30 November 2010

Wedding Kay Kamal

Hi peeps!!

Sebelum tu, nak ucapkan Selamat Pengantin baru untuk Farah Fatihah dan Kay Kamal!! Semoga korang berbahagia hingga ke akhir hayat k :)

Last week sgt sgt bz....Baru sekarang sempat update tentang wedding Kay Kamal, ampun ya kawan2 :p

Kat sana,jumpa sk adam, kina, nasya, zara, zaila, acik and ann (ada sesiapa yg tertinggal?)

Since sabtu tu kekasihati ade meeting, terpaksalah aku drive gi wedding Kay sorang2. Nasib baik dewan kelab kilat , TNB (Bangsar) tu dekat je dgn Cheras. :D

Disebabkan tahap confident aku ni sangat rendah plus aku ni buta jalan, awal-awal lagi dah set dengan khadijah @ Sk Adam . (takot sesat hihi). Aku tunggu somewhere area UM. ( Nasib baik aku tau dekat mana UM..hihihi )

Kami sampai je, ingatkan pengantin dah masuk dalam dewan. Rupanye tidak. Sempat la kami snap beberapa keping gambar pengantin berarak masuk.


Rombongan lelaki memakai kaler biru. pengantin memakai persalinan berwarna pink +silver. Sama cantik sama padan. Kay nampak berseri-seri.



aku suka bunga manggar ni. Kay yang DIY ke eh??


Masuk je dewan, terus terjah guestbook's corner. Sib baik tak ramai orang lagi. Kalau tak pasti kene Q untuk tulis..hehe. Kay!! Guestbook kamu sgt comel tau!!!!




creative kan! rajin betol kay ni



ini corsage untuk bloggers bride. Comel!!
TQ kay...ada blogger yang tak perasan rasanye...hehe


Pastu jumpa zara and Kina. Since takde tempat kosong untuk makan ,kiterang decide ambik2 gamba dulu di photobooth . Ya ampun!!! Suka nye aku ngn photobooth niii...!!
Pastu ambik gambo, baru makan!! :D Lauk2 sgt banyak and sedap. Rambang mata dibuatnya. (eh, cam over plak). Tapi ,serius memang sedapp... aku makan banyak. muahaha.





terlebih rajin pulak edit gamba...hihi
dari kiri : elya, sk adam, kina.
Lihat!! Kami memakai corsage :D





penuh satu pinggan!!hahaha. sib baik habis :D


Pas makan kami sambung balik ambik gambar di photobooth. Kali ni dengan NasyaNaim and Zara pulak. Gambar dari kamera tak banyak. Tiba-tiba batteri kamera habis!!! nyesal gile tak charge. Terpaksa la guna kamera phone.



comel kan kami??
aku paling suka gmbar ni. Sebab aku pakai veil kecik..haha




Ni pelamin kay, cantik.
(gamba tk berapa clear, guna kamera hp ni)



kek pengantin yang sgt meriah!!!
Lupa nak ambik name card yg berada di atas meja tu.


Masa nak balik ni, aku cam ternampak wajah yang dikenali.Sempat laa kami berborak and ambik gambo gak....agak agak siapa???hehe

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
jeng jeng jeng...
kami bersama pengantin baru, Ann
Comel jee orang nye. Terasa aku ni sangat2 besar...haha..




p/s kami tgu tggu jugakkk kelibat yang lain..tapi tak nmpak pun !! sgt hampaa...terus pulanggg :p


itu je laa kot...mggu ni jmpe kalian di wedding Yanie k!!!!

28 November 2010

Ministry of Moment : Just Like contest!

Contest lagi!!
Kali ni Ministry of Moment telah mengadakan contest untuk kita semua!
Cepat-cepat sebelum terlambat,Rugi tak join!

