31 December 2010

Bengang dengan sorang Vendor

Beberapa hari ni ada konflik dengan sorang vendorr ni....
takde laa konflik sgt, it's just aku tak dapat nak byr deposit dekat die untuk block date tanda jadi. korang paham ape aku maksud kan?hehe

Al-kisahnye, kami memang suka tgk video die...
Suka sgt2, harga pun boleh tahan. Sesuai dgn kualiti product dia.
Tapi satu je aku tak suka. Marketing skill die kurang. Pendapat aku la.
Die dok push push aku byr deposit dulu untuk block date. Padahal aku tak pernah jumpa die lagi pun.

Being a professional vedeografer, kamu haruslah bg peluang potential client kamu untuk berjumpa and bersua muka dulu. Btol kan? Then baru decide untuk byr deposit atau tidak....

Katanya, ada orang bertanyakan tarikh yg sama seperti aku.
That's fine.

Aku cakap elok2 and jujur dgn vendor tu ,
if ada rezeki kami dgn XXX , ada la. Kalau tiada, kami redha. Lagi pun kami memang takde duit untuk byr deposit hari ni.

Frankly speaking, hasil kerja die mmg superb!!! Kalau sesiapa yang nak cari vedeografer ala ala style CST, boleh laa hire die ni. Harga die pun murah sikit dr CST. Idea memang fresh. Tiptop...Memang recommended la.

Once korang dah minat dgn kerja dia, kene cepat2 jumpa and terus bg deposit k!!~

So, vendor2 diluar sana, sila bertolak ansur dengan potential client korang. kadang2 hal2 kecik macam ni, potential client tiba2 tak berminat nak deal dgn kamu. It's not about money that you quote, it's all about attitude towards the client. That's it. (ececeec...cam pandai sgt pulak aku kan!!)

itu jeelaa kot...~

psst pssstttt....tadi gi jumpa videografer (member abg ipar) untuk bincang....tapi tak byr deposit lg... Alhamdulillah berkat kesabaran kami, jumpa jugakk yang kami mahukan :D



P/S : Entry takde laa bengang sgt pun kannnnn..ini bukan entry nk kondem sesiapa yaaa :P

29 December 2010

Selesai Sudah Ujian HIV dan Talesemia

Update terkini ialah....saya sudah buat Ujian HIV.Yeay!! Sebelum tu jum recall entry saya beberapa hari yang lalu [klik]

Dah alang-alang nak perabehkan cuti, saya dan si dia cuti pada hari isnin yang lalu.Memang kiterang plan nak settlekan pasal Dewan, HIV Test, Borang Nikah dan Pelamin pada hari tu. Alhamdulillah semuanya settle. Settle means, vendor dah blocked tarikh untuk kami , tapi depositnya kami tak dapat nak bg semua la. InsyaAllah bulan depan pulak bagi sikit. Then, bulan2 seterusnya sikit sikit ~


Tingkat 9 di Menara PGRM

Kita lompat cerita tentang HIV Test dulu ya. Seminggu sebelum, aku dah buat appoinment di Klinik Kesihatan Cheras. Fyi, dekat Cheras ada 2 klinik Kesihatan, satu di Menara PGRM lagi satu di Bandar Tun Razak. Kami gi dekat Menara PGRM ,tingkat 9, sama tempat dengan Sk Adam hehe. Tiba disana jam 1.45 ( appoinment pukol 2, awal kami sampai..hehe) ,terus dibagi 2 keping borang untuk diisi and bayaran sebanyak RM1 sorang. Murah kan? klinik kerajaan maaaa :p





Tiba saja giliran kami, kami terus masuk ke bilik Kaunseling. Since hari tu ramai yang buat appoinment, kaunselor tu
(person yg incharged untuk bg briefing) terpaksa buat 2 group.So that cepat sikit habis. Frankly speaking, aku agak nervous jugak la nak tahu result HIV test ni. Tak tahu napa nervous...perasaan tu dtg secara tiba-tiba ..cewahhh huhu~

Kaunseling tu took about 1 hr to finish. Then, dah habis, die cucuk jari sorang2. Tak sampai 5 mini , dah dapat result and tunggu kat luar untuk dapatkan salinan
KUNING untuk diberi kepada Pejabat agama nanti dan Salinan merah untuk simpanan sendiri.
Alhamdulillah, resultnya,
negative-HIV. hehe.


