28 April 2011

REVIEW - Make Up by Anna Cherrie

Mekap yang cantik tak semestinye kiter kene hire MUA yg charge beribu2. MUA yang charge murah tak semestinya mereka make up tak cantik. eheh. betol ke ayat aku ni yeh?haha

Dulu,ramai yg tahu aku sgt2 frust dengan make up e-day. Korang leh tgk sendiri dekat archive k. Sampaikan ada yang kata muka aku tak nampak original.huhu. Nak buek cano, mekap tebal sangat, shading tebal, eyelash nak terjatuh2.huhu. malas nak kenang kisah lama. huhu.

Then, last year aku kenal dengan Anna Cherrie secara tak sengaja, awek member aku. Chatting punya chatting rupanya die ni make up artist. Tengok2 portfolio die. menarik tertarik, memang debomm jugak. tapi tak banyak portfolio make up untuk wedding masa tu. So, aku tak ambik port sangat.

Then, kebetulan beberapa bulan kemudian adik ipar mencari make up artis untuk assignment dia.Aku recommend Anna Cherrie pada dia.Time tu pun, Anna Cherrie charge tak mahal,siap bg Student Price lagi.eheh. Komen dr adik ipar aku, cantik and sangat2 puas hati katanya.

Lepas insiden tu,adik ipar aku tu recommend Anna Cherrie untuk Make Up masa wedding aku nanti. Memang lain dari yang lain katanya. Time tu pun, suami aku (tunang time tu) tgk hasil kerja anna, dia suka sebab mekap anna tak ubah wajah seseorang tu secara drastic. More to nude make up katanya. Simple and natural. So, aku ikut je laa cakap mereka.Malas nak fikir dah. Taknak jadi degil buat seketika.huhu.

Lepas put some deposit, berserah and tawakal je la.haha.
At the same time, aku keep in touch dengan Anna.Saja nak rapatkan silaturahim.eheh. From there, kita boleh tahu dia nya org macam mana, cara die kerja mcm mana ye tak.eheh.And nasib baik aku book dia awal, so dapat la harga tahun lepas. FYI, aku tak buat trial make up pn. Cause selama aku kenal die ni, sedikit sebanyak boleh tahu profesionalism dia and Aku memang berserah je. Confident dengan MUA kita ya!

NIKAH
Untuk make up aku masa nikah. Aku requested aku nak pakai lipstic pink tu je. Yang lain, aku memang serah kepada kepakaran beliau. Hari tu,Anna sampai on time. Pukol 8.30 a.m janji, kol 8.30 dah tercegat depan pintu. huhu. Sampai2 je, aku suruh dia breakfast dulu while tunggu aku mandi manda.huhu.kelam kabut akuh
Kol 9 sharp, mula make up. Anna sangat teliti, barang2 make up dia pun sangat2 berkualiti, brand yang digunakan pun ada yang lain daripada MUA yang aku kenal.

Result selepas 2 jam 15 min, jeng jeng jenggggg ~



SANDING

ini pun ada kesahnye. Anna janji datang kol 8a.m. Aku bangun kol 7.45.a.m .Lintang pukang aku bersiap. Penat sangat sampai bangun lambat lagi.haha. start make up kol 8.15 a.m. Kali ni aku request anna aku nak pakai lipstic merah. Aku memang teringin nak pakai lipstic merah dari dulu lagi.cause nampak artis2 bila pakai lipstic merah, sangat seksiiii!!Wah gitu, feeling artisss!!!