Semua orang tahu
Ministry of Moment merupakan
SUPER
Profesional Photographers yang tidak asing lagi dalam dunia fotografi ni.
Mereka lah Official Photographer Majlis Resepsi
Datin Paduka Umie Aida dan Datuk Paduka Khairudin.

Mereka sangat kreatif menghasilkan gambar-gambar yang sangat 'hidup' dan Unik.

Kenapa saya kata rugi tak join?

Jika anda join contest ini dengan meng-CLICK Like,
Anda berpeluang memenangi
FREE photography package worth RM2,000 (inclusive of an album).

Menarik kannn!!!!



How to join this contest?

1. Search for MINISTRY OF MOMENT page in Facebook and click “Like”.

2. Go to ‘Photos’ and find a folder named ‘Contest’.

3. Pick one picture that you like from the folder and write a creative entry in your blog with the title; Ministry of Moment : Just Like contest and tell us why do you like that picture.

4. Under the picture, type; source: Ministry of Moment with link
http://www.ministryofmoment.com/

5. Once done, leave the permalink of your entry in the comment box of this entry together with your facebook’s username.

Other information that you need to know:

1. You can enter as many entries as you like, and the entry can be either in English or Malay only.

2. There is
no specific format for the entry. You can make it long, short, funny, guna bahasa sms or even formal cam Chedet punya blog, its all up to you based on your creativity. You can also add some information on everything you know about Ministry of Moment to add more points! ;) *hint hint*

3. Upload the yellow poster in your entry and you can place it anywhere. At the beginning, middle, or at the end of your story, doesn’t matter.

4. Contest ends : 30 November 2010 (12pm).


dan saya memilih gambar ini :)

source :
Ministry of Moment


Kenapa gambar diatas ini dipilih?
Hati dan Jiwa saya memilih gambar diatas :)

Jujur saya katakan, agak sukar untuk saya membuat pilihan. Kerana semua gamba yang diambil, sangat sangat menarik dan mempunyai cerita yang tersendiri.

Jika di lihat dengan mata kasar, gambar yang dipilih nampak biasa bukan?
Tapi, bila diamati gambar ini betol2, ianya punya satu cerita yang sangat indah...
Bagi saya, gambar ini mengenai ketenangan hasil daripada langit yang biru dan burung yang terbang membawa ke arah lelaki yang berada di sudut itu.

Sememangnya gambar ini memang melambangkan ketenangan alam semulajadi.
Bestnya bila tengok lama-lama...
Bila stress kita tengok gambar ni, kita akan rasa tenang dan tenteram.

Angle lelaki yang disudut tu pun menarik dan unik.
Overall timing semua cantik. Leading line pun terbaik.

Good job MOM!!!

26 November 2010

PAPA

2 minggu papa warded. Tak sampai hati tgk keadaan die. Termenung...tak lalu makan......

Minggu Pertama :

" papa makan nasik ni " " Tak larat laa dik, tak de selera sgt"
tak sampai separuh pun nasi papa habiskan

Besok nya, aku telefon papa.

papaa, nak makan ape ?"
"Dik beli kan papa sup cendawan " (dlm hati, bila kalanya papa suka makan sup cendawan niii....)

Sampai je hospital, papa pun standby nk makan sup tu.
" Dik, bukan sup ni laaaaa...Rasa cam tomyam je"
"Ni laa sup cendawan paa..."

Papa still menidakkan bukan sup ni yg die mahukan .
" Alaaaa, yang putih-putih yg kita selalu makan tu. "

Oooooohhh..
Mushroom sup keeee....hahahaahaaa.

Betol laa kan, sup cendawan =mushroom sup :p

Minggu Kedua :

" papa, nak makan ape?"
" Dik, papa nak makan ikan goreng pedas la"
" aik, tiba2 je, Ngidam yeh..haha"

Sampai je aku ke hospital, kelihatan papa sedang termenung.
"meh makan pa"
(Alhamdulillah berselera tgk papa makan kali ni)

Esoknya pulak, aku tnya papa nak makan ape.
Papa jawab "
Dik belikan udang goreng pedas la "
Aku berseloroh,
" amboiiiiii kemain berseleraaa skang"....haha.