Yang kuning tu Harus diberikan kepada pejabat agama k. Yang merah tu, simpanan sndiri.



see, ada line di C tu. kalau ada line di T tu, maksudnya HIV.-reactive Kena masuk lagi satu kaunseling untuk pengesahan sama ada org tu HIV positive atau tidak. soalan kaunselor tu kpd kami, " If korang didapati HIV positive, boleh kawen tak?"
haa jawab2 cepat!!! (kami dh tahu jawapan...haha)

Eh,Korang ingat tak aku pernah cakap di entry[klik] sebelum ni tetang Talesmia? Nasib baik aku sampai awal, habis pun awal. so dapat la buat ujian talesemia. Kalau Ujian HIV cucuk di jari, Ujian Talesmia cucuk di pelipat siku.Kalau korang tak sempat buat pun takpe. Kalau nak buat, sila datang awal 30 minit seblum appointment,so that banyak masa nanti.hehe

And resultnya, darah kami normal :) . If tak normal, dierang akan hantar darah tu ke HKL atau Hospital ape ntah
(lupe) untuk buat kajian selanjutnya. Result akan dapat dalam masa 3-4 bulan..


suntikan talesemia


darah tu dihantar ke makmal



tak sesak pun..heheee~

Before kol 4 dah settle untuk 2 ujian ni. So, kalau korang nak cepat2 settle. gi awal k. So far ok la, staff pun tak sombong...~
ni no phone
Klinik Kesihatan Cheras 03-92839020


to be cotinued ~ :)

p/s HIV test ni valid 6 bulan. sesiapa yang free skang, boleh la pergi dulu. lepas gi kursus kawen, cepat2 settle kan yg ini pulak :)

26 December 2010

Hunting For Kain!!

Hi peeps!!

Semalam orang dok sibuk celebrate krismas, aku ngan mama awal2 lagi dah keluar.Plan nak gi Jalan Tar soping Kain Nikah, kain untuk family. Pagi2 kol 11 lebih dah sampai. Sib baik tak sesak jalan Tar. Ramai orang balik kampung kot yeh?

Firstly, kiterang gi jalan kat
City one Plaza,sesaja jalan2 la. Nak tgk ape yang menarik. Masuk2 je, ramai kedai2 india. Terasa macam di India ketika tu. Serius, susah sangat aku nak jumpa orang melayu kat situ.haha. Then, tak sampai 30 min, kami ke Semua House pula. Aku jumpa kedai jual Kerongsang kat bawah ni. Lawakan? dah lama aku cari. Online jual almost RM70. Alhamdulillah yang ni murah.berbaloi aku beli,tak sampai RM50 pun :D


Then,Nampak pulak
Habib tengah sale. Pe lagi, masuk je dalam tu. Buat gaya konon2 nak beli, padahal sesaja tengok2 je. Mana yang aku minat, aku cuba. Nice price. Cantik. Sadly, harga mas dah naik, compared to masa aku beli cincin tunang last few months. Dijangkakan thn depan, akn naik lagi. huhhhhhhh!!!

Then, kmi keluar, jalan2 lagi. Gi pulak ke
Nagoya, bajet boleh dapat kain2 yang ok untuk family members. Malangnya takdak! Kami keluar dgn hampa nya. Jalan2 sampai ke SSF. Tengok2 dalam tu, kot2 jumpa barang2 untuk deco bilik pengantin. Dengan muka slamber nye aku tnye dgn SA kat sana, " Barang apa je yang Sale ye?? " " Eh kak, Sale dah lama habis dah 12 dec hari tu ...."kata SA tu
hahaha, time tu aku maluuu jugk laa...ye laa confident je tney kann...dengan kecewanya kami pegri ke Gedung Gulatis opposite SSF tu. Hampa lagi, takde offer best2 pulak kat sana!!!

