26 April 2011

REVIEW: Catering- Sri Payung


lama dh nyepi....dapat mood nak update pasal katering ...ehe

ramai yg email and inbox bertanyakan tentang Sri Payung. so, aku rasa better aku buat satu entry tentang mereka ya? takot aku lambat nak reply email kamu semua :)

Actually, takde -ve komen tentang Sri Payung. Parents aku and Parents si dia semuanya berpuas hati dengan servis yang disediakan oleh mreka. Lauk pauk semua,ya ampun
..mavelesss!!pada hari kejadian tiada insiden kekurangan makanan. semuanya terkawal.Bukan nak bodek ke ape, mmg aku bg review ni secara ikhlas. kami suka PR Kak Ross. Dari awal aku berjumpa Kak Ros, suka dengan cara die tackle potential clientnya.

First time aku gi food testing, sedappp, mama sgt suka. Then, beberapa bulan kemudian pabila kami decide untuk buat majlis bersama, jadi kami call kak ross untuk food testing lagi sekali. Kak Ross, tak berkira. Layan je karenah kami. Then, bila dapat kata sepakat kedua belah keluarga, kami
let Sri Payung decide /suggest lauk ape yang sesuai untuk majlis kami. yang pasti ade unsur2 pedas di dalam makanan. eheh.


package diatas telah diubahsuai mengikut citarasa dan jumlah tetamu yang dtg.
Cth: kami request nak ayam percik instead of ayam goreng berempah. kami request rendang minang instead od daging masak kurma.etc

Elya pun taknak la nak berceloteh panjang lebar sgt. Just nak bg tahu point2 yang penting je. Makanan yang dihidangkan kepada tetamu pada hari kejadian, sgt2 puas hati. Ramai tetamu sampai ke hari ni, bila terjumpa kami,pasti akan bertanya siapa katering..katering mana ..bla bla bla.


set up pada hari kejadian.
suke dgn pemilihan kaler riben kerusi oleh Sri Payung

Bila ditnya brapa satu kepala Sri Payung charge untuk event kami, kami jawab tak sampai rm10 pun. semua org terkejut, and cakap murahhh!!! tapi memang murah, just imagine , tak sampai rm10 untuk satu kepala, kami dapat kerusi semua bersarung siap beriben, pelayan lebih dari 15 orang cuz jemputan kami lebih dari 1000 orang. Dapat kek FOC 4 tingkat. aku request semua putih, alhamdulillah sedap pun sedappp kek tu.
Alhamdulillah, bersyukur sgt2 dengan ape yang Allah berikan kepada kami.

Kami sangat sangat sangat recommend Sri Payung. Boleh dibawak berunding. and akan pastikan servis yg ditawarkan terbaikk and harga yang ditawarkan sgt2 berbaloiiiiiii

Korang leh cek kat FB Sri Payung k :)


17 comments:

K.I.N.A said...

murah! kat kuantan xdnye nak dapat murah dengan servis macam2 gitu..

mRs mysarah said...

masa wedding i dulu nyaris dah ambik katering ni. dah suggest dekat MIL coz ramai yg buat review kata ok. but then dorang tak nak decide dulu. sekali date dah penuh n dorang ambik katering lain. but takpelah yg tu pown sangat ok. alhamdulillah :)

LisaLisut said...

u r lucky elya.area KL mmg bole dpt below rm10 okk.kalau i nk ambik the risk adalah kalau lauk tak cukup menggagau..nk patah balik KL ke apa mmg tak..sbb tu seremban semua above rm10.huhuhu.

(oh sbb i nk avoid transportation caj pn satu hal jugak ngahaha)

my mother loves blue ;p

alyyani said...

seriously murah. kat kampung pun rate mcm kat kl. huhu... kek itu sgt nice :)

anna ladycherrie said...

super sedap.masih teringat lauk2 dia.haha

lapar la elya

anna ladycherrie said...

super sedap.masih teringat kesedapan lauk2 elya.terkejut sebab murah.

p/s:saya lapar skrg,elyaaa

Reen Tart Nenas said...

tingat la caterer saye yg agak berkira utk majlis bertandang ari tu. elya, gambo kat header blog tu kena tuko la. tak save the date dah. hehehe

syida shedot said...

elyaa!! tq for the info =). bole bagitau tunang sy, diepun tgh survey2 catering dan diepun area ampang. best2 hehe

tiramisu said...

lega tol bace review elya psl Sri payung sbb mmg da booking utk majlis bln 11 nnti... =)

Mia-Ina said...

perfect servis ble baca entry elya nie ttg sripayung..

Fariza said...

murah !!!
sy dh mkn time kenduri elya.
mmg sedap !!!

Alia.A said...

elya! haritu pun i nk book sri payung catering. but since sri payung x familiar dgn dewan during my reception nnt so we switch to arbe catering. makanan sri payung mmg sedap in fact dorg punye PR pun bagus. selalu call my mom tanye jadi or tak. siap nk reserve kn date lg. but too bad x jadi.

berbaloi kan. :)

~ mizzAmy ~ said...

sangat murah lah. makanan disediakan pun banyak. yg penting sedap dan kita puas hati kan?

Ms and Mr Red Ribbon said...

waaa memang murah elya... bestnyer... :)

GlasKush said...
This comment has been removed by a blog administrator.
nurul syazana rose razman said...
This comment has been removed by a blog administrator.
nurul syazana rose razman said...
This comment has been removed by a blog administrator.