10 January 2011

Nak Tahu Kenapa Ana Raffali Juara AJL25?

Ok....agak terkejut jugak dengan keputusan AJL tahun ni....
Ape-ape pun tahniah kepada pemenang, rezeki kamu semua tahun ni. Lepas ni tanggungjawab korang sgt besart, kena bekerja dgn lebih keras lg....~

Actually aku tak expect Ana Raffali jadi juara. Tengok performance dia pun aku macam tak best je at first, macam tgh buat magic pun ada.Yang kelakarnye, ade orang cakap ' Ana rafali ni pakai baju mak die ke' hahah. You know who you are...haha

Ramalan aku:
Tempat pertama: Faizal Tahir
Tempat Kedua : A.P.I
Tempat Ketiga : Sofia Jane
Persembahan terbaik :Faizal Tahir, Hanyut
Vokal terbaik : Black


Nasib baik Faizal Tahir menang persembahan terbaik, tak sia sia die terjun dalam air tu.....
And tak sia sia jugak gimik hafis tu...sgt menjadi!! Menang jugakkkk kan~

Keputusan AJL25

Tempat pertama:Ana Rafali ,Tolong Ingatkan Aku
Tempat Kedua :MUH & Black ,Drama King
Tempat Ketiga :Hafiz ,noktah Cinta
Persembahan terbaik: Faizal Tahir ,hanyut
Vokal terbaik:Hafiz

Ape ape pun, tahniah la pada Ana Rafali. Memang ramai yang takleh accept diatas kemenangan nya, termasuk aku. Agak terkejut jugak laa dengar keputusan tadi. Ana Rafali sendiri pasti terkejut, betol tak?Rasanya tak ramai yang tepuk kan? Tapi ,siapalah kita untuk mengadili keputusan juri kan.

Bila diamati lirik lagu ni, agak menarik susunan kata kata disitu.Cuba korang hayati liriknya.....ermmm

Mungkin juri lihat ada kelainan dari segi lirik and susunan muzik , siapa tahu kan?Dari segi vocal, agak out la kot...huhuhu

Semoga tahun ini permulaan yang baik untuk Ana Raffali ...Cantik pun cantik. Ada package la senang citer...ewahhh, pandai plak aku.~


Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita






p/s : Tahun depan sila tukar pengacara AJL. Rasanya tak payah ramai-ramai sangat kot...semak!huhuuuuu~

15 comments:

cik syahira said...

assalamualaikum dear.

after baca lirik lagu dia yang puitis tu, saya rasa memang dia layak la. psst.. saya pun update ttg ajl25 juga. hi3x

Syima Syaz said...

elya..
lagu sekarang ni lirik main hentam je.tak kisah lagu tu sedap atau tak, tang lirik biasa-biasa je.kalau dulu lagu2 dia mcm pantun atau puisi..kalau dihujung ayat huruf 's', 1 perenggan huruf 's'..rasanya KRU still ada identiti ni..
lagu ana ni tak direct tapi puitis..
cuba banding lagu lama then dengar lagu baru...u can see the diff.

thats my opinion je...=)

Xora said...

tak kisah sapa menang asal bukan Yuna :P heheh.. tapi baju ana yg pertama warna putih tu cantik, yg merah tu, terlalu besar utk badan dia, tapi dia still cantik.

suka p.s kamu tu. mmg pun. asyik2 antara pengacara saling ejek mengejek psal ketinggian la, psal bahasa inggeris la. so dah basi. ocan la saya/

♥ dak pink said...

huhu. nak wat cemane dah rezki dia. hanya juri je yg tau sebab dia menang.

tang vokal, ana mmg out sgt2.

MY said...

yup.. nasib FT menang.. hampeh ja tgk.

Nurul Huda Jumri said...

i pon tk sangka Ana Rafali yg akn menang...pape pon, tahniah la kt die..rezeki die kan.. (^_^)

lovelyadibah said...

aku pun xpuas hati elya..adoihai..sabar jela..

hana yoriee said...

sape yg nak dibuang antara 3 emcees tu? hehehe

~ mizzAmy ~ said...

ha'ah lah kan. lirik dia mmg puitis. i don't like the song so tak dek lah tahu sgt pasal lirik lagu tuh. bunyi mcm ulang2 the same lirik je.

PurPLe LaDy AiFA said...

ohh i was complaining pasal emcee tu sejak dieorg mula bercakap malam td.. OUT! dah basi dah.. time emcee bercakap, time tomok nyanyi ngan time ana rafali nyanyi, mmg kalo boley fwd i dah fwd. haha

Reen Tart Nenas said...

yuppp betul. lirik die hebat. kan anugerah JUARA Lagu, dan bukan anugerah VOKAL dalam lagu... kdg2 org tak faham juge. tp ape pun, nampak kurengggg la persembahan die, n bj die beso weh!

Mia-Ina said...

janji bukan yuna yg menang..tp faizl tahir & hafiz mmg the best

Love said...

Entah le.. saya kurang gemar sangat lirik puitis-puitis ni. Saya suke lirik yang straight foward. Tension la nak kena terjemah puisi-puisi macam ni. Hehehehe

Tapi... Ana Rafali??? MMMmmmmm tak pe la, dah rezeki dia.

Dhiya said...

aku macam tau sape kate dia pakai baju mak dia tu.hahahahahaa

tapi ape maksud lagu tu? aku bukan ahli sastera. so xpaham.ngehngehngeh

cik senah said...

M.U.H. patot dapat nombot 1.. Bkn nombot 2.. huhu!! :(

p.s : Tp, takpa.. janji ada gak nombot (plus piala dan wang tunai iringan.. hehehe).. daripada tak dakk langsung kannn..

Lirik lagu "Drama King" lebih mudah difahami.. "Tolong Ingatkan Aku" niee.. Tajuk lagunya saja mudah difahami.. lirik lagu.. hurmmm...jenuh garu pala byk kali gak laa utk nak pahamkan makna di sebalik setiap bait-bait liriknyaaa.. - pendapat Cik Senah ja nohh.. kpd fans A.R.. jgn emo pulak baca komen chek nieee.. heheh