleh dibuat baju untuk bertemu saudara mara :D

Borak punya borak dengan owner kedai, perut dah lapar...kami lepak laa dekat foodkot kat Pasar Baru tu. Apelagi, pekene ayam penyet lagi la kan. itu je laa menu yg mereka suko klo di Bandung ni. Tapi beware ye kawan-kawan, jgn termakan tikus penyet pulak.haahahahahha.
Korang tau kan, Bali and bandung sungguh femes dengan Tikus Penyet ni .....Geliiiiiiiiiiiiiiii




Aku makan yang ini je. Teringin nak makan sup pulak. Namanya, mi Bakwan lebih kurang macam tu la.



es pokat, es cendol dn teh manis :D





Ini Toko 3. Disni jual banyak original jeans. Tapi aku tak rekemen korang beli disini. Lebih kurang aje harganya di Msia. Bezanya cuma Rp 20-30 ribuu je. So, better spend duit untuk beli kain2 di sana. Eh, kainnn lagiiiiiiiii...tak abeh2. :p

Then, next destination, pak supir bwk kiterang ronda FO diwaktu malam. Besttttt..terasa macam di Europe tau!!Udara yang sejuk, lampu2 neon yang berkelipan.cewahhhhhh!! berangan jap.



ni rumah mode di waktu mlm.
bagusnya pergi pada waktu siang. Malam tak nmpak ape, nampak lampu2 je....hu3




ape ntah yg aku gelakkan..hahaha



Dalam Rumah Mode cantik decoration dalam tu.Aku tak shopping pun, tunggu kakakku shopping baju2 baby je..One thing I can tell u, shopping baju2 baby memang heaven disini. Kata pun FO kan. Haruslah bnyk baju branded untuk baby disini. Harga sgt murah!!compared to di Msia :) (kirenye, Factory Outlet disini lagi best dari Reject Shop di Msia)


Pastu kiterang jalan-jalan lagi ke FO yang lain. Banyk sangat Factory Outlet di Bandung ni. Such as, Sectret,The Uptown, Grande, Jetset, Carla...Rumah Tas (bnyk Handbag gred A1 and A2) Macam-macam lagi la.


Tapi aku suka dengan structure Blossom ni. Menarik kan??


Akhir sekali, perut dah lapa, we had dinner at San Francisco.Tapau aje. tak larat nak tunggu lepak lelama dekat situ. Restaurant ni, menarik jugak la. hapenning!!! Tempat ni Pak rudy yg suggest.


So here are the things that we bought on the Day-3 that made me broke!!

Kain2 cotton.


telekung-telekung tuk kawan2 dan diri sendiri.


baju2 baby dan baju casual untuk diri sendiri

26 October 2010

Nak info tentang Dewan Komanwel Bukit Jalil

Kawan-kawan...

Dewan Komanwel Bukit Jalil ni
orang luar boleh sewa untuk wedding tak?
Berapa Rate nye?
nak mintak jasa baik korang,
siapa tahu macam mana nak dapatkan contact Dewan Komanwel Bukit Jalil.
Dah puas elya google,
tapi tak dapat info pun.hu3.

Kalau ada ape2 info pun, bg elya yeh...TQ so much

23 October 2010

Free Blackberry Torch 9800 from Celcom



20 perkara yang perlu dilakukan setiap hari dengan Blackberry Torch 9800:

1. Bangun pagi menggunakan alarm smartphone Blackberry Torch 9800.

2. Sambil memberus gigi, anda akan pakai smartphone Blackberry Torch 9800.

3. Nak cari baju pakai pergi keje, pun cari dengan smartphone Blackberry Torch 9800.

4. Nak start kerete gi kerje, pun pakai smartphone Blackberry Torch 9800.

5. Nak dengar lagu dalam kete pun pakai smartphone Blackberry Torch 9800.


6. Nak beli tiket wayang pun pakai smartphone Blackberry Torch 9800.

7. Duduk kat ofis buat keje pun pakai smartphone Blackberry Torch 9800.




8. Nak buat presentation silde pun masih pakai smartphone Blackberry Torch 9800 sebab ia mudah untuk menaip menggunakan keyboard QWERTY.

9. Nak berinteraksi dengan member satu ofis pun pakai smartphone Blackberry Torch 9800.

10. Nak update kawan2 di FACEBOOK atau TWITTER pun pakai smartphone Blackberry Torch 9800 dengan access dari CELCOM.


11. Nak send email pun pakai smartphone Blackberry Torch 9800.

12. Nak SURF INTERNET di ofis pun pakai smartphone Blackberry Torch 9800

13. Nak tengok jam sebab nak balik keje pn tgk kat smartphone Blackberry Torch 9800.

14. Sambil dating, jalan dengan kekasih pegang tangan pun, antara gengaman tangan pun ade smartphone Blackberry Torch 9800.

