05 February 2011

Famista sudah.Paper Bag Murah pun dah Jumpa!

ok entry ni sambungan dari entry ni
dari shah alam, kami terus ke Klang. Shah alam-klang dekat kan.
so we decided to go to Famista.
yee..kedai Famista mcm di dalam pesona pengantin tu.hehe.
orang kata sana murah and berbaloi, so kami gi sana untuk servey.


agak sukar untuk cari.cuz kami tak berapa familiar sgt dgn area di Klang. nasib baik tak jem.
landmark ke sana, kene lalu station bus.then slowly you will find out the exact place. kami pun main redah ikut map dalam magazine tu.map pun agak confused.
Famista next to Rhb Bank.
tgk dari luar, kedai die nmpak mcm 'ish, btol ke kedai ni ...mcm tak menarik je..".
tapi bile masuk dalam, ya ampun, mmg murah.design boleh tahan. harga disini murah rm500-rm1000 dari kedai cina di KL.
dari segi kualiti ade yg ok.ade yg biasa. aku tak reti nak tgk, maybe nak bawak mama dtg sini tgk. mama pandai tilik kualiti katil ni.hehe.



SA kat situ ok la. siap offer kiterang free gift if kiterang beli. and die meyakinkan kiterang, kualiti katil di Famista sgt ok.kalau ade rosak ke, Famista akan tukar. jangan risau katanya.


kami dapat offer.beli katil (gambar dirahsiakan),
dapat free tilam ni. 10 inch woo,selesa kot!


aku suke meja solek macam ni. cermin ni nampak satu badan.hehe


us. :D

kiterang paid for deposit of rm50 untuk booking price yg derang offer. katanya, lepas CNY harga akan naik sket. tak tau la..
tapi, leh mintak balik depo tu, if parents kiter tak suke ngn collection disana ..hehe

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Then, dah settle. kami gegas ke Fah Lean Floral Trading. Terletak di Balakong. Tempat punye lah susah nak cari.

nasib baik jumpe jugak. structure bangunan nye, nampak agak lama disitu.haha.
memula, serius nampak horror.
siap tunang aku cakap kt aku,"kalau die paksa kite beli mcm mana?" hahah gile kan.
masuk2 je, kami nampak bnykkk paper bag . ade yg mahal ade yg murah. time tu ade yg tgh offer 30pcs rm9.90. so, rm0.33/pc. Murah kan?apelagi, bungkusssssssssss!!
sy tau..dekat semua house lagimurah.tapi tak bnyk pilihan. takpela. beza sikit..huu

paper bag murah takpe. yang penting isi dalamnye tu nanti kannnn...setuju dgn saya? haha


si dia, tgh tolong akak SA kirakan paper bag.

yang kami beli ni.design simple je.
semua putih aku suke putih2 ni.
nampak suci. banyak sgt kaler, aku pening.huhuh~



ini diaaaaaa:D
alhamdulillah. dipermudahkan oleh Dia.
lepas ni kene kumpulkan kawan2 tuk tlg aku msuk kan brg dalam paper bag ni.
yang pink and purple tu, bunjut untuk isi gula2 untuk budak2.
macam tak cukop je.kene tambah lagi ni. malas la nk ulang alik sana.


ni bahagian atas.
jual bekas hantaran., artificial flower, riben2, bunga pahar. etc
buy 1 free 1 you!
hurry up while stock last...
ni aku saja tambah...hahah


kesimpulannye,
Famista nye servis so far ok. Harga serius murah. dari segi kualiti aku x tau. tgu lepas aku bwk mama ke sana k.
Fah Lean pun ok. b2b di KL ni, try tgk2 dekat sana. mana tahu murah dari Nilai kan.jimat duit . aku beli 2000pcs paper bags. tak sampai seribu hengget pun. sgt murah bile offer ...~


p/s alamat Famista and Fah Lean ada dalam majalah pesona pengantin.

15 comments:

gorgeous ♥ said...

yea u dh pegi! =) atleast elya blh tgk sendiri kan? =) gudluck dear...

aNis LeMoN aBu said...

elya, korang sangat comel dalam gambar tu! =)

i went to Fah Lean last year - mum borong abeh barang kat sana. Memang murah. SA xpaksa2, ok la kan kalau nak browse2 dulu.

suka la dengan update u. memang ditunggu2 ;)

Meey@ said...

meja solek tu like mine punye!besh boleh belek satu badan.muahaha=p

statement "paper bag murah takpe. yang penting isi dalamnye tu nanti kannnn...setuju dgn saya? haha"

setujuuuuuuuuuu!!haha=p

lovelyadibah said...