Sampai je kt hospital, papa terus makan. Dengan aku aku sekali join makan. Lauk udang tu, sapa tak berselera.
"meh adik kopek kan udang tu pa, papa habiskan semua ni"
Allhamdulillah, papa dapat habiskan! :)

Papa esok nak makan ape plak ?
" Hang masak laa dik "
" Tak sempat la nak masak, Balik lambat.Takpe, suh uni atau mama masak laa..hahahha"


" Hang masak laa dendeng keee........ "


Esok nya, aku balik agak lewat sket. Aku saing uni (kakak) gi hospital. Since die pun gerak lambat dari ofis.....

Then, uni call papa cakap kiterang sampai lambat sket. Masing2 balik lambat.
" Takpe laa...kalau korang lambat takpe laa...takyah datang pun takpeee " (time ni sayuu nye bile dgr )
" kiterang datang pa..lambat sket..papa tak makan lagi pun kan "

Jam dah kol 9 masa tu. Papa call kakak aku .
" Uni, takyah datang pun takpe ni. Kang lambat sangat pulak.Dorang dah nak tutup lampu dah" (serius, time ni betol2 sedih dgr papa ckp mcm ni)

" Pa..kiterang dh on the way ni. Takpe kiterang sampai nnt. "

" Time ni dah kol 9.45.Sampai je hospital, Kiterang kene register nama dekat counter pulak. Q panjang. Pak guard tu, buat kerja lembab. Nyampah.

" Sorang je boleh masuk yee" Kata pak guard tu.
" encik, kami nak hantar makanan kat ayah kami, die tak makan lagi. Harap encik faham "
" Tak boleh2. Sorang je dibenarkan.
" Orang lain encik bagi je masuk berdua "

pak guard tu senyapppp.....(hambek ko!)

Aku ape lagi, aku bukak je pintu tu, kami masukkkk jeee..peduli ape. Tak ke bodo nye pak guard. Aku bukannye nak buat bising. Nak bg makanan je.


Sampai jee ward 5B, lampu semua dh tutup. Kelihatan Papa termenung lagi...
" papa takleh tido kan. Laparkannn" "Kiterang kene beratur nak masuk td, tu yg lambat.... "

kami terus served papa makanan. Yes, kami bawakan
Daging Dendeng yang diminta semalam.

Papa sgtttt berseleraa makann..Nasik habis dimakannye.. * Happy *

"Burrppp..alhamdulillah..Sedapp..kenyang perut" seloroh papa

Semalam ( 25/11/2010) papa discharged dr ward....

Doctor kata papa takda sakit ape2 pun.....~

Syukurrr sgt sgt....


Terima kasih kepada seseorang yang aku sgt sgt sgt sanjungi..

25 November 2010

Aku gila dengan Chocolate Fountain



Korang tau kan ape bende atas ni. heheh.
aku jakun sikit bila nmpak benda alah ni. Teringin nk ada bende alah ni.
Macam style pulak kalau letak dirumah kan. hahaha. Gile!
(nk masuk kan dlm wishlist thn depan la..hahaahh)

Last 2 weeks attend birthday party ank buah mmber aku.
Nampak chocolate fountain. Macam nak sewa bawak balik umah je.
Siap tnye kt mmber aku " Aku nak sewa nnt, agak2 berapa yeh?? "
Tapi dia tak dengar agaknya, tak dilayan aku ni haa...hahaha



Thanks mr google !!