15. Kene marah dengan kekasih pun sebab berkepit dengan smartphone Blackberry Torch 980o .hehe.

16. Nak amik gambar dengan kekasih pun pakai smartphone Blackberry Torch 980o sebab dengan Blackberry Torch 9800 ada 11 photo mode untuk kegunaan siang dan malam , dan tak lupa juga fungsi untuk merakam/ rekod video kenangan bersama kengkawan.

17. Nak balik rumah tapi takot gelap pun pakai smartphone Blackberry Torch 9800 tuk menerangi jalan ke pintu rumah.

18. Nak bergayut dengan kekasih pun pakai perkhidmatan CELCOM Blackberry sebab coverage Celcom adalah yang terluas, terpantas dan paling jelas di Malaysia. Dan yang paling penting ialah dengan Celcom Exec 50, semakin banyak anda gunakan, anda akan mendapat diskaun lebih banyak sehingga 30% SETIAP BULAN .

19. Nak tidur balik pun set alarm pakai smartphone Blackberry Torch 9800.

20. Tidur pun mimpi smartphone Blackberry Torch 9800.

Keistimewaan kenapa CELCOM menjadi pilihan:

- 15 sen call ke semua rangkaian nombor diMalaysia (murahkan)
- Diskaun bulanan.

- Bergayut banyak kali, berborak lama-lama, lebih lama anda bercakap semakin banyak diskaun akan dapat sehingga
30% setiap bulan.
- Komitmen bulanan serendah RM50!!!! (ape nk fakir lagi!)

- Percuma Celcom Broadband Basic Plan selama 1 bulan !!! dengan kelajuan 384 Kbps pulak tu!!!

- Akhir sekali, marilah menjadi diantara yang terbaik bagi yang terpantas, terluas, dan Mobile Network yang paling jelas kat Negara kita.


Oh begitulah indahnya hidup bertemankan smartphone Blackberry Torch 9800. Seronoknya hidup ini bila bersama smartphone Blackberry Torch 9800. Pastinya semua akan menjadi mudah. Ibarat smartphone Blackberry Torch 9800 ini macam other half korang,hehe.

Mari kita gegarkan celcom center yang berhampiran untuk menyaksikan sendiri kehebatannya kerana masih banyak lagi kegunaan smartphone Blackberry Torch 9800 ni kengkawan sb ia kan SMARTPHONE!!!
Ataupun anda semua boleh layari website Celcom untuk keterangan lanjut.

20 October 2010

Bandung-Jakarta With Love- Day 2



Hi kawan2!!
Masih ingat lagi dgn entry ini? klik dan ini klik ? Kiter sambung balik untuk hari yang seterusnye ok!!
Hari ke 2, kami bangun seawal pagi, bersiap sedia untuk pergi ke Jakarta!! Mahu lihat bandar Macet.hehe.




hotel karmila diwaktu siang



sister


baby-awra hayden suka dia !


Perjalanan makan masa hampir 2 jam. Masing-masing keletihan. Tidur je sepanjang perjalanan tu. Kami tiba di Jakarta lebih kurang dalam pukol 11 pagi waktu Malaysia. Seronok gile bila aku sampai disini. As i mentioned before, dtg ke Jakarta ialah impian ku sewaktu aku study di Uni. So, now dh tercapai.Lepas ni, kite buat impian lain pulak k!!! :D


pemandangan ke Jakarta



bangun2 je, aku nampak pakcik ni pakai helmet macam ni. Lawak ok!hahaha





Mangga Dua!!Shopping Time

Nak dijadikan cerita, kami terus ke Mangga dua. Idea asal, mahu ke Tanah Abang dan Mangga Dua. Tapi disebabkan, untuk menjimatkan masa kakak ku suggest pergi Mangga dua sahaja. Lagi pun, ramai yang kata Tanah Abang bagus kalau kite beli borong atau dalam kuantiti yang banyak ( untuk berniaga). Entah la, aku ikut aje.Yang pasti, aku dah niat dalam hati, aku kene beli jugak doorgift disini.he3. Alhamdulillah....dah dapat apa yang aku mahukan!! Hopefully, tetamu aku akan suka :)