Akhirnya,
Jakel jugak la menjadi pilihan . Bukan ape, aku dok dgr2 orang kata Jakel mahal, Jakel nye SA paksa2 orang beli, tu yang takot nak beli. Tapi, bagi aku,memang dah takde choice dah . beli je la, selagi ade sale ni. haha. Kang dok tangguh2 nak beli, last2 takot takde dah offer yang best2 kan. On the way gi Jakel, nampak Budak kecik ni teman ayah dia jual bakul anyaman. Tiba-tiba aku terasa sesuatu.......*missing my daddy so much *




Alkisah, dari planning nak beli
Chiffon Plain, last2 TERbeli chiffon beaded jugak. Aku buat calculatin, beza tak banyak sangat pun.Alhamdulillah , rezeki kan. Aku memang puas hati sangat2. And credit to SA tu. Kak che Nor, sangat baik, sangat bersabar dengan karenah aku yang sangat cerewet ni. haha. If korang nak bel kain, sila cari SA ni, dia selalu dekat First Floor.
Ha,kain yang beli dekat bandung tuuuuuuu....ermmmmm, simpan dulu laa kottt, ada cerita disebalik kain tu...huuhuh~


Ni 1st trial aku. Alkisahnya, kain ni macam ramai yang suka. Asal aku letak dekat badan, pasti ada je orang yang minat dengan kain tu. haha. Kain ni,dalam gamba memang nampak mcm kaler oren. Bila tgk real, seriuss sangatttt sweeet peach ni!!Dengan beading2 nye yang sngat bling bling. Menarik la!! Tu yang ramai minat kot.Lining pulak pakai kaler light yellow , tu yang nampak wow!! Ok kite close-up yee....



Cantikk???ala ala sari gitu!!haha
Gune Hp snap gamba. So, gamba ni nampak biasa je, tak nampak wow pun :p


Second trial, SA tu guna lining kaler cokelat nescafe(nescafe?haha).So, nampak agak light kaler disitu. Tapi,nampak sedikit lari sikit kn, if lelaki pakai kaler cokelat nescafe tu. btol tak? Ape2 pun, ni bukan laa kain nikah aku ye ,harap maklum ..hihih~


At first memang aku suka gile dgn kaler peach tu. Memandangkan, beli kain mahal2 kene la puas hati kan.Masa kakak tu tgh measure kain tu and ready to cut kain tu, Aku pun dok godek2 la kain2 atas meja tu. tiba2, aku nampak kain yang sangat2 menarik perhatian aku di timbunan kain disitu (gamba diatas). Aku ape lagi, terus tarik kain tu.Ngam2 tinggal 4 meter katanya. And finallyyy!! Aku suka, mama pun suka.....

Kain itu laaa menjadi kain nikah saya dan si dia...hehehe.InsyaAllah...

jeng jeng jengggg..rahsiaaa~
gamba terpaksa di-black n white kn :p


Lebih kurang kol 4 time tu, we had our lunch at KFC. lapa gile. Kaki macam nk patah dah. tak laratttt!!! Sian mama, sakit2 pun, teman jugak akuuu..ermmm Kasih seorang ibu kan.....~

Lepas makan, sambung jalan lagi. Masuk Gulatis opposite Globe tu. Tiba2 nampak orang dok kerumun semacam je. Gulatis Lelong kain RM15. Dengar je RM15, aku and mama pun join sekali berhimpit2 rebut kain lelong tu.hahah.Serius lawak!! Bayangkan mama semangat gile .

Aku sama dengan je dgn makcik2 disitu..haha


And we bought 15pcs Kain yang berharga RM15!! Happyyyyyyy...haha~



Yeayyy!! Minggu ni dah bleh update Checklisttttt.

P/s Korang , sila lah pergi ke Gedung2 kain di Jalan Tar, boleh tahan jugak sale nye disana!!