Kalau ada rezeki thn depan nak buat birthday party untuk anak buah aku, nak hire org buat candy buffet. Then, letak chocolate fountain ni kt situ. Mesti budak- budak suka .hehe
Angan2 je dulu. Kalau ade rezeki untuk organizea small party , amin..hehe



kan dah kata, budak2 suke main dgn benda alah ni.hihi


aku jakun. wajib ambik gamaba kt sini :D
lepas ni gi majlis orang lain, tak buat perangai ceni dh :p



Oh ya! if sesapa yang nak sewa Chocolate Fountain untuk baby shower, bridal shower,Bbrthday party,E-day, S-day, W-day korang, tak silap elya few months ago Merisik Gallery pernah advertise dekat blog derang. Korang boleh klik sini untuk tahu dengan lebih detail k :)




eh lupe, ada yg email elya bertanyakan tentang cookies jual lg ke tak. Jawapannye, masih ambik tempahan. Kamu cuma perlau bg tau awal la. Takda ready stock. Suuplier buat fresh from the oven. hehe.
sesiapa nak order dark choc chio and choc chip cookies , boleh laaa email elya : elyaelmo@gmail.com
Refer here to know the details . TQ :)

22 November 2010

Luv almost everything about this.....~


I love almost everything bout Elyana's wedding.
Dari Veil nye, Nikah outfit, reception's outfit, potong cake nye dress...semua laaaa...suka sukaaa....





Dress yang wana maroon ni pun cantik. Idea yang sangat fresh. Songket + Chiffon+ Satin kan?? Teringin nak buat combination macam ni. Mintak bridal butik tu boleh buat nanti. Risau :-s





Persalinan ni pun cantik. Elyana nampak ayu sangat. best nye jadi Elyana. Boleh sanding banyk2 kali...Boleh tukar2 baju banyakk kali.... :)



kawan-kawan,
What we called bunga ross putih yang patch dekat veil nikah and baju nikah tu yeh?
ada sesiapa tahu tak??
Tiba2, nak request tailor patch-kan bunga2 mcm tu dekat baju nikah nnt...hikhikhik.....:D


For more info and pics, pls click here

16 November 2010

Bridesmaid and Maid of Honour : Part 1

Aku masih tercari-cari warna apa yg paling sesuai untuk bakal-bakal bridesmaid and M.o.h di hari persandingan aku nnt...
Kalau boleh biarlah contra dgn family aku and of course aku ingin mereka tampak cantik bila bergambar bersama ku nanti...aku tak mahu gambar mereka bersama ku nanti nampak kusam.

Last month aku came out with this idea... Dengan serta merta aku sms bakal2 bridesmaid aku.....

'
Guys, jes nak mintak pertolongan kalian. Wedding aku nanti korang pakai baju Shocking pink bleh??hehe..nanti aku kasi contoh gamba" (lebih kurang gini laa ayat aku..heheh)


Hot pink..lawa kan?:D

cuba kalian imagine? The bride(cik elyaelmo la siapa lagi :p) pakai white or beige wedding dress and surrounded by bridesmaid yang cantik memakai dress/ baju kurung modern berwarna HOT pink. Cantik kan?? kannn kann??

Tapi apekan daya.....mereka tidak berkenan dengan warna ni? ahahaha....tidak sesuai dgn tone kulit mereka (kata mereka)..
(ok, aku akan cuber cari kaler yg betol2 suit korang k..hihi)

Ape pendapat korang?? Kulit sawo matang dan hitam manis sesuai tak dengan warna ni??(Pada aku cantik jeeee...cube tgk artist2 bolywood, slumber je mereke pakai kaler3 terang...hehe)

Lepas berbincang dgn akak aku, die suggest untuk bridesmaid better pilih warna yang tak terlalu terang mcm shocking pink tu. If aku still berkeras nak warna tu jugak,CONFIRM aku akan tenggelam katanya.huhuhu....

Google punya google, aku jumpa beberapa warna untuk mereka decide. Aku nak mereka tampak manis dengan pilihan mereka.Yang penting lepas majlis aku , baju tu still boleh dipakai semula. Kalau ade rezeki lebih, aku akan sponsor...kalau takde...mintak maaf ye darling2 sekalian....huhuuh
(aku tau korang faham :)


colourful. Cantik!!!
aku terfikir yg ini. mana nak cari kain macam ni yeh??
Imagine semua bridesmaid pakai sedondon.
menarik bukan?




