Weekend hari tu elya cuba Resipi Butter Milk Chicken dari Shiela Rusly . Ada tambah sikit ikut tekak sendiri.hehe.
Korang layan je la ye. Elya attach sekali resipi dari Shiela Rusly untuk tatapan semua org.hehe
Kita gaulkan serbuk kari + tepung gandum + tepung jagung + sedikit garam .
(kalau nak gaulkan dgn tepung KPC sahaja pun boleh )
Then goreng , macam ayam KFC rupanya .
Butter Milk sauce in the making
Tadaaaaa!!! kite letak cili api lebih sikit dari resipi asal. eheh. sebab suka pedas
Bahan-bahannya:
Ayam (untuk 4 orang makan - ayam tu potong la kecik-kecik)
1 sudu besar serbuk kari (saya guna cap Alagapas)
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung gandum
sedikit garam
sedikit gula
1/2 tin susu cair (kalau nak kuah banyak - lebihkan susu cair)
3 sudu butter
Daun Kari
3 biji bawang merah (- hiris atau potong dadu. aku guna setengah bawang holand)
1 ulas bawang putih (ketuk2 jer)
6 biji cili api hijau ( elya tumbuk 3 ulas bawah putih )
Minyak untuk goreng ayam
Cara masaknya :
Gaulkan ayam dengan serbuk kari dan sedikit garam. Rata dan sebatikan dulu dengan serbuk kari baru masukkan tepung jagung dan tepung gandum ke dalam ayam.
Goreng ayam sehingga masak (guna minyak biasa yer..)
Dah masak ayam, panaskan kuali plak dan masukkan butter.
Bila butter dah cair, masukkan bawang putih, bawang merah, cili api dan daun kari.
Masukkan susu cair bila bawang dah garing sedikit.
Biarkan susu cair tu mendidih sekejap dan kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Masukkan sedikit gula jika suka.
Kalau suka dan nak kuah ayam tu pekat, masak la lama sikit supaya kuahnya pekat gituuu..
Tapi saya suka kuahnya cair sikit. So, biarkan sekejap jer ayam tu. Bagi kuahnya pekat sikit2 jer.
Dan kalo terlajak pekat sangat, tambah jer air sikit.
Dah siap, makan dengan nasi panas2..
Selamat Mencuba..
10 comments:
Nampak sedap tu sis ellya..ruby xpernah cuba buat lagi resepi ni...
Oklah penyakit M hilang, mood masak dtg...hehe
Sedap ni chicken buttermilk.. kalo mkn dgn nasi panas. Wallah
Meltingnya tengok...ok nak tgk storage japg..kalau cukup bahan boleh buat..heee
sedapnya.. nak mencuba la cam nih. hehehe
rajinnyer makk ;p
rubiah kadir : aah ni pon penyakit M hilabg kejap ..tu yg terus buat .hihi
Jueliza Jamani : btoll..kene makan dgn nasi panas2
The only farah : jgn lupa share gmba eh hehe...
Mama Myja : aah sis..kene cuba...
Tiger lalat : haha mak sapa ?
mcm senang je nak buat.. thx for the recipe kalau rajin boleh buat :)
kira macam butter prawn la ek..
cuma tukar ayam kan..
nanti boleh la cuba versi ayam pula..
Sedapnyaaa. Nak try buat lah, dah banyak kali tengok tapi tak sempat nak buat :D
kalau tiada daun kari, boleh diganti dgn daun lain x?
Post a Comment