Nanti kite update wedding Liyana SCR lak yeh :D

23 December 2010

Wedding BBF : Syazana Aqilah

Minggu lepas kekasihati bizi . So, aku ajak bestmate aku teman gi wedding Syaz di Ampang .. Senang je cari rumah Syaz. Kami sampai agak awal cuz nak gi Spa[klik] lepas tu. hehe. Mana yang lain yeh?? Aku tak nampak pun koranggg!!??? (marah marah niiiii~). Apa -apa pun rugi korang tak datang!!! hahaha:p

Sampai2 je, terus gi ambik nasi, lapar sangat2. Sambil-sambil tu aku sempat snap beberapa keping gambar.


memang trend letak easel stand kan?


cantik arch ni. Dibaluti dengan kain organza ke?


meja beradab sgt meriah! warna Oren ~


cake-cutting corner
Ada puding mangga disitu.hehe

Banyak benda yang menarik kat wedding Syaz ni, setiap meja lain lain centerpiece. Tapi aku sempat snap satu je di meja aku. Tak dan nak snap centerpiece di setiap meja. haha. Segan dowh!! Ni pun, aku dok snap snap gamba kat sana, orang dok pandanggg je aku. Dah macam gaya Photographer!!haha...~

centerpiece

Lepas makan, aku terus masuk umah untuk jumpa Syaz. Sebelum tu snap gamba pelamin . cantikk sangat. Putih + Kuning kot? Lighting tu telah mengaburi pemandangan ku.hohoh~


aku suka benda yang terjuntai juntai tu. Apa nama die yeh??

Pastu , dengan selamba nya aku naik atas terjah bilik Syaz. Kelihatan OP syaz sedang amik gamba2. Tapi, aku tak kira, sebab nak cepat, minta izin jugak untuk amik gamba dengan syaz untuk tatapan korang yang tak dapat hadir. hehe....~

Syaz yang berseri-seri ~

Gambar wajib bersama perantin

kami tak sempat tunggu pengantin berarak.sebelum pulang, sedikit ucapan untuk pengantin.hehe.
Comel je guestbook corner tu. Tapi, syaz tak guna buku....~


gigih menulis~

tadaaa!!!!!!
letak dekat
wishing tree~


see!! sangat menarikkkkk kan~
boleh considered as
photobooth disitu.
Tapi aku tak ambik gamba pun kat sana, takde genggggg....hiihik


Ok itu jee!!! More pics di FB...hehe

21 December 2010

Ujian HIV dan Talesemia

Yeay dah buat appoinment untuk buat ujian HIV di Klinik Kesihatan Cheras. Since, HIV test ni valid sehingga 6 bulan, so better buat cepat cepat..~

Mintak2 cepat settle. Lepas tu nak gi jumpa vendor2 yang lain pulak. What a hectic month...nak kejar promotion price punye pasal....wuhhhhhh~

Eh, siapa pernah buat Ujian Talesemia??Orang kata, kalau dah alang alang buat HIV Test, buat Thalessemia Test jugak .Aku nak buat, tapi staff tu kata boleh walk in je pagi-pagi, takleh buat appoinment katanya. Tapi, leceh laa pulak, buat nye ambik masa yang lama...habislah appoinment2 aku dengan vendor yang lainnnnnn.....

Siapa dah pernah buat ujian tu? sharee plssss

Klik sini untuk tahu tentang Thalessemia

Berkongsi Itu Menjimatkan~

Hari tu, before kami tunang....aku berangan nak buat Garden Wedding di Tasik Permaisuri, sepeti disini [klik] atau pun di Denai Alam . Lepas engaged, aku terus call DBKL untuk book tasik tu. Nasib baik bayaran pendahuluan tak diminta ketika itu.

Tapi, kite hanya merancang, Tuhan yang akan menentukan....October lalu, tiba-tiba kedua pihak suggest untuk buat 'share' wedding. Pada mulanya, aku agak keberatan jugak la dengan rancangan ni. Yela, aku impikan english wedding, kekasihati cenderung ke arah kemelayuan. Aku ambik masa seminggu jgak la untuk fikir baik buruk 'share' ni.