Red
(lepas majlis, kite ambik gamba macam ni yeh...hahaha)



ni merah ape ye ??ni ke magenta ?
cantik jugak






ataupun merah ni.
merah ke-oren-an..hehe



soft purple ni?? ok jugak kan...
rasanya family aku pakai purple, tapi tak sure purple yg mana.
akan ku update.




ada yg suggest silver, menarik jugak.
Tapi persoalannye, dalam album nanti nampak cantik ke tak??
(actually aku kurang gemar sgt dgn kaler ni, takot tak menyerlah dlm album nnt...huhu)


ni peach kan?? Peach pekat...? cantik jugak yg ni.
senang tak nak cari kain warna ni?



I'am thinking shades of pink to use on bridesmaid and my m.o.h .I wanted to keep things pretty light, sweet and nampak soft je. Tak la pening tetamu datang kat wedding kami nanti.hehe.

Pink for MOH or Bridesmaid


Light Pink for MOH or bridesmaid


Nampak perbezaan pink disitu kan??hehe.Tapi, pink sgt common, don't you think people?

How bout peach?Taking peach and pairing it with pink is really quite eye catching. (please ignore the silver colour.haha. asal aku anti dgn silver ni??huhu).Actually, these color combinations always makes an impact!Yang penting kita confident atau tidak untuk pakai color tu.hehe.





if aku buat dinnerwedding, definitely will consider this color.




yg ini cantik.
Tampak lain dari yg lain...
tapi, if wedding di siang hari,takot kepanasan bridesmaid aku.ehe
If aku buat
dinner wedding, this colour will be considered too :D



ape2 pun, if bride pakai white/ beige/ cream, kalau boleh bridesmaid jangan la pakai warna yang seakan sama dgn perantin. Kesian perantin nanti. Hilang seri.hihi Tetamu pun confius, mana satu perantin mana satu bridesmaid kan!!~ hehe



Or sumthing in light blue or turqoise.. kalau his side tak jadi pakai blue or light blue. I highly recommended my bridesmaid pakai kaler-kaler ni di bawah ini. cantik jugak kan kan??








Mana pilihan hati korang??Pasti bridesmaid aku kepeningan nak pilih yg mana..hehe.Mulai dari hari ini korang leh gi survey2 kain k...hihi.

kalau ada yang mahu bg pandangan.sila silaa...and kalau ada yg mahu jadi bridesmaid sy..pun bleh ..you're most welcome..:D


P/S Selamat Hari Raya Aidiladha to all muslims and Selamat Pengantin Baru Ann and Ash. Sorry cant make it on ur day.....Love almost everything bout ur wed :)

12 November 2010

To be confirmed soon~

Ramai sedara , sahabat-sahabat dan kawan-kawan kami malah vendor- vendor bertanyakan tentang tarikh kawen. Ape yg mampu dijawab ialah...'InsyaAllah thn depan..Tunngu kad kami yeh "

Actually, aku pun tak tau bila tarikh sebenarnye lagi. Nak ikutkan memang kami merancang awal thn depan. Tapi apekan daya, kita merancang, Tuhan yang menentukan. Kami redha je. Ini kuasa Tuhan kan. Yang penting kita niat je.

Plan asal nye, family kekasihati akan turun ke KL bulan November ni untuk berbincang dgn lebih terperinci mengenai tarikh wedding and persiapan yg perlu dilakukan . Malangnya,semua orang tahu, banjir besar telah melanda Kedah.Banjir besar ni juga telah mengakibatkan rumah mereka dinaiki air. Nasib baik, mereka sempat lari ke Taiping untuk berteduh.....