Dalam 2 jam tu, Nervous jugak nak tunggu result. Ye la, risau takot nampak over. takot nampak bibir lagi tebal.haha. Rambut pulak, aku request nak buat bun kecik kat atas.eheh.Alhamdulillah, menjadi ape yg aku impikan.


itu dia MUA sy . kecik je orgnye:D


Overall, aku sgt puas hati.Sgt natural. walaupun mekap wedding memang kene heavy kan sket. Muka tak berubah kalau korang tgk. Family pun suka dengan make up aku!! Ramai jugak yg kata aku nmpak berseri-seri, looks glowing. Seri pengantin tu ade kot?haha. Ntah la.Alhamdulillah.Tak de rasa riak dlm hati ni pun ye. Cuba bayangkan, pergi outdoor photoshoot,peluh sakan pun, mekap tetap maintain,tak bercapuk. syukurrrr!!!! Lipstic tetap merah menyala.haha. Mekap tahan sampai malam. 10 jam you all!!

Sehari sebelum majlis pun, Anna siap bg aku tips untuk mekap kekal lama dan kulit kurang berminyak.eheh. Alhamdulillah, sampai skang aku still prektikkan tips yg die bg.Tapi kadang2 tu malas jugak.haha.

Itu je la kot. Sgt sgt sgt rekemen Anna ni. No worries , dia sgt berpengalaman and profesional.

So,Kalau korang inginkan mekap yg tahan lama , tak bercapuk cuba2 la usha Anna Cherrie k. Harga sgt affordable dengan hasil yg korang dapat. InsyaAllah :)




Saya dan suami semasa berarak. Impian pakai lipstic merah tercapai.haha.
gambar dari kamera abg ipar saya,
merangkap OP masa nikah :D




Nak tengok portfolio Anna, sila layari Facebook : Anna Cherrie or Tumblr OK :D


p/s tunggu entry MUA untuk M.O.H pulak k :D


email : elyaelmo @gmail.com untuk sebarang pertanyaan

16 comments:

LisaLisut said...

apa tips yg dia bagi elya?share la.hehehe...

teringin nk lipstik merah jugakkk lepas tgk u berbibir merah..klasik!hihi

K.I.N.A said...

cantik macam ... u know who elya..hehe..lariiiikkk

~ mizzAmy ~ said...

mmg cantik ok the mekap especially yg sanding sbb berbibir merah kan? serious, suka jugak...

lovelyadibah said...

mmg cantik~..dier area cheras eyh elya??leh r survey dier gak:)cantik sangat!!

Anonymous said...

Salam, sis kat mn sy boleh dapatkan alamat email/no phone/facebook Anna Cherrie? do u mind to email me at nfwahidah@utm.my or azzzabidi@gmail.com. really appreciate if u could help. berminat ngan makeup u ^^ thanx n wslm

farahfatihah said...

cantik menarik tertarik!!!

wafa azman said...

elya, lipstick pink ape yg u pakai? awesome!!!! ;D

hana yoriee said...

santek!!

nida-razak said...

elya...cantikla style tudung elya nikah!! nida da terpikat!!cantik..huhu..yg tu elya pkai mcm mna?

iedaurora said...

Anna cherrie aka cik senah my fren mase study dulu, die nice kan die makeup pun canteq!

~Ayu BnSyg~ said...

Nk tips dia kasi gak please

cik senah said...

Hurmm.. cantek Elya berbibir merah.. chek seriau nak berbibir merah.. seriau nampak tua atau garang dalam gambaq.. hehe.. :)

p.s : Chek teringin mekap yg natural saja..yg tidak mengubah sangat wajah asal kurniaan Ilahi.. :) - Apa2 pun..chek setuju.. kedua-dua mekap nikah dan bersanding elya tue... Mmg superb! dan chek masih cam itu adalah wajah Elya.. bkn org lain.. hehe :) tahniah Elya!!

♥.::cintabunga™blogspot::.♥ said...

cntiknyer baju dei, blue ^^ sumber inspirasi :)

Maxis dah cuakkk! hahah

♥ dak pink said...

suka mekap nikah.
nampak suwit je pakai lipstick pink

Mia-Ina said...

make up mmg nampak natural sekali

iedaurora said...

sharing da review here ^_^

http://iedaurora.blogspot.com/2012/09/review-mua-anna-cherrie-for.html