At last, aku setuju...... lebih banyak kebaikan dari keburukan. Aku dah buat calculation aku sendiri, share ni sangat menjimatkan!Salah sorang harus beralah untuk kebaikan bersama.Lagi pun, kawan aku kawan dia jugak, kawan dia kawan aku jugak. Pi mai pi mai tang tuuu......hehe....

Pada aku nak mendirikan rumah tangga ni harus dahulukan mak bapak kita, dengar nasihat dan pandangan mereka. Mana pandangan mereka yang kita kurang bersetuju, kita cuba berbincang elok2. InsyaAllah, mak ayah kiter boleh toleransi dgn kita :)

Jadi, kami telah bersepakat untuk buat Sekali sahaja Majlis Bersanding. (so, datangg yeee semua :p)Bukan di Tasik, bukan di Denai Alam, tapi di Dewan between Puchong dan Cheras. jeng jeng jenggggg~ (nanti elya update kan k!!) . Semua bersepakat buat di dewan, senang nak handle. Kami impikan wedding yang sederhana and simple. InsyaAllah. Kami mahu berjimat. Kehidupan selepas kahwin lagi memerlukan banyak duit.....~

Moga dipermudahkan dan dimurahkan rezeki . Doakan kami....~



P/s Tak sabar nak gi
Garden Wedding Lynda..~

19 December 2010

Tajrii Spa @ Taman Melawati

Orang kata, kalau nak kawin ni kene rajin gi spa...kene rajin gi facial.Aku tak tau, orang kata :p.

So 2 bulan lepas, aku dah start rajin2 kan diri ni gi facial and bulan ni rajinkan diri gi spa pulak . Perasaan excited and nervous. Mana taknye, first time gi spa kat KL ni. Normally gi spa di luar malaysia je..ececece.hihi.
( bukan negara omputih pun...takat indonesia and thailand jee, tu pun nak kecoh kan!!haha)

Aku gi ngn bff aku. Kebetulan aku chat dgn die, burak2 pasal spa.Terus decide nak pergi esoknya. Dengan pantasnya buat appoinment dgn Tajrii Spa. Ok, nasib baik tak full lagi
(kami buat hari sabtu). Actually, dia pun dah lama teringin nak gi Tajrii Spa. Review ok, ramai yang puas hati. Lagipun mereka masih baru, tak sampai setahun and harga pun murah compare spa-spa yang lain.

Esoknya lepas gi wedding Syaz, terus shoot gi
Tajrii Spa di Taman Melawati. Senang je cari, ikut MRR2, bila sampai satu simpang 4 dimana giant di sebelah kiri, kanan ke taman melawati. So, Spa ni dideretan kedai2 di situ. Dekat dengan Bangi Kopitiam and Supermarket UO.



Landmark : Supermarket UO


lepas jumpa UO tu,korang cari banner ni dekat area situ gak. Pastu, naik tangga tu.
Agak baru jugak kawasan tu.


tadaa!! dah sampai.


Muslimah Spa.
Hanya untuk kaum hawa saja ye.
ada 2 staff. mereka adik beradik yangs angat lemah lembut.

nampak gamba mcm menyeramkan kan?? haha
jgn tertipu ye, sebenarnye sangat menyamankan. camera effect tak cantik tu.hehe
cuma sesekali kedengaran bunyi construction diluar (
kawasan baru kan)



We chose package Spa for Two : Tropical Paradise (2hrs). Promotion price, RM 280 untuk dua orang. Package tu consists of body sauna theraphy, Aromatherapy, massage+relaxing aromatherapy eyepillow, body scrub, milk bath and ginger tea. Actually nothing special, sama je macam Serinity Spa. Bezanya cuma kat sini murah, lebih dekat and selesa (menurut bff aku). And FYI, spa ni tengah buat promo (tak tahu sampai bila). Kiterang just byr RM 100 untuk membership je. hehe. Berbaloi kan...hehe.....~


kami buat
body sauna disini, selama 15 minit.
credit to: Tajri Spa


after sauna, kiterang ditempatkan dalam bilik khas untuk massage, scrub dan milk bath.privacy gitu.
Masa mandi susu tu, ditaburkan pula dengan bunga2 disekeliling..besttt~

credit to : Tajri spa



ada tempat untuk menunggu dan rehat


resit kami. just bayar
rm220 je.
Oh ya, lupe pulak...ade extra charges untuk bunga RM10.hehe.
mandi susu + bunga. Ala ala mandi bunga gitu!!ekekek.....~
Untuk naik seri katanyaaa...ikut jee laaaa kann......~
Kami hanya buat suka-suka and release tension...hihi