Tapi ape2 pun, kesiannn sgtt..aku tak sampai hati untuk bertanyakan perihal kahwin ni kepada tunangku buat masa ini...Lihat raut wajahnya sering runsing dan risau tetang hal- hal family di sana...
Tapi, hati ni tetap meronta ronta untuk berbincang tentang catering, pelamin sanding....nikah outfit...buat di mana...dan macam-macam lagi.....


Tapi takpe, pasti akan ada hari itu....Sabar je elya dgn segala dugaan ni :)


Hopefully, semuanya akan reda dan baik-baik aja..

Ya Allah permudahkan la urusan kami ni...

11 November 2010

Save The Date by CST Production

Hi peeps...

bang bang boooommmm!!!!! ni bukan save the date aku yee....ni Save The Date Elyana dan bakal suaminye...hehehe...
video Save The Date ni by CST Production....
dari dulu lgi aku suke gile tgk Elyana...cantik...style....
style die pun dah agak2 dewasa sket kan..perasan tak???

hmmm....mintak2 laa dapat durian runtuh tak lama lagi...leh aku hire derang buat video kawen aku....huahuahuaaaaaa *verangan verangannnnn*
jum layann video ni....hehehe.....


kepada awek2 diluar sana yg masih single....lepas ni korang leh make a first move k.....

ambik semangat lepas tgk video ni....heheheh..

cheers :)

~psst psst ...CST Production buat contest...sile klik disini . Jum cuba nasib yuk!!!~

09 November 2010

Simple yang Cantik



Hi...4 hari aku cuti....blog pun bercutiii jugakkk...huhuhu.....
Ni nak cerita sket prihal baju nikah aku.....
Planning nak buat baju nikah se-simple macam ni....tapi yg pasti bukan white :D
Malas nak pakai lace dah....
nnt mesti pakainye kejap je.....cth terdekat, aku nye baju tunang.....guna kain lace..sampai skang tak pakai-pakai lagii....
mana taknye, aku rasa, klo pakai lace ni, bila mana pergi wedding yg agak formal ...(ke aku silap??...huhuh)

ermm tgk la, pakai masa wedding dinner yanie kot???ekekekeke

So, nk tnye korang, pic di atas ni, materialnya satin je kan???
tarok sket beads...pasti meletupppp...ecewahhhhh~

02 November 2010

Bandung-Jakarta With Love Day 4

P/S : Entry kali ini agak panjanggg and meleret, sesiapa yg nak gi bandung sila baca sampai habis ye :)

Ini entry basi yang tak berapa nak basi. Maaf dipinta, aku ambil masa yg agak lama untuk update tentang Bandung- Jakarta ni. Lepas ni kiter update pasal wedd preps pulak k . :p

Hari ke-4 hari terakhir kami ronda2 di Bandung.Kami plan ke Tangkuban Perahu. Tempat ni mmg tempat wajib untuk pelancong-pelancong. Awas!!berjaga-jaga pabila kamu sampai ke sana....kerana something would be happen......jeng jeng jeng.....~

Kami menaiki mobil Suzuki. Agak besar sedikit berbanding mobil yang dibawa oleh Pak Rudy hari2 sebelum tu. Sebab, jalan nak ke sana agak mendaki, so mobil yang size besar sedikit paling sesuai.



Kami bertolak awal2 pagi lagi. Cuz kejar masa nak gi tempat lain pulak. Perjalanan ambil masa hampir 1 jam .

Setibanya kami di entrance, penjual tiket bertanya
" Dari Malaysia?"
semua orang senyap jee.... Then, mama bersuara " Iya. kenapa?
"75 ribu satu kepala" (lebih kurang dalam rm25 )
kakak ku bersuara pula " hari tu 25 ribu je"
semua diam..pak supir pun diammm.....then kami bayar je laaaaa....