Ala..fah lean?balakong 2 dkt je dgn rumah..pe landmark die eyh?xprsn la plak..ngeee

ElyaElmo said...

gprgeous : tu laaaa...elya ok jee...tapi mama nak tgk jugak. hehe

anis : aik?? TQ dear..hehe...
tulaa...saja jalan2 gi fah lean, cuz dekat je dekat cheras. klo dpt tau awal2 dulu kn best..hehe

meeya : best kan.. satu badan nmpakkk..puassss tgk kt crmin..haha.
tu laa..kang spend mahal2 sgt kotak. setgh org die akan buang. stgh org die akan simpan...hehe

Nadya Zahid said...

aiyoooooo..jaug gak beb kat balakong...
tp berbaloi kan?i beli kain organza yg medium size...50pcs for rm35....i bli kt jalan tar...dah hbs survey dah..penat...last2 survey2 kat Jalan Tar jumpe yg rm35 tu trus bli...hampehhhhhhhh!!!rupenye ade lagi murah ye??rugiiiiiiiiiiiii

Nor Azian said...

hi elya,

FAMISTA - kat situ mmg SUPERB. mmg bole di katakan most of pengantin di Klang akan amik beli pakej kat situ. I punye pun amik kat situ... heheheh

Fah Lean - i x penah pegi la tmpt tu. tapi for ur info, kat bandar Klang ni, lagi murah2 tau... Kalo mcm paper beg u tu, my fren beli dapat lagi murah dari u.. Kalo nk g jalan2 try tgk bole la sgh bandar Klang..

Selamat berjuang. nway wedding u bile?

sHiMa said...

famista mmg murah compare ngn tmpt lain..i pn beli bedroom set kt situ.. :)

~aina~ said...

salam elya..

(this will be a long one)

my 1st reaction was oh no famista?!? i read yr entry laju2 sbb nk tau u da beli ke belum.. and m so glad u can get yr deposit back..

my personal experience as their customer, aiyoh, menyesal sgt2 beli.. mmg nmpk cantik, mula2 mcm sturdy je brg2 dia.. but, after using it for 1-2 mths, katil dia da goyang, and we had to buy a new one which we've been using for almost a year n still going strong.. :)

as for famista's wardrobe, we chose yg anti-jump sliding doors tu.. but, baru pki sekejap pintu susah giler nk tutup, asyik terbukak sdri jer, and asyik terkeluar dr their reel tu..

my advice, pls find a better one unless u nk pki sebulan dua n then beli new set.. :)

we bought our katil tu kat kedai2 furniture kat jln klang lama jer.. byk sgt kedai furniture kat situ.. harga pun ok, a lil bit pricier than famista tp still within affordable range..

just my 2 cents.. :)

K.I.N.A said...

thanx dear!..;)..tgh cari paper bag juge..

mesticun said...

persiapan kahwin ke ni....mesti besar kenduri kan.

# # mark zuckerberg berjumpa kembar jesse eisenberg !# #

gaun putih said...

dear : paperbag putih kita sama! hihii. murah kan? tp Jaja beli kat nilai 3..

LisaLisut said...

cool elya.i br nk tye kat mana.skali u kata ade dlm pesona pengantin.haha

♥ balkidz_hunny ♥ said...

Elya, kau pegi Fah Lean jugak ek.
kalau nak tau area situ adae satu lagi kedai seumpamanya, aku tak ingat name. tapi abg ipar aku yg bisnes hantaran cakap kat area fahlean jgk tapi aku terlupa nak tanye.
dia cakap sana lagi murah. tapi takpelah. aku rase fahlean pun dah murah cam nilai.
aku memang beli barang2 tunang & kawen kat sini. berbaloi2. :D

aDieyZa said...

fah lean mmg harga murah.. zana pun banyak kali gie situ masa nak kahwin dulu.. pilihan bunga utk hiasan rumah pun banyak kan..

famista tu zana x pernah gie, pernah tgk dlm majalah jer.. tp pernah baca review dr ex-bride kata famista xberapa ok.. cuma baca entry ni yer..

http://zainur1925.blogspot.com/2011/01/bilik-tidur-pengantin.html

apapun, semoga semuanya berjalan lancar yer dear..