Mereka jugak menyediakan service untuk Facial, Pre Natal Treatment, Post Natal Treatment,Pedicure and Manicure, Theading etc. Overall ok laaa, sesiapa yg tengah mencari spa yang tak berapa nak mahal , di sini boleh tahan murahnya. silalah pergi ye....hehe...~

Facebook : Tajrii Spa

p/s : kalau nak pergi sana, sila bagi tahu elya roza yang recommend kan yee :)

Baby Year End Warehouse Offer at Giant Taman Connaught


Lelong lelong lelongggggggg!!!!!

Kali ni aku nak promote Baby Year End Warehouse Offer at Giant Taman Connaught, Cheras.

Ye! aku sangat suka pergi ke warehouse sale barang2 keperluan ni. Lagipun, dekat je dengan rumah aku pun. Tak sampai 30 minit dah sampai. Kalau rasa2 nak pergi tu, sila kan. Hari ni last day. Dari kol 11 pagi hingga 9 malam. Lagipun, tak semestinya nak beli barang-barang baby mesti kena ada baby dulu. Kalau korang nk visit kawan2 or sedara mara yg dalam pantang pun, boleh je beli barang2 kat sini as a gift kan. Aku tak tipu, offer dekat sini boleh tahan berbaloi laa... bayangkan, harga set babyborn Disney pun bawah rm50 (original price from RM59.90- RM 69.90). Barang-barang lain seperti baby cot, baju2 baby, toys untuk baby...everything about baby semua ada disana.hehehe....


total lost : less than RM200.



kakak aku beli benda alah ni.
Untuk mengajar anaknya bagaimana hendak u uuk (buang air besar..hehe)

ni rice cooker untuk baby.
Senang untuk masak bubur nasi baby.
RM 70 je.

nah! dah masak bubur nasik baby!! Sedia untuk dihidangkan.hehe
Sebelum guna sila rendam periuk yang warna putih tu ye.

Ok!! sila pergi sekarang!!hehe



Nanti aku update tentang, Tajrii Spa dan wedding Syaz k :)


p/s Mega sale waktu yg sesuai untuk membazirkan duit :p

17 December 2010

Marion Caunter- Akad Nikah Dress by Rizalman


Tahniah buat SM Nasarudin dan Marion Rose Caunter di atas pernikahan mereka. Cantik sungguh sentuhan Rizalman . Korang layan aje pic dibawah ni k. Kalau nk tgk lagi, bleh tgk di FB Rizalman



lihat perincian di baju nikah Marion. Serius cantik !! dengan rose patches tu.
Aduhhh....melted~


manisss nye marion..


veil cantik...
agak2 klo suruh tailor baju nikah or
Koleksi Vispera buat mcm ni, mahal tak charge nye??huhu


p/s ape nama islam marion yeh??

PROMO -Subhi Karim Fine Art Wedding Photography

Hi babes!!!

Subhi karim a.k.a abg berx is doing a promo for outdoor photoshoot. ONLY for RM500 je!!!!Booking period anytime and shooting period start from now till Feb 28 2011. This is more like a two hours of fun shoot with some romantic touch.Menarik kan!!tapi tak bleh laa lebih-lebih touch .haha.

Korang boleh guna this promo untuk buat Pre-wedding shoot. But, ada terma dan syaratnya ye.No heavy dress, details and props.hehe. Cepat contact abg berx!! promo best niiii...hehe





Gorgeous couple out there, wanna freeze your day-out moment?
Grab this special photography session of fun-unconventional-couple-portraiture-sh
ootout session from now until 28 February 2011.
Your photo is automatically eligible to enter a contest in this page
(to be announced during the period) and have a chance of receiving a
Photography Package + Album by Subhi Karim.