Kalau korang mahu cari doorgift, sila ke lantai bawah (basement floor). Sini banyak pilihan. cantik2 and murah jugak la. Ingat, kena pandai tawar!! Kerana mereka pun bijak bermain dengan Ringgit kita :D



jangan lupa sentiasa bawak mesin kira-kira atau Calculator
(besar aku nye calculatorkan..ha3)



Time ni tgh fikir-fikir berapa ribu...juta...puluh juta kene beli...
lihat tangan kiri ku, masih memegang calculator kan...hahahahaa




Hampir 5 jam di mangga dua, aku happyyyyyyyy!!!~Dah jumpa ape yang aku mahukannn...maaf ya, gamba tak boleh reveal. rahsia kerajaan ok!!! :D ( kalau nak tahu, kene dtg kenduri aku keh..hahaahhaa). Time tu, perut pun lapar ,mata pun mengantuk. Kami pun terus ke kedai makan pakcik sedara aku die . Kedai makan Minang....atau dikenali sebagai masakan Padang...he3. (nanti klo korang ke Jakarta, silalah pergi makan dikedai beliau yeh!!! )




he treats us. Sedap korang!! Mahu tak sedap, kata FREE!!!hha3


sebelum pulang, ayuhhh bergamba dahulu.
Kiri itu la, tokey kedaiiii a.k.a pakcik sedara aku :)




Ape bezanya shopping di Bandung and Jakarta?

Pendapat aku la kan, Bandung sangat seronok untuk shopping kain-kain lace , kain cotton,baju2 casual, baju2 baby, Jaket,Skirt .Cuz dekat sana banyak sangat factory outlet ( FO). Sangat Besttt!!Pasti kan, korang bawak duit lebih dan Calculator ok!!! Rambang mata. ( calculator jgn tinggal, penting sgt) .

Di Jakarta pula, sangat sesuai shopping Telekung, Kelengkapan Haji,Kain kebaya atau readymade Kebaya, wedding doorgifts, Clutch and Handbag.Kata pak supir kami, orang jakarta pun selalu ke Bandung untuk shopping

Apa-ape pun,yang paling penting, korang kene tawar harga sebijak-bijaknya. Tawar 50% from the actual price. Sebab mereka sgt bijak. Mereka suka membandingkan Ringgit kita dgn Rupiah. So, kalau ade yang tidak mahu kasi kurang, jalan saja!!! cari kedai lain. Banyak lagi kedai2 lain kannnnn....~




seperti ini, tawar menawar dgn senyuman yang manis.ececececceh!!!



Tapi yang tak best nye, aku terlupe nak beli T shirt Jakarta, untuk buat kenangan :(



To be continued: Bandung-Jakarta With Love- Day 3 ~


p/s Bandung-Jakarta With Love
Bandung-Jakarta With Love- Day 1

19 October 2010

Cinderella and the Pumpkin coach


Nak share dengan korang....sgttt cantikkkkkkk
aku terjumpe gamba2 disini klik
Aku sangat suka!!!
Kalau banyak budget...pasti aku buat macam ni...hahahahha
berangan weii..berangannnnnn.....
Seriussss!!mmg akuuu betol2 jatuh cinta....


busana by rizman ruzaini MUA : ayang kamel



the bride : Gorgeous!!
crown die cantikk..katne nak cari??ha3



tgk beads di baju bride tu. Cantik kannnnnnn..



ala ala permaisuri , melambai2 kan tangan.....



cinderella carriage


cantik kann??? sesuai buat di dewan....~

credit to FotoWeddingku

Majlis bertandang di DewanSeri Delima,


Ahad lalu aku attend majlis bertandang BFF aku di Kelana Jaya. Aku suka decoration hall and pelamin die. Sgt klasik.



Then, sedang aku bergurau senda dgn rakan-rakan....seseorg menegur ku..

" u ni elya kan?"
Aku : aah...sapa yehhh?? (time ni..aku konon2 bajet mcm artis laa..org tegurr..hahaahhaha)

"ieza laa....jirann izrul..."

Aku : oooowhhhh!!ingat2...blogger jugak kan.. Tapi, dlm blog...erkk...skang u macam dh berisi je kan??

" haha...lepas kawen dah berisi sket " ( abeh laa..lepas ni aku....hu3)

Aku: haha..ok2. Jum ambik gamba

(time tu die pun bergegas nk gi wedding lain..so cepat2 ambik gambo je )


jeng3..ini laa die..Ieza lemah lembut...
kiter sama tggi kan!!:D



Then, aku curik2 ambik gambo pengantin sedang berphoto-shoot


pengantin


dah settle semua, kami pun pulang....

korang nampak tak tangan kanan aku. aku hold pomander ball.
Perantin suruh aku bwk balik. hahah.