Menurut Pak Supir management Tangkuban Perahu dah bertukar. So, entrance fee telah dinaikkan. Katanya, jalan sudah diperbaiki lebih rata. Time tu kami tak kesah...as long as jgn die charge mahal2 sgt untuk tourist sudah...Ok, dah dah..aku tau korang tk minat nk tau pasal bende2 macam ni kan...huhuh

Nak dijadikan cerita cuaca ketika tu sgt sejuk, serius sejuk macam kat genting .MAku yang ketika itu pakai jacket pun still rasa sejuk.haha.Maklumlah baru lepas hujan ketika tu.

ATTENTION :(macam nk announce ape je..hahaha)
Satu pesanan dari sy, if ada penjual2 cenderahati datang mendampingan kalian, kalau tak minat, jgn sesekali layan or tanya tentang harga.
Just ignore them,Pls.Mereka mark-up harga gila2 punya!!!Once you bukak mulut untuk tahu harga or watsoever, mereka akan terus follow korang seolah2 force korang untuk beli. Scarry bukan? Ye, itu la hakikatnya yang terjadi pada beberapa org Msia yang kesana. Ade satu cerita dimana, orang Msia yg datang kesana, tertipu dengan harga yg ditawarkan. Bile die nampak dekat Pasar Baru pun ada bende sebijikkk macam yg die beli dekat Tangkuban Perahuu....terkejut beruk die!!!Mana tak nye..beza 6 kali ganda yuol!!!! Gilerr tak gileeeee...so, berhati2 laa k. Jangan layannnnnn!!!!~buatt dekkkk je k.




seee...kami tak tahan sejuk. Sejuk gilee!!!



"tuuuuu diaa tangkuban perahu"


Sedihh sgt..tak nampak tangkuban perahu pun ,cuz hujan renyai2. So, we all decided tak turun bawah. Lagi pun jalan licin kan,bahaya kalau proceed our journey nk tgk tangkuban perahu tu.
Bagus jugak. kalau tak, pasti terbang
200 ribu rupiah ........~FYI, sesiapa yang mahu lihat tangkuban perahu dengan lebih dekat, harus bg upah untuk tourist guide tu. Better ask Pak Supir to ask their rate. Since, kadang2 the rate might be diff (depends on the tourist guide). Kalau dapat yg ok, pasti murah!



Tangkuban perahu
Thanks mr google :)




lastly, we all snap few pictures dekat sini je buat kenangan.


Hampir satu jam lebih disana, kami decide untuk pergi mengisi perut....... Plan asal, ingin lunch di Restaurant yang tak berapa jauh dari Tangkuban Perahu tu. Reastaurant yang membelakangkan sawah padi dan air terjun. Malangnya masa sangat mencemburui kami (cewahhh, ayattttt..hahha) kami terpaksa kensel plan tu, terus je ke bandar, cuz kami sangat kejarrr masa. Banyak tempat lain tak pergi lagi. On the way kesana tu,saya nampak ini ,

Menarik tak?he3

Dekat Kl ada org ambik tempahan buat seperti gamba diatas ni tak?
Saya suka idea ni. masih mencari siapa yang boleh menerima tempahan buat mcm ini.Boleh letak dekat luar dewan atau pun dekat luar khemah.
Then, Pak Rudy singgah ke
Kilang membuat susu segar dan yogurt . Kami ape lagi, pekena sebotol 2-5 botol susu and yogurt.




Kilang susu



yogurt durian.
kau pernah rasa tak??:D



Yogurt and susu segar, taste sgt sedapppppppppp, seriuss!!!


Actually, sepanjang jalan macam2 benda yg interesting kami jumpa. For example, kakak saya mmg hantu nenas. Dari jauh die dah pesan kepada Pak Rudy untuk berenti di gerai menjual nenas tu.




comey2 je nenas die kan


kakak sy borong 2 bijik nenas untuk dimakan di dalam mobil.