Terms & conditions:
1. manner : casually-done-love-portraiture
2. unlimited shoot and burn with CD
3. Free touch ups / editing
4. 2 hours shooting
5. location klang valley & putrajaya
6. weekdays only
7. RM250 for confirmation fees.
8. shooting period from now until 28 Feb 2011
(subject to change depends on the availability and total participants)


source : Subhi Karim




p/s banyak sgt promo ni. Pening aku nk pilih OP .ape2 pun,sy suka artwork abg berx!! tone color cantikkk~

16 December 2010

Borong kasot hantaran di Clarks Warehouse Sale ( Corus Hotel)




Hi peeps!!

Semalam till esok ada
Clarks Warehouse sale(Dec 15 - 17, 10 am- 6pm). Since aku memang dah lama tunggu saat2 ni, ape lagi...pagi2 sms kakak HR a.k.a kakak account , kata aku Half Day EL. Gerak dari umah pukol 9.30 dengan akak aku.Nasib baik die baik hati nak temankan aku, dengan syarat, parking aku bayar hhi.Takde hal la kan :)

Sampai sana dalam kol 10.15 pagi. Parking dekat sebelah Corus Hotel. Sejam RM 3. Yeay murah!!haha.Masuk2 Corus hotel, terus terjah dewan tu. Nasib baik tak ramai orang lagi. Serius!! Aku macam orang gila. Happy sangat, macam nak borong semua jee . Stock baru u'oll!!! Worth to go...:) Tapi size aku banyak yang tak ada. Macam aku, Vincci pakai size 9, untuk Clarks aku pakai Size 7, beza banyak jugak kan!Syukurr sgt2 dapat la aku borong kasottt Clarks. Nak beli masa takde sale, mahal kan!!haha. So, just borong 2 pasang. Jadi la kan dari tak ade :)



See, berebut2 org pilih tau.




ready to pay!!yeehaaa..
kami ambik masa
30 minit je borong 3 pairs kasot dewasa, 2 pairs kasot baby.hehe. Hebat tak?



Kol 11 pagi, dah nak start ramai.
Lebih baik gi awal2, tak berebut dengan orang.



Kasot aku dan uni sama :D
Flat shoes yg sgt selesaa!!serius.
Hijau pulak tu? kau ada tak??haha
Original price, RM258.After discount, RM150. berbaloi la kan
Nak dijadikan cerita, masa aku beli ni ada sorang awek ni pun dok usha kasot ni jugak. Size kaki sama dengan aku. Masa die tnye, size 7 ade lagi tak. SA kata,
"sorry sold out." Lepas 5 minit, aku pulak try luck aku, tnya dekat SA yg lain ( tempat yg sama). " Size 7 pls". Tibe2 adaaaa size 7!!!Rezeki aku kan....Tapi,kesian ngn awek td, die pandang je bile aku dapat size 7 tu.....huhu.(sorry yee awek :( )
So korang, if nak puaskan hati kan, tanya bnyk2 kali dekat SA tu. Kadang2 takot die pening, bila org tanya, dierang dok kata Sold out..sold out. Padahal, malas nak cari.haha




Ni kasot untuk awra. Murah !! RM70 and RM60 je.
Original price, almost RM200



Saya sudah jumpa kasot hantaran saya. tak banyak pun. only one pair people!!!wahahahah....
Kasot idaman sudah dirembat orang disana.....wuuuuu:(
Takde laa, size takde sebenarnya. Kaki Gajah kan.huhu.
Tapi, yang dibeli pun not bad jugak. Suka sangat!!
Murah pun murah, Less than RM200. Original Price almost RM300.
Alhamdulillah. Rezeki kan.
Happyyyyyy :D

So korang!! sila pergi k!!! Clarks mmg selesaaaa.....Tahan lama. Esok last tau. Kalau tak tahu dekat mana Corus Hotel, dekat depan Pelita Jalan Ampang. Pergi pagi2 tau.....Kalu tgh hari, takot kene Q panjang.......~

till then...selamat bershopping :)