Tak pernah dibuat org kan!!



18 October 2010

Kenapa awak happy sgt......

He says :" You are what you are in the morning......"


hari ni..sebelum aku keluar melangkah dari rumah...aku cuba tak mahu sedey2..kelam kabut..serabut dan sebagainya...

Aku taknak bila aku sedey+ serabut, ianya aku mempengaruhi produktiviti aku di tempat kerja....

aku cuba ceria ..ceriaaa sebaik mungkin.....

Lupakan segala sengketa dalaman....lupakan segala apa yang orang lakukan kepada diriku dan family....

Life must goes on!!!!

Lepas lunch, aku berborak dgn junior aku :


Cik F: Elya..asal hari ni awak happy sgt. Kita dapat rasa aura happy awak.hahahah

Aku : Aik, kita takde pun reply sambil gelak2...


Cik F : Tapi kita dapat rasa aura awak tgh happy dan bersemangat.

Aku : Takde rr perasaan awk je kot....


(amboi...aura tu tak tahan!!)

Ye sayaaa sgt happyyy........mak sy telah beransur sehatttttt....
Sangat happy bile tgk mak dapat habiskan semangkuk bubur dengan bersungguh-sungguh :)

16 October 2010

Taufiq shariff pulang ke rahmatullah.. Al-Fatihah



Al kisahnye, pagi tadi...aku ternampak status member aku nicol. "Alfatihah TS (Taufiq Shariff)."

Dalam hati ku terdetik, macam pernah ku dengar dan lihat nama ni..Tapi dimana ya?
haaaaaa!! then baru aku ingat. OP ni la ambik gambo untuk Anne Hot FM hari tu.......
Lantas,aku pun tegurrr nicole........~ (korang boleh baca perbualan di bawah ini)





Mari kite sama-sama sedekahkan Al Fatihah buat beliau .




13 October 2010

Alkisah10.10.10 yang dah basi

yeeeeeeeeeeee....baru sekarang aku nak update tentang 10.10.10 !!muahaahahha....semua orang dh update..aku je terkedek-kedek nk update. Ade aku kesah kan???
Bukan ape kawan-kawan semuanya disebabkan kekangan masa yang tak dapat dielakkan......Ape-ape pun layan je story ni k!!!

Sabtu, 9.10.10 - BestFren aku sah diijabkabulkan dengan suaminya di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

kami sebelum bertolak ke mesjid


otw to mesjid

Alhamdulillah ,sah!!~

me with the bride



kami yg hadir.....


my dior!!! ohh....
aku cairrrr tatkala melihat si dia memakai bj melayu :D



10.10.10 Ahad ,Majlis Resepsi Siti Khadijah dan Izrulazhar di Dewan Bankuet UPM, Serdang.
Aku suka dengan pelaminnya yang berwarna warni. Katanya,die memang berkenan dengan konsep arabic yang sangat hot sekarang. Tapi aku agak terkilan sedikit dengan baju pengantin lelaki agak ketat dan kelihatan dia tidak selesa dengan cutting baju tersebut. Tapi tak ape, bukan semua yang kita impikan tu, akan perfect kan!!!Ape pun yang penting,the bride was veryyyyyy beautiful.....!!~ Congrats dearie Siti Khadijah and husband. Cepat-cepat sikit buat anak tu tau!!haahahha




pelamin warna warni

pengantin sedang bersiap





close-up

Selesai je majlis di Dewan tu, aku bergegas pula ke Dataran Merdeka untuk melihat demo besar-besaran oleh Silat Cekak Hanafi. Sila klik untuk previous entry. Nasib baik aku sampai tepat pada waktunya. Walaupun hati ini agak terkilan tidak dapat join demo, tapi aku redha. Mungkin hari itu bukan rezeki ku untuk join, InsyaAllah in the future, kalau diberi peluang lagi,aku akan join :)
Aku juga teramat gembira dengan pencapaian Silat Cekak Hanafi yang telah mencipta record baru dalam Malaysia book of Record : The Largest Participant in Silat Performance. Tahniah Silat Cekak Hanafi!! Jum layan piccas lagi :D



Ibu fauziah Nawi mendeklamasikan sajak


participants

itu diaaaaaa!!~ nampak tak?? :D




Bergambar bersama YM Syeikh Hj Md Radzi bin Ustaz Hj Hanafi Al-Qadhi dan datuk Seri Mohd Ali Rustam


hero ku...insyaAllah :)