Lunch kami disini. Memang kami tak boleh dipisahkan dengan masakan Padang. Di mana2 pasti akan dicari :)


Tips makan di restaurant masakan Padang/Minang :
If korang dah sentuh/usik lauk yg dihidangkan itu. Pastikan korang makan sampai habis. Kalau tak habis or tinggal separuh,mereka still akan kira harga sama. So , better habiskan je lauk tu.And makan lauk yang hendak dimakan je.Paham kan??:D




In parfume
In parfume ni tempat jual perfume original. Tempat ni kiranya menjual banyak pati perfume branded macam one drop perfume yang korang guna tu. Masuk2 je, kedai ni,memang full house. Beratur orang tengah tunggu turn.

seee...kan dah kataaaa..ramai kan

dah macam makmal sains kan?ha3



Catalogue, kamu cakap je, kamu nak pefume ape. InsyaAllah ada.



awek ni sgt cool kan? dah la cantik, pandai buat experiment perfume lak tu....kekeekek



mereka seperti ahli sains.Tampak hebat!!kejap je.....settle
.



TADA!!!!

Perfume di In parfume ni sebijikkk macam perfume yg korang pakai skang :D.kami borong hampir 40 lebeh botol perfume.and dapat 4 botol perfume free,sebab banyak sangat beli. Tapi, bear in mind, klo korang nak beli banyk2, pastikan jgn kantoi masa di airport k! Tak pasal2 kene charge extra tax nnt
Oh ya lupa!harganya 30ml Rp35,000 (lebeh kurang RM10) and 100ml Rp60,000 (RM18++). Murah bukan? So far, perfume2 yang kami borong ni, tahan!senang cerita sebijik la macam yang original nye.:D
Kalau ada yang plan nak gi
Bandung dalam masa terdekat ni, korang try bawak botol perfume yang kosong, and gi In Parfume re-fill. Bolehhhhh je :)


Setelah selesai semuanya, kami ke Kartika Sari. Tempat ni wajib singgah!Selalu orang akan beli cheesecake, brownies, and most wanted PISANG MOLEN



tempting kan?

Pisang Molen :
isi dalam cheese + pisang. Nyummy!!!
(maaf pic tak berapa clear)



Lepas tu singgah pula ke Amanda Brownies.Tidak jauh dari Kartika Sari.Brownies disini agak murah berbanding Kartika Sari.So, better beli disini je :) Harga dalam RM7 macamtu la.


Dah settle semua nya, kami pun pulang packing barang......~ yang lelakinya pulak, keluar jalan2 dengan Pak Rudy....nak tgk" keindahan malam di Bandung". jeng jeng jengggggg~(mereke pi tgk kupu-kupu malam :p)

Ini laaa serba sedikit percutian kami di Bandung- Jakarta. Had fun la jugak.he3.....

Day 5: Pulanggggggggggggggggg ke Tanah Air :D


Di sini, elya attach kan no telefon Pak Rudy , recommended .Baik je. tak berkire sangat. Ada sekali tu, dia bwk abg ipar, adik elya and tunang elya jalan2 di Bandung pada waktu malam. Lepak di Restaurant ST12.( ST12 ni Indonesia band). Rugi tak follow time tu.
Last day kami pulak, die tak charge langsung transportation, since kami gerak pagi kan. So, kire halal je katanya :).Overall dia mmg baik la....Boleh nego.....~

Kalau korang nk try sewa mobil die,korang mention je nama kakak Elya, "WIDIA". Dia kenal, and cakap WIDIA yang rekemenkan. InsyaAllah die kasi harga best2.....~
Pak Rudy : +6281316299229




Bandung-Jakarta With Love
Bandung-Jakarta With Love: day 1
Bandung-Jakarta with Love : Day 2
Bandung-Jakarta with Love : Day 3



Sesiapa ingin mengetahui Tips2 lain nak ke Bandung-Jakarta atau ape2 aje laa....boleh email elya elyaelmo@gmail.com . InsyaAllah elya akan cuba share .hheheheh.